Thursday, January 21, 2010

TAN SRI HJ MOHD SEDEK BIN HJ MOHD ALI - DALAM KENANGAN

Sedang aku memandu kereta ku VIVA ke arah pejabat pagi ini, Dato' Halim menelefon ku. Setahu aku beliau dalam perjalanan ke Kolej Unikop di Melaka. Dengan tenang beliau memaklumkan bahawa Tan Sri Sedek telah meninggal dunia. Terkejut jugak aku kerana aku baru merancang-rancang untuk ziarah dia hari ini disebabkan ada urusan yang diminta bantu oleh pihak insuran. Terus aku mengeluarkan kalimah Innalillahiwainnailaihirajiuun.
Tentang AlMarhum Tan Sri Sedek ni, aku kenal dia apabila dia di lantik oleh IGP ketika itu Tan Sri Norian Mai sebagai Pengarah KPD, kemudian dia menjadi pemantau kepada syarikat KOP Mantap Berhad. Dia lah orang kedua yang garang dan terpaksa aku hadapi setiap bulan. Sebelumnya Dato' Ismail Che Rus sebagai Chairman aku. Namun kegarangan mereka seperti pernah aku lalui sewaktu AlMarhum bapa ku mendidik aku sewaktu kecilku. Dah memang sifat anggota Polis yang berdisiplin. Aku bangga dapat bekerja dengan AlMarhum Tan Sri Sedek dan juga Dato' Mohd Ismail Che Rus. Ketegasan dan disiplin mereka membuatkan aku sentiasa memastikan kerja yang diamanahkan dibuat dengan sebaik yang mungkin.

Pernah beberapa peristiwa antara aku dengan AlMarhum Tan Sri Sedek, di mana beliau memanggil aku ke pejabatnya untuk mendapatkan maklumat terkini tentang KPD. Waktu itu beliau baru dilantik sebagai Pengerusi KPD. Diajaknya aku makan kuih sekali. Aku punya la gabra walaupun dah kenal lama dengan beliau. Sehingga aku kata kat dia, "Takpe Tan Sri, saya makan diluar. Lalu dia menjawab Eh... apa pulak nak makan kat luar, makan kat sini le. Terasa tak masuk kuih dalam perut sepanjang untuk menghabiskan kuih tersebut.

Peristiwa yang lain, tetiba aje dia panggil aku ke pejabatnya. Dia ajak aku makan tengahari dengan dia di Ikan Bakar Bellamy. Dia kata teringin nak makan ikan bakar. Naik kereta you la Izmin, katanya. Ok Tan Sri tapi selerak sikit kereta saya. Takpe jawabnya. Sampai di Bellamy, kereta terlalu banyak dan beliau kata dia nak turun dulu untuk berdiri di tepi jalan bagi memastikan aku boleh parking kereta. Seperti biasa aku gabra, dan kelam kabut aku parking kereta. Punya la dia membebel, katanya ni la orang awam, parking pu tak pandai lagi, ngomelnya kepada seorang pegawai polis yang sedang berborak dengannya. Aku gelak aje bila dia kata demikian. Walaupun dia cerewet tapi seronok berkawan dengan beliau.
Sewaktu anaknya Faiz nak kahwin, aku dapat jemputan di Melaka sedangkan dia buat majlis dua kali dan satu lagi di Dewan Felda Perdana. Aku pun SMS kat dia aku akan hadir di Melaka, dia faham maksudku macam tak puas hati kenapa di Melaka aku dijemput. Dia jawab SMS, Kalau u nak datang kat Dewan I akan bagi kad jemputan satu lagi. Emm terus aku kata takpe Tan Sri, saya akan ke Melaka. Kemudian baru dia kata, saya ajak kamu ke Melaka supaya kamu tahu rumah saya di Melaka. Bawa anak isteri sekali katanya. Sampai hari yang di tetapkan aku pun sampai di rumahnya, memang aku rasa jiwa dia terlekat di kampungnya, aku melihat dia melayan saudaranya dikalangan orang kampung tidak sedikitpun aku tengok ada sifat sombong dan orang kampung pun mesra dengan beliau. Bila dia nampak aku, terus dia tanya mana anak isteri, lalu terus aku perkenalkan keluarga ku dan terus dia suruh aku pergi makan.

Kali terakhir aku dengar suaranya bila mana aku sedang Tee-Off di Perangsang, dia tanya aku pergi tak rumah Basharuddin, aku kata tak pergi sebab tak sempat. Dia tanya lagi kenapa tak sempat, Aku kata aku ada tournament golf. Dia gelakkan kat aku. You main golf. Katanya. Terasa tercabar aku walaupun handicap aku hanya 24 sahaja. Belajar-belajar Tan Sri jawabku. Itu lah kali terakhir aku berbicara dengan Al Marhum. Dan tetiba aku mendapat berita beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya dan terus koma sehinggalah nafas terakhir beliau pada hari ini 22hb Januari 2010, sepuluh tahun selepas pemergian Al Marhum ayahku pada 21hb Januari 2000. Semoga Allah menerima segala amalannya dan kebajikannya sewaktu hidup dan di kumpulkan di kalangan orang-orang yang mendapat rahmatNya - AlFatihah.

Tuesday, January 5, 2010

HARI PERTAMA SEKOLAH - AZRAIE (a'ie)

Aku dan isteri berbincang status a'ie, samada nak hantar ke rumah Tok Wan (Abang Sabri) atau pun nak sekolahkan dia di tadika. Bincang punya bincang, bersetuju lah untuk hantar ke Pasti Ikhwan di Saujana 2. Bayaran pendaftaran telah dibuat berjumlah RM350 dan yuran bulanan RM80. Kira-kira tadika dimana yuran yang termurah di SU ni. Pada hari Sabtu, isteriku dan a'ie pergi ke PASTI Ikhwan untuk mengambil uniform sekolah tapi malang takde saiz. Semuanya besar belaka. Terpaksa tunggu untuk tempahan lain.

Pada hari pertama, aku mengambil tugas untuk menghantar dia ke sekolah. Dengan pakaian seluar JIM (sebutan pelat dia) dan baju kemeja T, agak awal aku bertolak dari rumah. Sampai di PASTI Ikhwan nampak masih belum dibuka. Aku mengambil keputusan berlegar-legar dahulu di kawasan SU, takut-takut a'ie bosan menunggu. Tapi bila dia perasaan kereta ku pergi ke arah kawasan rumah ku, dia mula bertanya "Nape ayah pusing rumah, kan adik nak sekolah". Aku tersenyum sambil ketawa kecil dan aku nyatakan kepada aku tertinggal barang untuk diambil.

Sampai di depan rumah dia tidak benarkan aku turun dari kereta untuk pastikan aku akan hantar dia semula ke sekolah. Terpaksa aku suruh afiq ambilkan di kerusi jati. Dia berasa lega bila melihat keretaku bergerak semula ke arah sekolahnya. Sampai di sekolah, lampu kelas telah dibuka dan aku terus menghantarnya berjumpa dengan guru yang bertugas.

Nampaknya hari pertama, reaksinya tenang dan begitu yakin untuk bersekolah. Aku terus salam dan ucapkan selamat tinggal kepadanya. Dia pelajar yang pertama sampai di sekolah pada hari pertama. Harap-harap dalam segala segi yang baik, biarlah dia juga orang menduduki tempat yang pertama. Amin.














Saturday, January 2, 2010

TAFAQUH FIDDEEN - PAKEJ RANSANGAN KE 2

Masjid Saujana Utama meneruskan pakej ransangan ke 2 bagi program Tafaquh Fiddeen pada malam ini iaitu 3hb Jan 2010. Setelah di dada akhbar melaporkan tentang berbagai-bagai tangkapan kemaksiatan dibuat pada malam tahun baru 2010, laporan tersebut seolah-olah menjadi satu tradisi yang perlu dibangga-banggakan. Terasa gerun bila membaca laporan di dalam akhbar. Ada yang muda remaja, ada yang pertengahan umur, ada yang bergelar nenek bercucu 6 orang yang juga dicekup dan telah membuat pengakuan dan ada pelajar Mahaad Tahfiz pun terperangkap. Aku sentiasa berdoa agar generasiku tidak terlibat dengan perkara-perkara tersebut. Iblis dan syaitan bukan kira siapa kita, lagi besar sereban, lagi besar senior iblis dan syaitan yang dihantar untuk memporak perandakan umat manusia.
Kembali kita kepada pakej ransangan ke 2 Tafaquh Fiddeen malam ini, Ustaz jemputan yang dijemput untuk menyampaikan ceramahnya ialah seorang berketurunan Cina. Namanya ialah Ann Wan Seng. 13 tahun telah memeluk agama Islam dan baru balik dari mengerjakan ibadah haji. Kini memegang jawatan Setiausaha Agong Persatuan Muslim Cina Malaysia. Majlis dibuka oleh pengerusi majlis iaitu Tn Hj Rosli bin M.Husin (calon Nazir Masjid Saujana Utama).

Mula bicara, Ustaz Ann mengaitkan isu penggunaan kalimah Allah yang di luluskan oleh Mahkamah dimana Hakim yang mengadili perbicaraan tersebut bukanlah dari orang Islam. Tapi rasa-rasa aku walaupun Hakim yang mengadili perbicaraan tersebut dari kalangan orang Islam, silap-silap lagi teruk keputusan yang dibuatnya. Al-Maklumlah nak mengekalkan semangat 1 Malaysia. Itulah kesannya jika nak mengagong-agongkan 1 Malaysia tersebut. Ustaz menceritakan sedikit bagaimana Herald membuat hujahan mereka. Pertama mereka mengatakan Orang Arab Jahiliyah dulu pun menggunakan kalimah Allah walaupun mereka bukan Islam, maka tidak salah kalau kini mereka juga menggunakannya. Kedua mereka mengatakan bahawa bapa Nabi pun bernama Abdullah (Hamba Allah) walaupun beliau bukan orang Islam dan Ketiga, mereka mengatakan bahawa orang-orang arab (bukan Islam) di merata dunia menggunakan kalimah tersebut maka tidak menjadi kesalahan bagi mereka juga. Walaupun bantahan dengan hujah dari Orang Islam diberikan, namun seperti yang disebutkan tadi disebabkan Hakimnya bukan Orang Islam maka keputusannya mesti menyebelahi orang bukan Islam dan mungkin ada tangan-tangan ghaib dibelakangnya.

Selain dari isu tersebut, Ustaz Ann membangkitkan tentang aqidah, beliau mengatakan bahawa Aqidah itu perlu mempunyai 3 ciri, pertama I'tiqad, Iman dan taqwa. Jika salah satu ciri ini tidak diturut serta maka masih tidak sempurna aqidah yang kita bawa. Sesekali terasa malu diri ini dengan Ustaz Ann. Nampak sangat Islam aku lebih kepada Islam keturunan berbanding beliau. Kefahaman dan usaha beliau terhadap islam, di mana tempoh beliau memeluk agama islam selama 13 tahun macam langit dengan bumi jika dibandingkan Islam aku yang dah nak masuk 44 tahun ini. Macam mana aku nak yakinkan diri aku, yang aku ini layak untuk masuk syurga Allah. Ya Allah, Kau gulungkan lah aku di dalam gulungan yang Kau berikan rahmatMu untuk masuk syurga Mu.

Akhir majlis, Ustaz ada menjual buku tulisannya dan aku berminat dan membeli buku tulisannya yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina. Harga RM18.00. Berhasrat untuk mengikut jejak langkah kawan Cina aku yang berjaya dalam perniagaan. Wallahualam.