Tuesday, December 28, 2010

MASA

Masa itu memang amat berharga. Itu sebab terdapat peribahasa `Masa itu emas’. Ada yang berkata kita dah tak cukup masa, kita kena segera. Ada yang kata, `Jangan buang masa’ dan kebiasaannya kita akan dengar dalam dewan peperiksaan, Masa dah tamat, sila berhenti.

Sebenarnya semua kata-kata, peribahasa itu selaras dengan ayat masa iaitu dalam surah Al-Asr (Demi masa) yang maksud ayatnya: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal dengan amal yang soleh, dan ingat mengingat demi kebenaran dan ingat menginat demi kesabaran”.

Berdasarkan kepada ayat ini, maka timbullah kata-kata manusia berhubung dengan masa ini. Ini menunjukkan fitrah manusia ini selari dengan ketentuan dan arahan dari Tuhannya. Namun kita telah dicalar dengan kebongkakan dan sikap dengki Syaitan yang memohon kepada Allah untuk merosakkan kehidupan manusia di dunia ini. Maka bermacam-macam yang terjadi ke atas manusia disebabkan oleh tipu daya syaitan terutama berkaitan dengan masa.

Kita pasti dapat merasakan pada ketika ini semua manusia berkata cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir kepada penghujung tahun 2010. Aku pun rasanya baru mencoretkan tentang azam baru pada tahun lepas yang mana rasanya semuanya tidak tercapai atau pun tidak sempurna. Tapi begitu lah masa tidak pedulikan kita dan terus meninggalkan kita sekiraya kita leka dan lalai. Bagaimana manusia menentukan masa, kita pernah belajar tapi masa yang sebenarnya hanya Allah saja yang mengetahui. Ada satu badan yang mengendalikan dan mengawal pergerakan masa dunia dengan di bantu dengan sistem dan peralatan yang berkaitan dengan masa namun jika kita bandingkan beberapa utas jam yang digunakan oleh setiap individu, kita dapati waktu yang ditunjukkan pasti berbeza dari saat, minit dan jam berdasarkan kepada di mana lokasi dan garisan latitud dan longitud mereka berada. Di situ kita sudah dapat melihat kebesaran tuhan dan pengendalianNya dalam mengatur segala urusan di bumi dan cakerawala. Bila kita melihat kebesaran Allah terhadap pengerakan cakerawala pasti tidak tercapai oleh akal kita bagaimana kehebatan dan kekuasaan Allah terhadap makhlukNya. Setiap benda yang berada di langit dan di bumi atau diplanet mana sekali pun tetap mengikut masa yang telah ditentukan oleh Allah. Dan akhir sekali para saintis telah mengkaji bahawa satu hari nanti semua cakerawala tidak mengikut putaran masa yang di tetapkan dan maka akan hancurkan semua cakerawala dan waktu itulah di namakan sebagai Kiamat. Berlakunya kiamat itu bukan bermakna Allah lemah tetapi sebaliknya waktu itu adalah penentuan sebagai hari pembalasan kepada manusia tentang setiap amalan yang dibuatnya di muka bumi ini.

Pernah satu ketika aku disurh oleh Bekas Pengerusi Surau Al-Hidayah untuk mencedok dan menulis semula ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah. Aku rasa itulah tugas pertama dari sudut penulisan yang diberikan oleh Pengerusi surau pada ketika itu. Alah, untuk taip semula apa susahnya. Rupa-rupanya susah. Sebabnya nak mengolahkan penyusunan ayat berbanding ceramah yang disampaikan secara selamba agak sukar untuk memberikan kefahaman kepada mereka yang tidak mempunyai kesempatan untuk hadir pada majlis ceramah tersebut. Di antara isi kandungan ceramah tersebut ialah bagaimana kehidupan manusia berada di lima alam yang berbeza dan manusia tidak boleh ingkar terhadap tempoh yang diberikan kepada mereka. Lima (5) alam tersebut ialah Alam Roh, Alam Rahim (dalam kandungan ibu), Alam Dunia, Alam Barzah dan akhir sekali Alam Akhirat. Sewaktu di alam roh, Allah SWT pernah bertanya kepada semua roh yang akan dihidupkan di alam dunia dengan pertanyaan “Adakah Aku Tuhanmu, maka jawaplah semua roh dengan jawapan Maka Kami menyaksikan” namun apabila manusia dibebaskan dari alam kandungan ibu ke alam dunia, ramai yang mengingkari penyaksian tersebut dan sering cuai dan lalai dengan masa yang diberikan. Lalai dan cuainya manusia terhadap masa yang diberikan disebabkan mereka leka dengan keindahan dunia. Itu yang menjadikan manusia terkejar-kejar kemewahan dunia tanpa meyedari yang kemewahan itu tidak boleh dibawa ke alam akhirat atau pun menjamin mereka bahagian di dunia dan juga diakhirat. Sedangkan Nabi Muhammad pernah memberikan perumpamaan bahawa dunia ini disamakan dengan bangkai haiwan yang tidak berharga.

Dalam Al-Quran, Allah SWT menceritakan bagaimana bila sampai waktunya untuk manusia kembali kepadaNya, maka tidak terlewat atau tercepat walau sesaat sekalipun dan juga diceritakan bahawa manusia akan menyesal pada ketika itu dan meminta kepada Allah SWT untuk memberi peluang kembali ke dunia agar dapat mereka membuat amalan walau sesaat sekali pun.

Dari sudut keduniaan, masa memang begitu penting bagi manusia yang ingin berjaya. Dengan sedikit ilmu yang Allah berikan kepada manusia, manusia boleh merekacipta berbagai-bagai alat yang boleh mempercepatkan perjalanan hidup. Itu yang kekadang kita terasa sangat bahawa masa berjalan begitu cepat. Sebagai contoh, dulu orang pergi haji sewaktu aku kecil dikatakan mengambil masa enam (6) bulan pergi dan balik dengan menaiki kapal laut. Sekarang hanya lapan (8) jam sahaja sudah boleh menjejakkkan kaki ke bumi Arab. Dulu kalau nak ke Utara atau Selatan Semenanjung Malaysia, kena ikut jaan lama makan masa lapan (8) jam baru nak sampai. Kini separuh masa dari masa dahulu dapat dijimatkan dengan adanya Lebuhraya Utara Selatan. Dulu nak cari lokasi berpusing-pusing masih tak jumpa-jumpa, kini dengan menggunakan GPS, telefon bimbit dapat menunjuk arah ke lokasi yang kita nak cari dengan tepat. Betapa hebatnya ilmu manusia. Ini yang menyebabkan manusia akan hilang pertimbangan dan merasakan ingin menguasai dunia yang menyebabkan bumi menjadi mangsa kerakusan mereka-mereka yang bijak pandai. Tidak kurang juga mereka yang diberikan kelebihan ilmu tersebut sentiasa bersyukur kepada pemilikNya.

Namun nilai manusia itu samada bijak, cerdik, kaya atau pun miskin bergantung kepada ketaqwaannya kepada Tuhannya. Moga-moga aku dan generasi pewarisku sentiasa berada di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Amin.

Monday, November 22, 2010

HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KU

Setiap bulan aku cuba mencoretkan sesuatu dalam blog aku sebagai dairi bulanan. Tapi bulan November masih belum ada idea untuk dituliskan. Sehinggalah pagi 10hb November 2010, aku telah mendapat sumber apabila sedang aku menghirup (milo + oat), dia bertanya, tak ucap apa-apa pada Ibu. Aku mengangguk tanda faham. Berhenti seketika dari menghirup lalu memandang wajahnya dan ucapan ringkasku padanya. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Terima Kasih kerana sudi menjadi isteri saya dan menjaga saya dengan baik sepanjang perkahwinan ini. Semoga Allah merahmati kita dan ampunkan dosa kita.

Itulah ayat yang ku abadikan di Facebook yang kini menjadi gilaan ramai untuk berkomunikasi.
“Sedang menghirup (milo + oat), dia bertanya, tak ucap apa-apa pada Ibu. Aku mengangguk tanda faham. Berhenti seketika dari menghirup lalu memadang wajahnya dan ucapan ringkasku padanya. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya dan menjaga saya dengan baik sepanjang perkahwinan ini. Semoga Allah memberkati kita dan ampunkan dosa kita”
41 minutes ago •

• Zairulazmaini Ahmad Zahari, Azman Roslan, Zawaliah Ishak and 12 otherslike this.

o
Roslan Ismail amin... Tahniah
39 minutes ago • Like
o
Izmin Hasbullah Terima kasih.
38 minutes ago • Like
o
Ariff Jemain Oh. Sungguh menyentuh perasaan. Selamat ulang tahun tuan!
31 minutes ago • Like
o
Mazliah Bt Othman tahniah..semuga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat..amin..
30 minutes ago • Like
o
Izmin Hasbullah Yang Ariff: Terima kasih Tuan. Jangan lupa doakan untuk kami.
29 minutes ago • Like
o
Izmin Hasbullah Maz: Terima Kasih.
29 minutes ago • Like
o
Aina Mardiyah semoge kekal hingga ke syurga ♥♥♥
23 minutes ago • Like
o
Izmin Hasbullah Aina: Amin...
22 minutes ago • Like
o
Lyla Ibrahim waaa...
congrats2...
semoga berkekalan n trus diberkati...
18 minutes ago • Like
o
Izmin Hasbullah Lyla: InsyaAllah dan Amin
17 minutes ago • Like
o
Hawayah Mohd Tahir Tahniah & Happy Anniversary.....moga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat......ehhhh...ehhhh....Anniversary Min & Man sama ye......


Between You and Shasha Osman

Shasha Osman November 10 at 10:36am Report
“sgt terharu dgn tanda penghargaan u terhadap isteri u. airmata bergenang membaca, menghayati dan mengerti akan maksud ucapan itu. i doakan agar u sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat.”

Ucapan tahniah dari kengkawan, yang diterima setakat 10.36 pagi, 10hb November 2010. Itu le keistemewaan IT sekarang ni, bukan sahaja untuk tujuan kerja tetapi merapatkan silaturrahim. Tak ketinggalan juga IT boleh jadi bahan fitnah sesama manusia. Pokok pangkalnya tepuk dada dan tanya tujuan kemana arah yang nak dituju.

Berbalik tentang hari ulangtahun perkahwinan, ianya merupakan salah satu hari-hari yang diraikan oleh seseorang. Bergantung sejauh mana `sentimental value’ yang dirasakan oleh seseorang.

Itulah ucapan yang diterima dari kengkawan, ucapan biasa, ucapan terharu, ucapan mengusik semuanya ada. Dan apabila sampai dirumah, isteriku berikan kad ucapan hasil tangannya sendiri. Di muka hadapan tertulis Happy 19th Anniversary. Sekali pandang macam hasil seni murid darjah 4. Tapi aku tetap bangga dan menghargai. Di dalamnya tertulis:

Wahai Suami....

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau kurang meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang aku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara aku cerita kehidupan isteri
Harap mengerti...

Kadang-kadang aku sakiti hatimu
Apabila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu

Kadang-kadang aku berubah
Pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

Ingin aku beritahumu.....
Betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku
Kau pelindungku – wahai suami tercinta

Daripada isterimu:
10hb Nov 2010


Terharu bila membacanya, bila kita dihargai. Kadangkala kita membuat andaian sendiri yang tidak menyamai dengan apa yang diharapkan oleh isteri kita. Komunikasi antara dua pihak akan meningkatkan persefahaman antara suami isteri. Mudah-mudahan kaedah komunikasi kami sentiasa dapat diuruskan dengan baik sehingga akhir hayat.

Dalam usia 19 tahun perkahwinan ini berbagai ujian susah dan senang di lalui bersama. Tidak ada satu perkahwinan pun yang boleh memberi jaminan akan sentiasa berada di dalam keadaan aman dan tenang. Namun yang paling penting cara penyelesaian yang positif perlu digunapakai. Dari itu kita akan dapat mempelajari kesilapan dan memperbaiki di masa hadapan.

Semuga Allah panjang usia perkahwinan ini dan sentiasa Allah melindungi kami dari segala mihnah dunia. Amin..

Sunday, October 10, 2010

KE MANCHESTER, ENGLAND 23HB -28HB SEPT 2010

Haji, Jian Han dapat masuk University of Manchester. Seru Chan. Wah bagus le.Congratulationla. Bila mau pergi. 14hb Sept, Hari Raya la Hj. Ok le, everthing sudah siap, Tanya aku pada Chan.Tengah tunggu surat dari University dan terus apply Visa belajar. Ok le jawab ku. Berjumpa sewaktu berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan, aku ucap tahniah lagi pada Jian Han, dia cool aje. Bapa dia yang risau macam-macam. Boleh ke dia survive, lama sangat 4 tahun, takut dia tak mau balik Malaysia selepas belajar. Aku cakap relak le bro. Belum sampai sana lagi. Just get prepare aje, aku cakap. Cakap senang le.

Hampir nak raya dia call, baru dapat surat dari University, baru nak submit borang visa. Tentu lambat sebab mau raya lagi. Lepas raya Chan dah mula kelam kabut sebab permohonan masih belum selesai dan dia mula minta bantuan aku. Aku cuba yang boleh tapi tak berjaya. Akhirnya dia minta bantuan dari Syed (x staff Land Rover) satu hari selesai. Dia tanya aku, jadi ikut tak. Aku ketawa aje, jadi le kot. Ok la, book tiket. Katanya, mana yang sesuai. Pada mulanya nak naik Emirates untuk pergi sahaja. Balik cadangnya naik Air Asia dari London. Tapi lagi mahal kosnya. Flight Emirates pulak sampai di Manchester malam. Leceh katanya. Nanti jadi macam dulu mau cari hotel susah. Kalau sampai pagi, boleh terus pergi University. Akhir sekali ada flight yang sesuai dengan perancangan kami. Jadi kami pun setuju naik KLM, Belanda punya flight. Tarikh penerbangan begitu cepat iaitu pada 23hb Sept. Aku terpaksa minta kengkawan adjust lunch yang telah ditetapkan sebelum ini.

Hari yang dirancangkan, aku pun bersiap selepas selesai kerja, aku balik ke rumah. Pergi ke rumah Chan petang dan dia telah reservekan parking untuk aku di kawasan rumahnya. Waktu pergi Chan yang pandu dan balik, anak sedara dia Ah Meng yang memandu pulang. Selesai semua urusan check in, family dia pun berkumpul, aku jalan dulu le, nanti takut kacau diorang nak bersalaman dan lain-lain lagi. Lamanya aku cakap kat Chan. Biasa la Hj, mak dia macam-macam bagi nasihat. Heee...Heee biasa la. Kami pun masuk ke boarding sementara tunggu 11.15 malam untuk take-off. Sebelum tu pekena Cappucino sorang secawan. Bila kapalterbang nak take-off, biasanya aku pasti terlena tapi kali ni segar bugar, apasal pulak takleh tidur ni. Sampai jam 2.30 pagi waktu Malaysia aku tak dapat tidur. Rupanya baru teringat, minum Cappucino. Sementara nak lelap, tengok le filem Hindustan Badmaa$h Company. Best jugak ceritanya. Pastu aku terlelap dan terus terlena.Tetiba kena kejut untuk breakfast sebelum landing, tak berapa nak makan. Hampir 1 jam selepas hidangan diberi, kapal pun mendarat di Schiphol, Amsterdam Airport,kul 5.35 pagi.

Transit lebih kurang 4 jam. Kul 10.55 pagi naik balik ke Manchester. Tiapkali sampai kat Imegresen Manchester, officer in charge tegur aku nya passport sebab berkerepot akibat termasuk dalam mesin basuh beberapa kali. Selesai pemeriksaan imegresen, kami pun pergi ke ruang mengambil bagasi. Sekejap aje menunggu dan kami terus menaiki keretapi ke Pusat Bandar Manchester dan terus ke University. Selepas beberapa kali ulang alik di kawasan university, aku dah tak berapa larat nak ke hulu ke hilir, so Chan kata Hj, U tunggu sini, I settlekan urusan Jian Han. Aku terus kata OK. Dia pergi uruskan pendaftaran pelajar dan pembukaan akaun bank untuk Jian Han. Pinggang aku rasa nak pecah. Sedang dok nunggu Chan, tetiba ada sorang student senyum. Eh aku pun senyum sikit aje, takut kot-kot dia senyum ngan orang lain dibelakang aku. Tapi belakang aku dinding. Aku rasa macam orang Malaysia tapi rupa macam Cina. Aku jeling gak beberapa kali ke tempat dia duduk di sebelah aku jaraknya lebih kurang 10 meter. Tetiba sorang lagi student datang terus menerpa ke student yang awal tadi. Bila aku fokuskan betul-betul pendengaran aku, eh diorang cakap bahasa Malaysia le. Kata hatiku. Nape tak cakap bahasa Manchester. Bangga juga aku, rakyat Malaysia masih mengutamakan bahasa ibundanya. Tetiba aku nampak diorang berdua bangun dan datang ke arah aku. Errr dari Malaysia ke. Kata yang rupa macam Cina. Err ya, dengan watak aku yang agak pemalu. Baru sampai pagi tadi. Kata ku menyambung perbualan. Oh ye ke. Jawab yang seorang lagi. Pakcik buat Postgraduate. Tanya nya. Alamak tua sangant ke rupa aku ni. Kata hati ku.Oh tidak, saya ikut kawan, anak dia baru daftar hari ni. Jawab ku. Malaysia di mana. Kami berdua dari Shah Alam. Ohh dekat le, saya di Sungai Buloh dan kalau ikut Guthrie Corridor Expressway kejap aje sampai. Nampak mereka tersenyum rasa selesa. Belajar apa di sini. Tanya ku. Saya buat Law, Sime Darbynya scholar dan dia buat Finance, Bank Negara punya Scholar. Wahh bagus le tu, belajar betul-betul nasihat ku pada mereka berdua. Ok la pak cik, kami nak gi city dulu. Ok jawabku semoga selamat. Tapi tak sempat nak bergambar dengan diorang. Takut terperanjat pulak mereka. Kemudian aku teruskan penantian. Tetiba Chan datang, Ok Hj dah selesai. Kita pergi Hostel Jian Han pulak. Ok jawab ku. Kami bertiga pun mula lah menarik bagasi kami dan menaiki bas untuk ke jalan Oxford Street di mana Hostel Jian Han terletak. Alamak ini macam ke dia punya Hostel. I punya expectation macam UM di Malaysia. Chan dah mula tunjukkan rasa risaunya.

Dia mula menasihati anaknya dengan berbagai-bagai nasihat. Bila telah daftar dan masuk ke bilik Jian Han, lagi lah dia risau, Alamak Jian Han boleh survive ka ni. Katanya. Aku senyum aje. Boleh la Chan. Suasana university dan hostel memang macam ni le. Ye ke. Jawab dia. Tak tau la Hj, kalau mak dia tahu ini macam punya situation, mesti mak dia suruh balik. Haaa...Haaa aku gelak. Dan sejak dari waktu masuk kebilik Chan dah mula tidak keruan. Aisey sorry la Hj, I tak boleh focus le, asyik ingat ini anak boleh survive ke tidak. This is the worst travelling yang I rasa. Sorry la Hj. Banyak kali Chan cakap sorry. Aku kata takpe. No problem. I faham.

Kemudian kami keluar tengok tempat kantin makan. Terserempak dengan seorang student perempuan cina Malaysia. Chan terus tanya baru sampai ke. Ya jawab budak tu. You datang sorang aje ke. Ya. Your father tak ikut sekali. Tak jawabnya. Lagi Chan pening tapi dia kata, OK la Hj itu budak perempuan datang sorang dan boleh survive, I’m sure Jian Han pun boleh survive. Tapi mulut cakap lain hati kata lain. Dia masih risau lagi. Selesai buat lawatan dan beli barang keperluan Jian Han, kami bertiga pergi ke Bandar untuk check in hotel di IBIS Hotel. Satu malam 60 pound. Esok naik 100 pound sebab ada Parti Buruh buat persidangan di Manchester. Itu macam ka. Ding Dong Ding Dong kejap nak balik hostel kejap duduk aje kat hotel malam tu, last-last duduk aje kat hotel malam tu esok baru pergi semula ke hostel Jian Han. Aku dah penat, letak aje badan terus tak sedar apa. Chan macam biasa tak boleh tidur. Kalau tak ada teman lagi mungkin dia tak berani tidur sorang dalam bilik hotel. Itu lah pengalaman yang dia ceritakan pada ku sebelum ini. Tengah malam badan ku mula rasa panas. Mungkin peluh tak keluar agaknya. Arggghhh, tak selesa tul. Bangun sekejap. Chan sedar dia Tanya nape Hj, demam le. Sejuk. Terus dia kata takpe esok beli ubat dan beli baju sejuk yang tebal punya. Aku kata takpe, jaket aku pun dah OK tapi ubat panadol kena beli. Chan pada pandangan aku sejak aku berkawan dengan dia. Dia seorang yang pandai berkawan dan menghargaikan erti persahabatan.

Keesokannya, kami bertiga pun keluar dari hotel dan terus ke Hostel Jian Han. Keluar aje dari Hotel, terasa sejuk sampai ke tulang sum-sum. Berjalan cari tempat perhentian bas. Kalau ikut kan hati tak larat sebab demam, sejuk dan pinggang masih rasa sakit. Tapi jalan punya pasal, tahan aje le. Aku dan Chan lebih suka berjalan melihat keadaan sekeliling bila berada di tempat orang. Baru puas hati. Tapi yang merana kaki dan pinggang le. Sampai di hostel, Chan sibuk mengelap meja study anaknya. Eh tak abuk le Hj. Semalam macam banyak abuk katanya. Sini sejuk bukan macam Malaysia. Kata ku. Selesai mengemas kami pun ke luar semula ke Bandar, beli barang lagi untuk Jian Han dan window shopping. Pastu selesai makan kami hantar Jian Han balik. Jian bagi tau esok (Ahad) ada perjumpaan dengan persatuan pelajar Malaysia. Jadi dia kata, di anak join persatuan tu dan tak ikut kami pergi ke Cardiff. Chan pun kata ok dan kami pun pergi check in ke hotel yang terletak di Fette Field. Menggagau juga nak mencarinya sebab tengok senarai nama lain dail no lain. Patut le sampai ke Subuh pun tak leh nak jumpa. Akhirnya jumpa juga. Terus lena dengan kepenatan. Satu malam harga 60 pound.


Alah takat untuk tidur aje. Kira ok le tu. Esoknya bersiap untuk ke Cardiff, singgah dulu ke Hostel Jian Han untuk bawa dia ke City untuk perjumpaan dengan persatuan pelajar. Cari punya cari, call punya call baru dapat jumpa Gary tu. Selesai borak, kami pun menuju ke arah Stesen keretapi Manchester untuk ke Cardiff. Waktu berlepas masih mempunyai setengah jam lagi. Chan ambil kesempatan untuk pergi berjumpa dengan anaknya semula. Ada le lagi yang nak dinasihatkan tu. Aku pun menunggu sambil melihat sekeliling stesen tersebut. Hampir dua puluh minit baru Nampak bayang Chan. Amacam,aku tanya dia. Ok la dia say sorry. Ok le tu kata ku. Dalam train ke Manchester, untuk ilangkan ingatan pada anak dia, dia Tanya Hj, mau amik gambar ke. Pastu dia amikkan gambar aku. Pastu tunggu orang jualair, dan beli untuk hilangkan dahaga. 4 jam perjalanan baru sampai ke Stesen Keretapi Cardiff. Terus ke Hotel IBIS untuk check in.

60 pound juga semalam. Lepas letak bag dalam bilik, kami pun keluar cari makan. Di Cardiff, makan halal ada kat luar city, jauh sikit.. So aku cadang beli buah dan Chan pun setuju. Malam aku masak Maggie yang tak di campur dengan telur, Hmmmm tak sedap langsung. Lepas makan solat dan terus tidur. Aku tengok Chan tak boleh tidur. Call hostel anak dia masih belum balik lagi walaupun jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Sampai ke pagi baru terasa segar sikit badan ni. Bersiap untuk ke Bearmach untuk beli dan buat sikit praktikal tentang mesin Dignostics yang di beli. Pastu orang tua yang dok mengajar kami tu dia kata nak tunjukkan macam mana mesin T-4 tu berfungsi di sebuah bengkel. Dalam perjalanan, tetiba orang tua tu kow tim untuk berikan computer T-4 yang lebih murah dari Bearmach. Ini kes sudah khianat ni. Kata hati ku. Tuhan maha kuasa, bila mamat kat bengkel ni nak tunjukkan macam mana mesin tu berfungsi, dua-dua computer tak boleh berfungsi. Padan muka orang tua tu, tapi buang masa aje.

Kami pun balik semula ke Bearmach untuk mengemas barang untuk pulang ke Manchester. Komputer pulak tak boleh nak test. Lagi buang masa. Last-last Chan kata kat orang tua tu, You check everything then courier to us. Terus mamat tua tu bengkak. Dia hantar kami ke Stesen. Terlepas satu train dan kena tunggu satu jam lagi. Betul2 buang masa. Sampai di Manchester jam 7.30 malam dan terus ke Hotel Di Fette Fields. Kali ni harga semalam 40 pound. Pelik betul harganya boleh turun ikut suka

dia aje. Lepas letak barang alat ganti, kami pun keluar pergi makan. Aku kata kat Chan, aku nak makan nasi arab sekali lagi sebelum balik Malaysia. Ok no problem Hj, Puas betul aku makanmalam tu, terserempak dengan pasangan suami isteri dari Malaysia yang mana isterinya sedang belajar di Manchester ambil Sikologi. Suami dia bekerja di Bank Negara dan ambil cuti tanpa gaji untuk ikut isteri. Suaminya kenal le kawan se ITM aku dulu bila aku menyebut nama kawanku tu. Habis makan, kami terus ke Hostel Jian Han. Chan nak jumpa
anak dia bagi duit lagi. Kemudian Chan cakap esok pagi sebelum bertolak dia datang lagi ke Hostel. Lepas borak kejap dengan anaknya, kami pun balik ke Hotel kami dan tidur menunggu esok untuk pulang ke Malaysia.

Pagi-pagi dah siap. Tinggal barang dulu dalam bilik dan terus pergi ke Hostel Jian Han. JIan Han pun dahsiap nak ke University untuk mendapat maklumat tentang kelasnya. Sambil berjalan ke Bus stop, diaorang dua beranak berborak dan nasihat demi nasihat Chan sampaikan pada anaknya. Bila bas sampai, Kami bersalaman dan kami pun mula bergerak untuk pulang ke Hotel. Kejap-kejap Chan tolehke belakang untukmelihat bas yang dinaiki oleh anaknya. Aku rasa mau sepuluh hingga lima belas kali dia toleh. Dah samapi di hotel baru aku cerita tentang dia toleh untuk melihat bas yang dah lama bergerak. DIa malu dan dia ingat aku tak Nampak. Heee... Heee aku kata, takpe lah. Kita bapa memang macam tu, sekadar nak bagi dia release.

Kami pun bergegas untuk pergi ke Airpot. Chan cadang nak bawa aku ke Stadium Manchester tapi akukata dah tak sempat. Rugi lah Hj dah sampai tak pergi. Betul aku kata tapi masa sudah tak sempat. Our flight toi Amsterdam pukul 1.10 dan kita kena ada di Airpot jam 11.30, sekarang sudahjam 10.30. Perjalanan ke Stadium pergi aje dah makan masa setengah jam. Kemudian dia akur. Sampai di Airport kami ronda-ronda tengok apa yang boleh dibeli sebagai cenderahati. Jam 12.45, semua penumpang di panggil untuk menaiki kapal terbang dan terus ke Amsterdam. Menunggu di Amsterdam lebih kurang lima jam cukup membosankan kerana tak boleh keluardari Airport. Sampai waktu terbang kami pun memulakan perjalanan balik ke Malaysia. Dalam kapalterbang, aku mula rasa nak demam semula di susuli dengan batuk dan selsema.

Nasib le siapa yang duduk di sebelahaku. Mereka mungkin akan berjangkit demam aku ni. Hampir 11 jam perjalanan kami pun selamat mendarat di KLIA Kuala Lumpur. Pada mulanya bergegas untuk ke Pejabat kerana ada mesyuarat yang perlu aku hadiri, tapi tak sempat dan dimaklumkan mesyuarat tersebut di tangguhkan pada 1hb Oktober. Aku terus balik ke rumah dan malam tu juga pergi ke Klinik untuk ambil ubat. Keesokannya dapat cuti dan rehat sehari dan terus bekerja pada hari kemudiannya.

Sedikit coretan pengalaman aku ke Manchester, England. Dah dua kali aku ke sana. Siapa sangka. Mungkin berpeluang ke tempat lain pula. Semoga ceria membaca coretanku ini.

Monday, September 6, 2010

RESEPI NASI DHAL (NASI ARAB)

Dalam coretan ku mengenai pengalamanku mengerjakan umrah pada bulan Ogos hari tu, di antara aktivitinya adalah menziarahi ke rumah kenalan di Makkah iaitu Hj Dolah. Dia orang Malaysia tetapi telah menetap lama di Makkah. Anak-anak pun lahir di Makkah dan sudah tidak boleh berbahasa melayu bila bertutur. Sesampai di rumah Hj Dolah, pada mulanya beliau hanya menghidangkan air sejuk aje. Alamak, aku lapar ni takkan air sejuk aje. Kata hati ku. Tetiba anak Hj Dolah keluar dan berbicara dengannya tanpa sepatah pun aku faham apa yang di bincangkan. Kemudian aku lihat anak-anaknya membantu membentangkan plastik sebagai alas untuk menghidangkan sesuatu. Di bawanya satu persatu dan akhir sekali menu utama ialah Nasi Arab. Pergghhh tengok aje dah menyelerakan. Memang sedap dan sewaktu makan, aku boleh terlupa rakan-rakan lain seperti Tuan Ismadi dan Tuan Azhar disebabkan sedap dan khusyuk menikmati makanan tersebut. Sendawa dua tiga kali juga le. Memang sedap. Dan aku di fahamkan kaum ibu telah mengendeng isteri Hj Dolah tentang resepi bagaimana untuk membuat nasi Arab tersebut dan mereka berjaya memperolehinya. Terima Kasih kepada Puan Su (Isteri Tuan Ismadi) kerana sudi dan bersusah-susah menghantarkan Shaibah (salah satu bahan untuk membuat nasi tersebut. Jadi sesiapa yang berminat ingin mencuba, di sini saya catatkan bagaimana hendak membuat nasi tersebut yang telah di smskan oleh Puan Su.


Bahan-Bahannya:

Untuk Nasi Arab (Berkacang Kuda):

Bawang putih, bawang merah, lengkua, (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, pelaga, shaebah) - bungkus macam sup bunjut. Itu penumis untuk rebus kambing.

Untuk nasi - tumis bawang putih, bawang merah, halia, guna minyak sapi + minyak jagung, blend kismis segenggam. Gunakan air rebusan kambing untuk masak nasi. Garam secukup rasa. Kacang Kuda yang dah di rebus jangan lupa masukkan dalam nasi.

Selamat mencuba.

SEPTEMBER OH SEPTEMBER – HARI RAYA

Bulan Ogos telah melabuhkan tirainya dengan majlis Hari Kemerdekaan dan malam pertama dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan tahun ini. Kini bulan September mula mengorak langkah. Terlalu cepat masa berlalu, dah sembilan bulan bagi tahun 2010 telah ditempuhi. Kalau seorang wanita yang sarat mengandung, ini lah saat cemas mereka menanti kelahiran orang baru yang membawa keceriaan dalam kehidupan.

Tiap kali datangnya bulan September, pasti ku ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Along Aiman. Anakku yang sulung. Tarikh lahirnya jatuh pada 1hb September dan dilahirkan pada tahun 1993. Kini telah berusia 17 tahun dan sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini di bulan September, umat Islam akan meraikan Hari Raya sebagai tanda kejayaan menyempurnakan puasa selama sebulan. Tapi bukan semua yang berpuasa. Sewaktu aku membeli belah untuk pakaian anak-anak ku, di dalam sebuah kereta, pemandu yang ku andaikan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak selamba aje menghisap rokok tanpa ada segan silu dengan isteri dan anaknya. Angah, anak ku pula yang sibuk terperanjat mengatakan yang pemandu tu tak berpuasa. Tapi yang herannya, dia pun sibuk membuat persiapan hari raya dengan membeli pakaian seperti kami. Pelik-pelik.

Bila sebut Hari Raya, aku tetap terkenang kepada arwah ayahku. Dia pergi di bulan syawal walaupun bukan pada bulan yang sama. Bermula rentetan apabila hari raya pertama, dia mengadu sesak nafas. Aku jenguk dia di bilik dan bertanyakan kedudukan dia, dia jawab takde apa-apa, kau balik le kampong. Aku memang bercadang untuk balik kampong tapi setelah berbincang dengan isteriku, dia bersetuju agar tempoh balik kg di pendekkan kerana pada malam tu juga tetiba ayah ku mengadu sakit dada dan terus dihantar oleh abang ipar ku ke hospital Besar KL. Aku dapat panggilan telefon dari kakak ku mengatakan abang iparku masih belum balik dari hospital. Dalam keadaan mengantuk aku pun berkata, mereka tahu le nak bawak ke wad mana. Sampai ke sudah, di maklumkan bahawa ayah ku dimasukkan ke wad ICU. Panik aku dibuatnya. Mulai hari kedua raya, aku dah tak berapa seronok untuk beraya, aku asyik berulang alik untuk menziarahi ayah ku di hospital. Berada di HKL, keadaan beliau tidak berubah malah pada satu ketika, doktor mengarahkan supaya ahli keluarga berkumpul dan berjumpa dengan beliau. Perrrrghhh, sakit hati aku dengan doktor, seolah-olah dia pulak yang menentukan ajal seseorang. Sehari selepas tu, doktor panggil aku dan menyatakan ayah kena di pindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), aku akur dengan nasihat doctor. Setelah selesai semua keperluan ayah dikemas, aku turut ikut serta ambulan yang membawa ayah ku ke IJN. Sampai di IJN dibawa terus ayah ku ke wad CCU, lagi kritikal. Setiap hari aku pasti singgah untuk menziarahi ayahku. Tidak kira waktu tengahari atau petang, bila ada kesempatan pasti aku berada di sana. Sehingga satu hari iaitu pada hari Jumaat tanggal 21hb Januari 2000, pada mulanya aku hendak pergi terus ke pejabat tetapi berat hati ini kerana telah dimaklumkan yang ayah akan membuat endogram pada hari tersebut. Jadi aku buat keputusan untuk tidak pergi kerja pada hari itu dan terus aku ke IJN untuk melihat ayah ku. Ayah pun terkejut dengan kehadiran ku. Dia bertanya, tak kerja ke. Aku jawab selamba tak. Kan hari ni ayah nak buat endogram. Dia diam sahaja. Aku borak dengan dia, dan dia sempat mengingatkan aku agar lakukan solat tahajjud jika mampu dan kalau boleh jangan di tinggalkan. Siap ayah bagi petua untuk bangun jika susah bangun menjadi alasan. Aku mengangguk sahaja bila mendengar nasihatnya. Aku salinkan pakaiannya dan bawa dia ke satu bilik taklimat tentang proses endogram tersebut. Aku lihat wajah ayah ku seolah-olah telah mempunyai tanda-tanda pemergiannya akan hampir. Ahh, perasaan sedih aku kot, kata hati ku. Selesai taklimat, misi bertanya kepada ayah, nak makan apa tengahari ni. Dia sebut menu yang sedap-sedap. Lagi le aku cuak. Aku terus bawa dia ke bilik menunggu untuk masuk ke bilik bedah (gitu lah kot). Aku sempat bersalam dan cium tangannya sewaktu dia dibawa oleh misi dengan keadaan terbaring. Nampak sayu wajahnya. Aku terus bertanya kepada misi kebiasaannya berapa lama ianya akan memakan masa. Jawapan yang ku terima, jika tidak mempunyai masalah empat puluh lima minit dah selesai. Aku lihat jam tangan ku dah menunjukkan hampir satu jam setengah. Aku mula gelisah. Aku menelefon kakak-kakak. Seorang demi seorang tiba dalam keadaan cemas. Tiba aku melihat ayah ku dibawa keluar dengan tergesa-gesa dan doktor menyatakan bahawa ayah ku telah tiada. Aku terperanjat sungguh dan aku terus berlari ke arah ayah ku dan ku dapati jasadnya terbujur kaku dan terlihat air matanya masih mengalir di pipinya. Arrgghhh sungguh aku terharu dan terasa remuk di dalam hati ini. Apakan daya Allah lebih menyayanginya. Dan kebetulan hari itu adalah hari Jumaat. Aku terus menelefon emak dirumah untuk memaklumkan kedudukan ayah dan meminta di maklumkan kepada ahli surau As-Sobirin. Kemudian aku terus menguruskan jenazah ayah ku agar dapat di keluarkan cepat untuk di sembahyangkan waktu solat Jumaat. Aku masih ingat pesanan ayah kepada aku agar kain ihramnya yang telah dibasuh dengan air zam-zam dijadikan salah satu helai dari kain kapannya bila beliau meninggal. Aku bersyukur dapat menyempurnakan hajatnya. Jenazah dimandikan di rumah dan terus di bawa ke masjid untuk disembahyangkan. Bilal pada hari itu cukup menyayukan hatiku bila dia mengumandangkan azan yang cukup sayu. Selesai disembahyangkan, jenazah ayahku pun dibawa ke tanah perkuburan di AU4 untuk disemadikan. Sedih aku berterusan hingga beberapa minggu. Bila mengenangkan ayahku, pasti air mata ku mengalir kesedihan. Namun di satu malam selepas ayah ku di semadikan, aku bermimpi yang ayah ku baring mengiring dibawah canopy dengan berpakaian ihram. Aku yakin mimpi itu ingin menyampaikan mesej yang ayah berpuashati dengan amanah yang diberikan kepada ku untuk memakaikan kain ihramnya sebagai kain kapannya. Kini sudah sepuluh tahun ayah pergi meninggalkan aku. Kesedihan masih bermain difikiran ini bila mengingatkan kembali detik-detik itu. Semoga Allah mencucuri rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh.

Manakala ibuku, selepas sepuluh bulan pemergian ayahku, maka emak pun menuruti ayah dengan meninggalkan kami pada hari ketiga puasa pada tahun yang sama. Kerinduan emak terhadap ayah begitu ketara dan seolah-olah dia tidak boleh hidup tanpa suami yang dicintainya. Semoga Allah mengasihani emak disebabkan kesetiaannya kepada ayah. Maka dalam tahun yang sama aku bergelar Anak Yatim Piatu.

Sunday, August 29, 2010

OMRA OH OMRA – 29HB JULAI – 7HB OGOS 2010

Omra oh Omra, begitulah kata hatiku ini. Dulu sebelum 23hb Jun, ada kawan ajak pergi buat umrah dan seterusnya melawat Syria dan Istanbul. Melompat jugak bila diajak walaupun baru pergi pada bulan Mac hari tu tapi disebabkan ada kerja yang belum selesai terpaksa aku batalkan hasrat untuk ikut kawan ku. Tetibanya aje dia hantar gambar menanti subuh di Makkah, adus terasa rindunya dengan suasana Kaabah di Masjidil Haram. Takpe le kata hatiku, InsyaAllah adalah rezeki tu nanti. Tapi kalau diikut-ikutkan, berapa banyak pun kita pergi buat umrah, aktivitinya sama tetapi pengalaman pasti berbeza-beza. Kerinduan pasti menyebabkan kita meronta-ronta untuk berusaha pergi ke sana.

Begitulah, bila hati ni asyik teringat aje nak ke sana, ada aje yang tukang mengajak. Tuan Zainal Rawi tetiba ngajak aku. Alasan dia, dia tak kenal dengan `ground handler’ di Makkah dan meminta aku perkenalkan dengannya. Apa lagi terus kata boleh, ingatkan dia memain rupanya betul. Selesaikan kerja yang tak seberapa tu, aku pun bersiap untuk ke sana. Pihak KOP Travel & Tours Sdn Bhd minta gambar dua (2) keping dan buku perubatan serta passport. Alamak aku punya suntikan dah tamat tempoh, hmmm tawakkal aje le. Aku bagi dan terus tidak dibangkitkan oleh pihak Travel. Aku tidak tahu siapa yang turut serta dalam kumpulan jemaah kali ini yang mengikuti KOP Travel & Tours Sdn Bhd. Namun dimaklumkan keluarga di kalangan Pegawai Polis PDRM.

Sampai waktunya Isteriku, Adik Aie dan Gjoy (adik ipar) menghantar ku ke KLIA. Tanya lokasi Tuan Zainal, masih lagi belum sampai. Hmmm sudah potong 5 markah sebagai petugas. Aku tengok jemaah telah tiba terlebih dulu walaupun kakaitangan KOP Travel & Tours Sdn Bhd yang lain telah muncul. Aku terus ke tempat Jemaah dan kakitangan berkumpul dan memaklumkan jumlah beg dan bungkusan yang aku bawa untuk ditagkan dengan pengenalan KOP Travel. Kelihatan Ketua Polis Selangor YDH Dato’ Khalid bin Abu Bakar turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada pegawainya. Bagus kata hatiku. Sempat bergambar bersama Dato’ dan juga pegawainya bagi tujuan sebagai kenangan. Aku di minta untuk berada di KLIA selewat-lewatnya 4 jam. Apa nak buat. Hmmm berlegar-legar le aku di KLIA, Sempat tukar duit lagi, macam nak pergi sebulan. Rasa macam tak cukup aje duit yang dibawa. Dapat panggilan telefon dari Tuan Zainal, berkumpul di depan ATM Maybank jam 2.00 petang sebelum masuk ke tempat menunggu.. Sampai waktu yang telah ditentukan, aku melihat semua jemaah berkumpul dan jumlah termasuk aku hanyalah seramai 10 orang. Tak le ramai. Senang di kendalikan InsyaAllah. Selepas sedikit taklimat, kami pun beredar dengan menaiki pengangkutan yang membawa kami ke ruang menunggu. Di situ aku bertemu dengan Dato’ Ismail bin Ibrahim, mantan Pengarah IKIM. Sentiasa lembut pertuturannya dan jelas setiap apa yang dikeluarkan dari mulutnya. Rupanya dia dapat jemputan dari Rabitah Makkah (satu badan NGO la agaknya) untuk beliau membuat pembentangan di Makkah, Jeddah dan Madinah). Aku pun ambil kesempatan bergambar dengannya sebagai kenangan.

Jam menunjukkan 2.30 petang, dan pengumunan oleh kakitangan MAS untuk penumpang memasuki ke dalam kapal telah dibuat. Aku merupakan kumpulan pertama di arahkan masuk. Dalam kapalterbang aku duduk bersebalahan dengan Tuan Zainal, ok le boleh le berborak-borak. Mengambil perhatian kami seorang pramugari yang cukup aktif dan kami rasa dia memang benar-benar sukakan kerjayanya. Tak henti-henti melayan penumpang sejak dari kapalterbang naik sampai le kapalterbang mendarat dan dia juga memastikan tandas sentiasa berada di dalam keadaan bersih. Kalau aku lah hmmm memang tak sempat nak tengok tandas, banyak kerja akan ku beri alasan walaupun pergerakan hanya di dalam kapalterbang aje. Aku tidak tahu kenapa pramugari tu mesara dengan kami samada aku yang hengsem, heee….heeee atau tengok aku seolah-olah menemankan seorang ayah (Tuan Zainal yang dah beruban – jangan marah ek) dan terharu dengan sikap ku agaknya (jejaka perasan), di akhir penerbangan sebelum mendarat di lapangan terbang Jeddah, kami diberikan sebungkus plastik kacang seorang. Sempat mengambil gambar dia sebagai bukti dan jika MAS meminta kami mencalonkan pekerja terbaik, aku pasti aku dan Tuan Zainal tidak teragak-agak untuk mencalonkan dia. Semoga dia berjaya dengan kerjayanya itu.

Sampai di dalam kawasan Imegresen Jeddah, kali pertama aku membeli sim kad Saudi untuk berhubung dengan cinta hatiku di Malaysia. Beli SR 80 dapat credit SR70. Ok le tu. Terus SMS pada cinta hatiku yang aku telah selamat mendarat di Jeddah. Sementara menunggu giliran aku untuk disemak passport oleh pihak Imegresen, aku menghubungi Hj Nasir dan beliau telah berada diluar. Selesai pengumpulan bag jemaah kami pun keluar secara berkumpulan dan bertemu dengan Hj Nasir. Dari segi layanan, aku masih letakkan Hj Nasir sebagai orang yang pandai menjaga hati jemaah. Memperkenalkan jemaah dengan Hj Nasir, sementara menunggu passport, Hj Nasir membelikan kami roti untuk mengalas perut sementara perjalanan ke Madinah di teruskan. Di samping itu kami bercadang untuk solat Jamak di Lapangan Terbang Jeddah tidak kesampaian kerana tandas tidak mempunyai air. Kali pertama juga aku menghadapi suasana ini. Itu yang aku katakan pada awal, pengalaman berbeza-beza yang akan kita tempuhi setiap kali kita mengerjakan umrah atau pun haji.

Selesai semuanya, kami pun bergerak dengan menaiki van yang boleh mengisi jemaah kami. Aku duduk dibahagian tengah antara pemandu dan penumpang sebelah yang tidak mempunyai tempat sandar menyebabkan aku terhoyong hayang disebabkan mengantuk. Di awal perjalanan, kami mengingatkan Mutawif kami iaitu Ust Khotib, bahawa kami belum solat Mahgrib dan Isyak. Dan aku yakin pemandu van adalah merupakan orang tempatan yang tahu selok belok perjalanan di antara Madinah dan Mekkah berbanding sebelum ini yang aku ikuti Travel lain. Kami berhenti di satu tempat yang biasa menjadi persinggahan sementara sewaktu aku mengerjakan haji dan umrah. Solat maghrib dan Isyak berjemaah. Aku di amanahkan untuk mengimamkan solat Jamak tersebut. Sedang kami mendirikan solat tersebut, tetiba dua orang Pak Arab berdiri disebelah aku. Eh dia ni nak jadi imam ke tapi bila aku ruku’, dia turuti perbuatanku. Pelik betul Pak Arab ni. Mazhab mana le agaknya makmum boleh berdiri sebaris dengan imam. Bila selesai, aku toleh ke belakang ramai makmum dari keturunan Arab yang masbuk bersama kami. Selesai jemaah membeli keperluan asas sepeti air mineral kami pun teruskan perjalanan. Mengambil masa lebih kurang 5 jam, kami pun sampai ke Hotel Wasal Arleem. Hotelnya kira Ok le tapi tidak sama dengan pakej sebelum ini yang aku ikuti lebih besar dan selesa. Takpe le itu rezeki yang diberikan kepada kami.

Aktiviti biasa di Madinah ziarah makam Rasulullah S.A.W, ziarah luar ke Bukit Uhud. Di sini aku kurang pasti, sebelum ini lawatan ku ke kubur Saidina Hamzah tidak ada apa yang menarik buat ku, tetapi disatu cermin yang pecah aku memasukkan hidung ku, sungguh harum bauan yang ku hidu. Pada mulanya aku sangkakan ada orang yang menyapukan minyak wangi ke cermin di kawasan itu tetapi aku hidu setiap cermin tidak pulak berbau, bila aku ke ruang satu lagi cermin yang pecah dan ku ulangi untuk menghidu, bauan yang sama yang dapat ku hidu. Ku tanya diriku lagi jika di dalam kawasan kuburan itu di simbah minyak wangi sudah tentu bau wangian itu akan semerbak hingga keluar kawasan tetapi ia hanya berbau wangi bila ku hidu di kawasan cermin yang pecah. Hmmm. Menarik pengalamanku kali ini. Kata hatiku. Masjid Quba’ dan pasar tamar tempat yang routin bila semua jemaah buat umrah dan haji. Solat di Raudhah perlu banyak kesabaran dan waktu yang tepat. Aku terpaksa bangun jam 1.30 malam untuk dapat ruang menunaikan solat sunat di ruang raudhah kerana kebiasaannya waktu itu tidak ramai orang yang berada di dalam kawasan masjid dan raudhah. Minatku terhadap Imam Masjid Nabawi yang sedap sungguh bacaannya dan konsisten tetap menjadi buruanku. Shiekh Salah Al Bidr, aku cuba bersalam dengannya namun dihalang oleh polis pengiring. Hampa sekejap. Namun bila dah dikatakan rezeki untuk bersalam dengannya telah ditentukan oleh Allah, maka tidak semena-mena selepas subuh itu dia terus pulang kerumah. Maka sewaktu perjalanannya ke tempat letak kereta, aku dapat bersalam dengannya dan mengambil gambarnya walaupun polis tadi yang menghalangku memberi amaran. Puas rasanya. Selepas pulang berehat di Hotel, mula berkumpul untuk ziarah luar seperti yang aku katakan awal tadi. Separuh jalan, dapat panggilan mengatakan akan bertolak ke Makkah petang ini. Terkejut aku dibuatnya. Apa ni. Potong 20 markah, kata hatiku. Alasan yang diberikan oleh pihak Rimbun amatlah tidak munasabah. Macam ada yang tak kena. Tergesa-gesa jemaah bersiap. Janji lepas zohor bertolak, namun hampir 2.30 petang akhirnya bergerak di sebabkan usaha Hj Nasir untuk dapatkan kenderaan tambahan.

Seperti yang aku katakan pemandu kali ini memang merupakan orang tempatan dan tahu selok-belok perjalanan. Sampai ke Miqat iaitu di Masjid Bir-Ali begitu cepat sekali. Selesai solat sunat dan berniat kami pun bergerak. Sekejap-sekejap aku terlena. Terjaga semula dan terlena kembali. Tetiba, kelihatan banyak kenderaan berhenti di tepi jalan. Eh apa hal lak ni, kata hati ku. Rupa-rupanya sekumpulan Baboon berkeliaran di satu kawasan menunggu pengguna lebuhraya memberikan makanan. Eh , sejak tahun 1981, 2007, 2009 dan 2010 tidak pernah aku dengar ada baboon di kawasan ini. Macam mana pulak kali ada dan dari mana dia datang?. Satu lagi pengalaman baru. Pelik juga rasanya. Sempat juga le aku mengambil gambar sebagai bahan bukti. Berhenti seketika kemudian, kami teruskan perjalanan. Melepasi waktu maghrib, kami pun sampai di Hotel Ukhuwah. Haji Nasir sedia menunggu. Beg kami masih belum tiba. Namun makan telah terhidang dan apa lagi, kami pun menikmati hidangan yang disediakan. Sungguh menyelerakan. Jam sepuluh setelah semua jemaah bersedia, kami pun di bawa untuk menunaikan umrah pertama. Selesai hampir jam 12 malam dan pulang ke Hotel mandi dan kembali semula ke masjid untuk tunaikan solat maghrib dan isyak secara jamak yang belum kami dirikan.

Selesai waktu subuh, aku pun ambil kesempatan untuk berehat. Telah menjadi perhatian oleh jemaah sebilik dengan aku, Mereka mengatakan bahawa nikmat mudah tidur memang dimiliki oleh aku. Memang benar. Letak aje kepala, dah tak sedar apa pun. Aktiviti harian di Makkah seperti biasa yang pernah aku lalui. Aku buat perancangan untuk menziarahi kubur arwah kakak ku di Sarayek, namun seperti yang telah sedia maklum, tidak ada tanda di kubur yang dapat menentukan di mana kuburnya. Sekurang-kurangnya aku mendoakan untuk dia. Semoga dia tenang bersemadi di sana. Kenalan di Makkah Hj Dolah, mengajak kami datang ke rumahnya dan di hidangkan kami dengan hidangan yang sungguh menyelerakan iaitu Nasi Arab. First class punya sehingga di maklumkan isteri Tuan Ismadi sempat mendapatkan resepi untuk membuat nasi tersebut.

Berjumpa aku denganrakan Facebook iaitu Hj Arshad, Pengurus Hotel Al-Manazel di Ajyad. Seronok berjumpa dan berkenalan dengannya. Sewaktu aku ziarahi hotelnya, dia sedang meraikan pelajar-pelajar Mesir yang datang bercuti ke Makkah. Layanannya sungguh mesra dan pada satu hari, dia menjemput makan di hotelnya sempena mengakikahkan cucunya. Sedap makanan yang dimasak. Tapi disebabkan pantang terpaksa le makan sikit aje. Di situ juga aku bertemu dengan bekas kakitangan KPD iaitu Abang Shahrul. Allah maha kuasa kat situ pulak diketemukan. Sehingga aku hendak pulang ke Malaysia, Hj Arshad membekalkan buah tangan untuk dibawa pulang. Seronok aku berkenalan dengannya.

Umrah ke tiga, ke Hudaibiyah. Seperti biasa, namun suasana agak lengang. Hanya kami sahaja jemaah yang ada pada ketika itu. Sempat ke ladang unta untuk melihat Kenyut, Kenyit dan kunyit (unta-unta yang diberi nama oleh aku). Minum susu unta, Aku mula lalu untuk meminumnya masa umrah bulan Mac lalu dan ku ulangi kali ini. Sampai semula di Hotel waktu maghrib telah pun berkumandang. Kami bersetuju untuk solat berjemaah dan sekali lagi aku diminta menjadi imam di Masjidil Haram. Heee…Heee dah sama taraf dengan Imam Sheikh Abdul Rahman As-Sudais. Tapi makmum aku hanya 9 orang aje le. Selesai solat kami pun bergerak secara berasingan untuk memulakan kerja-kerja tawaf dan saie. Aku memuji Tuan Ismadi dan Isteri melayani kedua ibubapanya. Bukan senang ini kekadang ujian Allah terhadap anak memang tidak boleh diambil ringan namun kasih sayang mereka terhadap kedua ibu bapanya memang terserlah. Aku cukup terharu bila berkaitan dengan hal-hal sedemikian.

Kali ini juga, aku dapat menunaikan solat zohor di Masjid yang diberi gelaran sebagai Masjid Kuching. Ini disebabkan selesai tawaf wida’ aku kena meninggalkan Masjidil Haram dengan hati yang sayu untuk berangkat kembali pulang ke Malaysia. Semua proses pengangkutan dan kemasukan barang ke dalam kapalterbang diuruskan oleh Ustaz Khotib. Memang bertanggungjawab Ustaz Khotib dalam amanah yang diberikan kepadanya oleh Hj Nasir.

Begitulah kesahnya bila mengingatkan kembali pengalaman kali ini bila mengerjakan umrah. Peristiwa yang menitiskan airmata tanpa diduga ialah apabila Allah beri peluang kepada ku untuk mengucup Hajarul Aswad. Namun dari berbagai cerita, saat yang paling manis apabila kita sudah berada berhadapan dengan Hajarul Aswad, kita akan rasa ketenangan dan seolah-olah waktu itu tidak ada sesiapa yang menganggu kita untuk mengucupnya. Moga Allah perkenankan untuk aku datang kembali ke bumi yang penuh barakah ini.

Thursday, July 8, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

(NUKLAN INI DISEDUT DARI SEORANG YANG MENGHANTAR MELALUI EMAIL, PEMILIK BLOG INI TIDAK BERTANGGUNJAWAB DENGAN LUAHAN TERSEBUT)

NAMUN, AIR MATA YANG AMAT BERNILAI OLEH SESEORANG TIDAK KIRA SAMADA SUAMI, ISTERI, INDIVIDU DAN PEMIMPIN ADALAH AIR MATA YANG DITITISKAN KERANA ALLAH S.W.T

INI KERANA TIDAK ADA SUATU PUN DI DIUNIA INI ADALAH MILIK KITA DAN AKU ADALAH MILIKMU (ALLAH)...JEMPUT BACA LUAHAN INI......

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .


Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Monday, July 5, 2010

ULANG TAHUN KELAHIRAN DI KALA USIA KU 44 TAHUN

5hb Julai ketemu lagi bagi sesi 2010. Pada tarikh Keramat itu, dahulu 44 tahun yang lalu aku di lahirkan. Pasti kedua ibu bapa ku gembira dengan kehadiran ku walaupun sebelum aku, mereka telah mempunyai anak seramai 10 orang tetapi meninggal seorang. Maka aku anak yang ke 10. Di antara sebab kenapa mereka gembira kerana pertama aku anak lelaki yang kedua dalam keluarga setelah yang pertama hingga ke lapan semuanya puteri. Berazam sungguh mereka untuk mendapatkan anak lelaki dan akhirnya dimakbulkan oleh Allah. Sebab kedua mereka gembira, aku rasakan ialah mereka perlihara dan jagai aku dengan baik walaupun kalau dilihat sumber kewangan bapa ku terlalu kecil untuk menyara 10 orang anak dan seorang isteri, namun begitu tidak di berikan kepada orang malah dididik aku untuk menjadi manusia sebaik yang mungkin.
44 tahun telah berlalu. Kedua ibu bapa ku pun telah tiada. Kini aku pula mengambil tanggungjawab seperti mereka sebagai seorang ayah yang berusaha mendidik 5 orang anak-anak ku. Memang begitu mencabar untuk membesarkan anak-anak di kala manusia kebanyakannya hilang arah tujuan. Aku sentiasa berdoa agar Allah memelihara diri ku dan keluarga dalam apa bentuk keadaan sekalipun.
Dalam tahun ini 2010, sehingga 5hb Julai 2010 bermacam-macam peristiwa yang dilalui. Ada yang sedih dan ada juga yang gembira. Kematian sudah menjadi satu tajuk sedih bagi setiap manusia. Tidak kira ianya melibatkan saudara terdekat atau rakan kenalan. Bagi aku kedua-duanya ada. Pada awal tahun 2010 iatu pada Januari 2010, bekas Pengerusi syarikat ku iaitu Tan Sri Mohd Sedek bin Hj Mohd Ali telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan dan berada dalam keadaan koma selama hampir 4 bulan. Dan yang keduanya adalah Kakak ku yang ke empat iaitu Hajjah Siti NoorHafizah bt Hj Hasbullah meninggal pada 19hb April 2010 sewaktu berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrahnya. Begitulah lumrah, yang hidup pasti merasai mati. Dan yang terakhir adalah kenalan ku Wong, kakitangan di syarikat rakan baik ku Chan, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.30 pagi pada 6hb Julai 2010. Terakhir pada hari aku mencoret coretan ini, aku dapat berita kawan baik ku semasa di Malaysia Mining Corporation Berhad juga telah meninggal dunia pada bulan lepas. Namanya Abdul Razak bin Sulaiman. Al-Fatihah buat almarhum.
Dalam kesedihan itu, kita perlu teruskan kehidupan ini. Kegembiraan yang tidak disangka-sangka bila mana aku dapat bertemu dengan rakan-rakan sekelas ku di Sekolah Menengah Padang Tembak. Pertemuan itu buat masa ini hanya melalui alam maya menerusi Facebook. Melihat kejayaan masing-masing dalam kehidupan berkeluarga, tentu sekali yang paling gembira adalah guru-guru yang pernah mengajar kami. Pastinya mereka akan mendapat balasan dan imbuhan di atas usaha mereka mendidik kami. Nama seperti Noman & Nomi (adik beradik kembar), Hashim, Afizal, Afri, Noraida, Norhayati, Pam, Shila, Zairul Azmaini, Mazliah, Normah, Hafsah, Azman, Sariah, Norashikin, Wan Fatiah dan ramai lagi yang pasti mengimbau kembali nostalgia sewaktu alam persekolahan. Dan di antara mereka, ada juga yang kedengaran telah pergi dahulu bertemu dengan Tuhannya seperti Zubir, Isa dan Suzana. Berbagai cerita lagi yang lucu didengari bila bertemu dengan kawan baik ku...Ku doakan semoga kalian berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa di rahmati oleh Allah.
Kini setahun usia ku telah berkurangan, namun dalam ucapan yang diterima, ramai mendoakan semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga doa mereka menjadi pendorong kepada ku untuk terus memenuhi ruang-ruang usia yang masih diberikan kepada ku. Dalam ucapan yang diterima, aku merasa bangga apabila Dato' Mohd Ismail Che Rus, yang juga bekas Pengerusi syarikat ku menghantar ucapan melalui SMS. Teks ucapannya berbunyi:"Salam. Wishing u HAPPY BIRTHDAY. May u blessed with all d very best in life insyaAllah =D". Dia adalah orang yang pertama memberikan ucapan tersebut. Aku bangga bukan kerana ianya datang dari seorang yang bergelar Dato' tetapi keperihatinannya terhadap bekas kakitangan dan sentiasa menjadi orang yang pertama mendahului yang lain. Ini adalah tahun pertama dia menghantar ucapan hari lahirku kerana tahun ini dia baru tahu tarikh lahir ku. Namun ucapan-ucapan yang lain, seperti ucapan hari raya dan apa saja perayaan yang berkaitan pasti dia yang pertama aku terima ucapan.
Tidak ketinggalan juga ku terima ucapan dari isteri tersayang dan juga dari anak-anak ku. Berbagai ragam cara mereka menyampaikan ucapan secara face to face sehingga membuat aku sentiasa tersenyum bila mengingat gelagat mereka. Aku sentiasa bersyukur dengan ahli keluarga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Semoga bertemu lagi di tahun hadapan. Wassalam.

Friday, June 25, 2010

AGM KPD KALI KE 75

Pada 23hb Jun 2010, berlangsung mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad ("KPD") kali ke 75 yang di adakan di hotel milik KPD iaitu
KL International Hotel. Dan aku seperti biasa dijemput bagi menghadiri majlis perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Yang DiPertua KPD iaitu Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar. Aku mula mengenali Tan Sri Ismail apabila beliau dilantik sebagai Pengarah KPD. Dia seorang yang baik, mempunyai sifat kebapaan dan seorang yang berpandangan jauh dan bersungguh untuk memajukan KPD.

Pada jam yang telah ditetapkan, Beliau diiringi oleh Dato Pengerusi KPD dan dif-dif kehormat yang lain. Sesampai di tempat dimana aku berdiri, dia bersalam dengan aku dan menyapa 'hensem min'. Heee...Heee...itu ajele yang dapat ku balas. Ucapan aluan-aluan dibuat oleh Dato Amir bin Sulaiman selaku Pengerusi seterusnya melaporkan prestasi KPD dan anak syarikat.Kemudian disusuli dengan ucapan Tan Sri Ismail dimana seterusnya beliau telah merasmikan majlis tersebut.

Mesyuarat di tangguhkan bagi memberi ruang para perwakilan membuang undi dan para jemputan di arak ke tempat menjamu selera. Selesai menjamu selera maka nampak ketergesaan Tan Sri yang mengambil berat tentang tugasnya untuk berangkat pulang, namun sempat berjabat tangan dengan semua jemputan di ruang makan dan berpelukan dengan rakan-rakan lama yang masih menyumbang kepada KPD dan anak syarikat.

Bila di kenang-kenangkan, dalam tempoh yang lama iaitu 75 tahun, KPD jika disamakan dengan manusia, ianya telah menempuhi peringkat tua dan tidak berdaya tetapi jika kita menganggap dia adalah sebuah institusi, walaupun usianya telah lanjut sehingga 75 tahun, namun sepatutnya dia tetap kukuh dengan pertambahan ahlinya, dengan kemajuan teknologi bagi menyokong segala operasinya dan kemasukan tenaga-tenaga baru dalam organisasi bagi menjamin kesinambungan operasi KPD berjalan dengan sempurna.

Bagi aku, aku tidak menyalahkan mana-mana institusi yang mengalami masalah tetapi yang patut dipersalahkan adalah mereka-mereka yang diberi amanah untuk mengendalikan institusi tersebut. Manusia masa kini semakin bijak mengambil peluang berbanding manusia terdahulu. Sebagai contoh, mungkin manusia dahulu yang menubuhkan institusi Koperasi ini mempunyai matlamat yang ikhlas bagi membantu ahlinya. Koperasi ibarat tempat berlindung yang dibina manakala ahlinya adalah merupakan keluarga dalam rumahtangga. Segala badai yang melanda akan diharungi bersama. Sekiranya terdapat halangan dan rintangan, mereka tidak mengajak orang luar mencampuri urusan mereka tetapi sebaliknya menjadikan orang luar sebagai garispanduan bagaimana Koperasi terus dapat bertapak dan terus maju demi kebajikan ahlinya. Ahli sentiasa setia dan terus bersama dengan Koperasi walaupun berbagai halwa yang dihidangkan diluar Koperasi yang lebih menggiurkan berbanding yang ditawarkan oleh Koperasi. Kesetiaan inilah yang aku rasakan sebagai satu kekuatan dan semangat yang tidak luntur yang menyebabkan Koperasi dapat bertahan. Namun ketahanan Koperasi tidak akan terus kekal jika matlamat ahli yang semakin 'bijak' dan mempunyai agenda tersendiri serta mendahulukan kepentingan diri berbanding kepentingan Koperasi dan ahlinya.

Dalam beberapa siri persembahan kertas kerja oleh beberapa wakil organisasi yang berjaya, aku masih lagi meletakkan kepercayaan terhadap apa yang dipersembahkan oleh kumpulan syarikat yang di terajui oleh YBhg Tan Sri Hashim Ali. Di suatu persembahan yang berbeza masa dan tempat, Tan Sri Hashim Ali dan Ketua Pegawai Operasinya menyampaikan tajuk visi dan misi syarikat tanpa mempunyai percanggahan dari sudut isi dan objektif syarikat. Ini bermakna apa yang digariskan sebagai visi dan misi syarikat telah berjaya di terapkan di dalam sanubari setiap pekerjanya. Ini akan lebih memudahkan objektif syarikat dapat dilaksanakan di capai oleh setiap pekerja di dalam organisasi tersebut. Dalam konteks ini, kalau kita semak bacaan kita di dalam surah Al-Fatihah, ayat yang ke lima yang bermaksud "tunjukkan kami jalan yang lurus". Ini membuktikan kepada kita bahawa sekiranya kita ingin berjaya dalam apa bidang sekalipun, kita perlu sentiasa berada di situasi yang lurus. Matlamat dan objektif kita mestilah jelas dan lurus, perlaksanaannya juga mestilah tidak dibengkang bengkokkan demi memastikan matlamat yang kita ingin capai tidak melibatkan kepentingan peribadi dan perkara yang tidak jelas, meletakkan amanah yang diberikan di atas sekali yang sepatutnya dijunjung di mana kita berada. Sekiranya kita dapat mengekalkan perkara-perkara tersebut, maka institusi yang diterajui oleh kita dapat di selamat dan dimajukan. Jika tidak baiklah kita keluar dari organisasi dan menjalankan urusan sendiri untuk kepentingan sendiri tanpa menggunakan saluran-saluran institusi di mana kita diamanahkan untuk kepentingan diri.

Dalam konteks Koperasi Polis, aku tidak dapat menerima kenapa pihak PDRM tidak menyokong sepenuhnya Koperasi dalm isu pemberian kerja-kerja yang terdapat di PDRM. Ini amat berbeza berbanding dengan pihak Kementerian Pertahanan, Tentera Laut Diraja Malaysia. Mereka sedia memberi keutamaan kepada LTAT dan syarikat subsidiarinya dalam pemberian kontrak walaupun ianya tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan keutamaan kepada institusi tersebut. Alasan mereka memberi keutamaan kepada LTAT dan Syarikat subsdiarinya ialah mereka akan memperolehi pulangan dividen pada hujung tahun. Sekiranya terdapat kekurangan pada LTAT dan syarikat subsidiarinya, mereka akan duduk semeja untuk menyelesaikan masalah.

Oleh yang demikian, aku rasa Koperasi boleh bernafas semula dan maju seperti tahun-tahun kejayaannya sebelum ini jika mereka-mereka yang diberi amanah dan kuasa sementara di PDRM dapat memberikan keutamaan kepada Koperasi dengan meletakkan satu objektif "Kejayaan Koperasi adalah Kejayaan Kita dan kita akan menikmati bersama kejayaan tersebut".

Aku dapat merasakan kepayahan dan kesungguhan orang terdahulu yang berusaha untuk memajukan Koperasi kerana aku juga anak kepada anggota polis yang mana arwah bapa ku pernah dilantik sebagai salah seorang Anggota Lembaga di Koperasi ini. Semoga Koperasi dapat dimajukan semula tanpa adanya agenda yang tersembunyi.

Thursday, June 10, 2010

PENGALAMAN KU KE HONG KONG 1HB JUN 2010 – 5HB JUN 2010

Mana ada ku sangka dapat peluang ke Hong Kong untuk menggantikan Dato’ Anuar Bashah bagi menghadiri seminar tentang Kawalan Keselamatan. Pada awalnya Dato’ bersetuju untuk ikut serta rombongan APSA ke Hong Kong dan semua kos di tanggung oleh PSMB. Namun disaat akhir, beliau tak dapat pergi disebabkan hal tertentu dan meminta aku menggantikannya. Aku akur dengan arahannya, apa tidaknya dapat pergi ke tempat orang, ambil le peluang.

Pada hari yang di tetapkan iaitu pada 1hb Jun (Selasa), adik ipar ku Gjoy bersedia untuk menghantarku ke KLIA. Semua ahli rombongan perlu ada di KLI jam 7.00pagi. Aku sampai tepat waktu yang ditetapkan dan tak nampak lagi batang hidung Tuan Mat. Aku telefon dia dan dia memaklumkan dia telah hampir di KLIA. Lega rasanya. Bertemu dengan Tuan Mat dan kami pun terus berjumpa dengan ahli kumpulan yang lain. Sambil minum dan berbincang, waktu untuk daftar masuk pun tiba dan kami kesemuanya mula bergerak ke ruang menunggu. Aku tidak berapa sihat sebenarnya dengan batuk yang tak henti-henti sejak seminggu. Sempat aku ke farmasi di KLIA untuk membeli strepsil sebagai bekalan.

Dalam kapalterbang, di sebelah aku, seorang yang pendiam. Aku belum kenal dengan beliau lagi dan tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tekak pun tak berselera untuk makan makanan yang disediakan disebabkan lauknya memang ubat gout. Tetiba Presiden APSA Malaysia Dato’ Mustapa Hj Ali duduk di sebelah aku, Aku kata tidak ada sesiapa duduk di situ. Dia pun terus tidor untuk berehat agaknya. Aku tidak mahu menggangu beliau. Hampir tiga jam dua puluh minit kapten kapal memaklumkan bahawa kapalterbang akan mendarat, agak kurang cekap pendaratan yang dibuat, tetapi selamat. Selesai pemeriksaan imigresen, sempat mengambil gambar sementara menunggu bas datang menjemput kami untuk dihantar ke hotel Empire di Causeway Road. Sesampai di hotel, sekumpulan kami pergi ke satu restoran yang
dicadangkan oleh kakitangan Hotel, nama retoran tersebut ialah `AH LONG PAKISTAN RESTAURANT HALAL FOOD’, hmm bunyi halal dan Pakistan tu boleh le tahan, tapi tak leh masuk makanan yang ditawarkan. Jadi menu pertama di hari pertama aku di Hong Kong ialah capati sahaja. Selesai makan dengan menu yang tidak menyelerakan, aku membeli beberapa sisir pisang untuk pemangkin di dalam bilik hotel, sampai di bilik aku terus solat jamak dan qasar zohor dan asar dan terus terlena kerana keletihan dan sememangnya hobi ku. Terjaga dari tidur jam 5.15 petang. Disebabkan tidak ada apa-apa perancangan, maka aku hanya menonton tv di bilik hotel sehinggalah waktu lena kali kedua jam 9.30 malam selepas selesai menunaikan solat jamak dan qasar bagi waktu maghrib dan isya’. Selesai hari pertama yang rumusannya agak susah bagi aku untuk menikmati makanan yang sesuai dengan seleraku.

2hb Jun 2010, Rabu (Hari kedua), aku bangun jam 4.30 pagi. Difahamkan waktu subuh, zohor dan asar di Hong Kong lebih awal dari di Malaysia walaupun waktu negaranya menyamai dengan waktu di Malaysia. Selepas selesai solat, aku lelapkan mata sekejap sementara menanti jam menunjukkan pukul 8.00 pagi untuk kami berkumpul di lobi hotel untuk bergerak bersama ke Bangunan di mana
Pameran dan Seminar di adakan. Dengan perut yang tidak cukup makanan, aku mula rasakan badanku agak ringan dan mungkin aku menghadapi masalah pitam. Sampai di bangunan tersebut dengan menaiki keretapi bawah tanah, kami mencari sarapan untuk mengalas perut….tekak ku masih degil untuk menerima makanan yang dijual. Untuk menyamai dengan rakan sekumpulan, maka aku hanya meminta kopi hitam untuk ku. Amboi pekat dan kelat kopi hitam ni dan aku rasa, perut aku akan meragam kerana tak biasa dengan rasa kopi hitam ini. Benar jangkaan ku, dalam masa menghadiri perasmian pameran dan seminar perut dan kepalaku mula menarik perhatian ku dengan memulaskan perut dan menyakitkan kepalaku. Sewaktu lawatan ke ruang pameran aku tidak dapat menahan memulasnya perutku dan terpaksa aku menukar budaya ku bila berada di dalam tandas
. Nak buat macam mana. Selepas selesai di dalam tandas, perutku bertambah kosong dan berjangkit ke kepala menyebabkan rasa nak pitam menjadi-jadi. Pengsan aku ni karang, detik hati ku. Aku terus pergi mencari makanan walaupun tekak ini kembang untuk menelannya. Dengan kos makanan dan minuman berjumlah HK54 dolar, ada sedikit kemajuan pada diriku sementara waktu makan tengahari. Arrgghhh…..terasa nak menjerit aku apabila melihat menu yang dihidangkan. Dengan menu yang boleh menyebabkan aku mendodoi kerana kesakitan gout dan kehalalan yang mencurigakan. Akibatnya aku cuba memberi alasan untuk tidak memakan makanan yang dihidangkan. Aku hanya meneguk air teh cina yang boleh aku minum. Akhirnya aku terpaksa dengan sedikit keyakinan memakan menu sayur rebus dan ikan yang dikukus.

Di situ aku mula berkenalan dengan isteri Tuan Zaid yang panggilan mesranya sebagai Mak Ungku. Aku cerita masalah permakananku dan dengan hati yang ikhlas, dia menawarkan bubur yang dibawa dari Malaysia kepada ku untuk makan malam nanti. Namun takkan aku nak pergi ke
bilik Tuan Zaid semata-mata untuk meminta bubur tersebut. Detik hatiku. Malu le, baru aje berkenalan walaupun aku merasakan mereka sekeluarga memang mesra dan baik hati. Akhir sekali aku tak makan selain dari mee Maggie yang aku bawa dan buah pisang kaki yang aku beli dari gerai buahan. Tetiba loceng bilik ku berdenting, Tuan Mat memberi bubur yang dikirimkan oleh Mak Ungku melalui isterinya. Baik sungguh MakUngku. Janji Tuan Mat untuk cari makan malam tidak kesampaian disebabkan hujan. Malam tu tak leh tidur nyenyak. Kejap-kejap terjaga. Sampai jam 3.00 baru terlena.

Hari ketiga (Khamis -3hb Jun 2010), Aku bangun seperti biasa untuk menunaikan kewajipan walaupun tidak kira dimana aku berada. Selesai tugasku, aku termenung sebentar dan melihat bubur yang diberikan. Cubalah kata hatiku dan aku terus memanaskan air untuk mengembangkan bubur tersebut. Selesai aku dengan bubur, terus aku berlari ke tandas untuk mengeluarkan semula apa yang di makan. Arggghhh….ini tak boleh jadi. Takkan makanan buatan Malaysia pun aku tak boleh terima. Aku cuba mee Maggie perasa sayuran. Begitu juga jadinya. Sah lah memang perut aku tak boleh menerima apa-apa yang cuba aku telan. Naya ni. Kata hati ku. Sampai terdetik mungkin aku terpaksa di semadikan di Hong Kong, berbeza dengan kakak ku yang disemadikan di tanah Haram, Makkah. Aku kuatkan semangat. Siap sedia selepas Tuan Mat telefon mengatakan berkumpul di lobi jam 9.15 pagi Tunggu yang lain dan juga Dato’ Mustapa, jam menunjukkan pukul 9.35 pagi. Seketika itu baru Dato’ Mustapa keluar dari lif hotel. Bersalaman dan berbincang lagi mengenai Persatuan Pengawal Keselamatan, barulah kami gerak dengan menaiki teksi. Sampai di Bangunan Pameran dan Seminar, ku lihat di meter teksi bayaran yang perlu dibuat adalah berjumlah HK33 dolar. Tuan Mat bayarkan sebab dia duduk di tempat duduk depan. Berjalan kea rah dewan seminar, ternampak delegasi Malaysia duduk di VIP Lounge dan kami terus pergi bagi memenuhi ruang yang masih kosong. Tunggu dan berborak, waktu menunjukkan jam 10.30. Aku bertanya kepada salah seorang delegasi, takde `presentation' ke pagi ni. Jawabnya ada tapi dalam bahasa cina. Hmmm apa yang nak difahamkan. Tetiba Tuan Zaid mengajak Hj Mokhtar (orang yang pendiam sewaktu didalam kapalterbang) untuk turut serta isteri dia yang kini berada di Mong Kok suatu lokasi membeli belah, Wah ini ada peluang aku ikut, Aku mencelah, Tuan ajak le Tuan Mat, pasti saya akan ikut dibelakang. Sememnagnya aku tak tahu jalan dan perasaan takut sentiasa ada. Tuan Mat pun bersetuju dan kami bergerak dengan menaiki teksi. Nah kau, HK77 dolar tambang yang dikenakan. Bukannya jauh. Sampai di Mongkok kami mencari lorong Ladies Market (tempat macam Jalan Chow Kit) akhir berjumpa juga dengan pasangan Tuan Mat dan Tuan Zaid. Maka kami pun mengikut le mereka
membeli belah. Aku beli sikit aje. Mana ada duit. Puas kami berjalan dibawa oleh Mak Ungku dan Kak Rodiah. Harap Tuan Mat dan Tuan Zaid, alamat kat lobi hotel aje le kami sampai. Hee...Hee. Sebelum ke Disney sempat kami makan di restoran Turki. Kemudian kami ke Disneyland, Cable Car CityGate Outlet dan banyak tempat sampai sakit kaki dibuatnya. Tapi aku lihat Mak Ungku dan Kak Rodiah masih steady. Sampai semula di hotel jam 9.00 malam. Aku dan Tuan Mat pergi beli nasi untuk makan malam. Seperti biasa aku masuk aje ke bilik hotel, badan ku mula tak sihat. Muntah dan ceret beret. Makan le nasi kosong 4 sudu kecik untuk buat syarat makan ubat. Terus tidur lepas tu.

Hari Keempat (4hb Jun 2010 – Jumaat) Berkumpul jam 9.00 pagi untuk program satu hari `free and easy’. Tempat pertama adalah ke Konsulat Malaysia. Lebih kurang satu jam kami berangkat ke Pusat Islam Cina Muslim di Masjid Ammar. Makan disitu barulah tekak ni memberi ruang untuk menerimanya. Sedap rasanya. Padahal rupa dan rasanya sama tapi dah kata halal dan makanan muslim cina, itu yang belasah
terus. Pelik kan. Selesai makan dengan tanpa ada rasa kerisauan tentang kehalalannya, maka aku bersiap sedia untuk menunaikan solat Jumaat. Ada sikit beza kaedah solat Jumaat yang dilaksanakan di situ. Selepas Azan waktu, imam akan membaca kitab seolah-olah tazkirah tanpa berdiri di mimbar, habis dia bagi tazkirah terus dia solat sunat Jumaat. Kemudian Muadzin akan azan sekali lagi dan imam akan naik ke mimbar terus baca
doa. Habis doa terus solat Jumaat. Di situ aku berjumpa dengan bekas Setiausaha Koperasi Polis yang telah bermastautin di Hong Kong.
Namanya Ibrahim bin Jaafar. Dah 30 tahun di sana. Dia menjadi Setiausaha di Koperasi pada tahun 1967 – 1970. Hebat kuasa Allah dapat bertemu orang Malaysia yang ada kaitan dengan syarikat kita. Kira Orang lame. Orang perak kata. Selepas solat Jumaat, terus mener
us membuat lawatan dari satu tempat kesatu tempat, ke Madame Tassauds, pantai Repulse Bay kat situ rumah mahal-mahal di tepi bukit termasuk rumah Jackie Chan. Malam makan di India Restaurant (Halal) lepas tu terus balik ke hotel dan terus kemas untuk pulang pada esok hari. Dapat panggilan dari penyelaras untuk berkumpul di lobi jam 5.45 pagi sebab bas akan bergerak jam 6.00 untuk ke lapangan terbang.

Hari Kelima (5hb Jun 2010 – Sabtu) Bangun jam 4 pagi dan terus bersiap. Selepas solat, sempat tengok tv dulu. Telefon berbunyi menandakan `morning call’ untuk sedarkan kami. Aku turun jam 5.30 pagi dan membuat pembayaran di kaunter berjumlah HK152 dolar sebab aku minum air mineral dan coke. Perjalanan ke lapangan terbang dan proses daftar masuk betul-betul dua jam dan tunggu masuk ke perut kapalterbang lebih kurang 45 minit. Selamat tinggal Hong Kong. Nak datang lagi mungkin tunggu perniagaan dengan bekas Setiausaha Koperasi Polis menjadi, kalau tak takyah datang. Sampai di KLI jam 12.00 tengahari. Kali ni pendaratan yang dibuat oleh Kapten Kapalterbang lebih baik dari masa mendarat di Hong Kong dan Gjoy bersama Afiq, Nurul dan Adik A’ie datang 15 belas minit selepas aku menunggu mereka.

Secara rumusannya, pihak penyelaras sepatutnya mengambil berat tentang pemakanan di Pameran dan Seminar tersebut agar delegasi yang tahap dusun seperti aku tidaklah tercangak-cangak nak cari makan.