



Kami pun bergegas untuk pergi ke Airpot. Chan cadang nak bawa aku ke Stadium Manchester tapi akukata dah tak sempat. Rugi lah Hj dah sampai tak pergi. Betul aku kata tapi masa sudah tak sempat. Our flight toi Amsterdam pukul 1.10 dan kita kena ada di Airpot jam 11.30, sekarang sudahjam 10.30. Perjalanan ke Stadium pergi aje dah makan masa setengah jam. Kemudian dia akur. Sampai di Airport kami ronda-ronda tengok apa yang boleh dibeli sebagai cenderahati. Jam 12.45, semua penumpang di panggil untuk menaiki kapal terbang dan terus ke Amsterdam. Menunggu di Amsterdam lebih kurang lima jam cukup membosankan kerana tak boleh keluardari Airport. Sampai waktu terbang kami pun memulakan perjalanan balik ke Malaysia. Dalam kapalterbang, aku mula rasa nak demam semula di susuli dengan batuk dan selsema.
Nasib le siapa yang duduk di sebelahaku. Mereka mungkin akan berjangkit demam aku ni. Hampir 11 jam perjalanan kami pun selamat mendarat di KLIA Kuala Lumpur. Pada mulanya bergegas untuk ke Pejabat kerana ada mesyuarat yang perlu aku hadiri, tapi tak sempat dan dimaklumkan mesyuarat tersebut di tangguhkan pada 1hb Oktober. Aku terus balik ke rumah dan malam tu juga pergi ke Klinik untuk ambil ubat. Keesokannya dapat cuti dan rehat sehari dan terus bekerja pada hari kemudiannya.
Bila sebut Hari Raya, aku tetap terkenang kepada arwah ayahku. Dia pergi di bulan syawal walaupun bukan pada bulan yang sama. Bermula rentetan apabila hari raya pertama, dia mengadu sesak nafas. Aku jenguk dia di bilik dan bertanyakan kedudukan dia, dia jawab takde apa-apa, kau balik le kampong. Aku memang bercadang untuk balik kampong tapi setelah berbincang dengan isteriku, dia bersetuju agar tempoh balik kg di pendekkan kerana pada malam tu juga tetiba ayah ku mengadu sakit dada dan terus dihantar oleh abang ipar ku ke hospital Besar KL. Aku dapat panggilan telefon dari kakak ku mengatakan abang iparku masih belum balik dari hospital. Dalam keadaan mengantuk aku pun berkata, mereka tahu le nak bawak ke wad mana. Sampai ke sudah, di maklumkan bahawa ayah ku dimasukkan ke wad ICU. Panik aku dibuatnya. Mulai hari kedua raya, aku dah tak berapa seronok untuk beraya, aku asyik berulang alik untuk menziarahi ayah ku di hospital. Berada di HKL, keadaan beliau tidak berubah malah pada satu ketika, doktor mengarahkan supaya ahli keluarga berkumpul dan berjumpa dengan beliau. Perrrrghhh, sakit hati aku dengan doktor, seolah-olah dia pulak yang menentukan ajal seseorang. Sehari selepas tu, doktor panggil aku dan menyatakan ayah kena di pindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), aku akur dengan nasihat doctor. Setelah selesai semua keperluan ayah dikemas, aku turut ikut serta ambulan yang membawa ayah ku ke IJN. Sampai di IJN dibawa terus ayah ku ke wad CCU, lagi kritikal. Setiap hari aku pasti singgah untuk menziarahi ayahku. Tidak kira waktu tengahari atau petang, bila ada kesempatan pasti aku berada di sana. Sehingga satu hari iaitu pada hari Jumaat tanggal 21hb Januari 2000, pada mulanya aku hendak pergi terus ke pejabat tetapi berat hati ini kerana telah dimaklumkan yang ayah akan membuat endogram pada hari tersebut. Jadi aku buat keputusan untuk tidak pergi kerja pada hari itu dan terus aku ke IJN untuk melihat ayah ku. Ayah pun terkejut dengan kehadiran ku. Dia bertanya, tak kerja ke. Aku jawab selamba tak. Kan hari ni ayah nak buat endogram. Dia diam sahaja. Aku borak dengan dia, dan dia sempat mengingatkan aku agar lakukan solat tahajjud jika mampu dan kalau boleh jangan di tinggalkan. Siap ayah bagi petua untuk bangun jika susah bangun menjadi alasan. Aku mengangguk sahaja bila mendengar nasihatnya. Aku salinkan pakaiannya dan bawa dia ke satu bilik taklimat tentang proses endogram tersebut. Aku lihat wajah ayah ku seolah-olah telah mempunyai tanda-tanda pemergiannya akan hampir. Ahh, perasaan sedih aku kot, kata hati ku. Selesai taklimat, misi bertanya kepada ayah, nak makan apa tengahari ni. Dia sebut menu yang sedap-sedap. Lagi le aku cuak. Aku terus bawa dia ke bilik menunggu untuk masuk ke bilik bedah (gitu lah kot). Aku sempat bersalam dan cium tangannya sewaktu dia dibawa oleh misi dengan keadaan terbaring. Nampak sayu wajahnya. Aku terus bertanya kepada misi kebiasaannya berapa lama ianya akan memakan masa. Jawapan yang ku terima, jika tidak mempunyai masalah empat puluh lima minit dah selesai. Aku lihat jam tangan ku dah menunjukkan hampir satu jam setengah. Aku mula gelisah. Aku menelefon kakak-kakak. Seorang demi seorang tiba dalam keadaan cemas. Tiba aku melihat ayah ku dibawa keluar dengan tergesa-gesa dan doktor menyatakan bahawa ayah ku telah tiada. Aku terperanjat sungguh dan aku terus berlari ke arah ayah ku dan ku dapati jasadnya terbujur kaku dan terlihat air matanya masih mengalir di pipinya. Arrgghhh sungguh aku terharu dan terasa remuk di dalam hati ini. Apakan daya Allah lebih menyayanginya. Dan kebetulan hari itu adalah hari Jumaat. Aku terus menelefon emak dirumah untuk memaklumkan kedudukan ayah dan meminta di maklumkan kepada ahli surau As-Sobirin. Kemudian aku terus menguruskan jenazah ayah ku agar dapat di keluarkan cepat untuk di sembahyangkan waktu solat Jumaat. Aku masih ingat pesanan ayah kepada aku agar kain ihramnya yang telah dibasuh dengan air zam-zam dijadikan salah satu helai dari kain kapannya bila beliau meninggal. Aku bersyukur dapat menyempurnakan hajatnya. Jenazah dimandikan di rumah dan terus di bawa ke masjid untuk disembahyangkan. Bilal pada hari itu cukup menyayukan hatiku bila dia mengumandangkan azan yang cukup sayu. Selesai disembahyangkan, jenazah ayahku pun dibawa ke tanah perkuburan di AU4 untuk disemadikan. Sedih aku berterusan hingga beberapa minggu. Bila mengenangkan ayahku, pasti air mata ku mengalir kesedihan. Namun di satu malam selepas ayah ku di semadikan, aku bermimpi yang ayah ku baring mengiring dibawah canopy dengan berpakaian ihram. Aku yakin mimpi itu ingin menyampaikan mesej yang ayah berpuashati dengan amanah yang diberikan kepada ku untuk memakaikan kain ihramnya sebagai kain kapannya. Kini sudah sepuluh tahun ayah pergi meninggalkan aku. Kesedihan masih bermain difikiran ini bila mengingatkan kembali detik-detik itu. Semoga Allah mencucuri rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh.
Manakala ibuku, selepas sepuluh bulan pemergian ayahku, maka emak pun menuruti ayah dengan meninggalkan kami pada hari ketiga puasa pada tahun yang sama. Kerinduan emak terhadap ayah begitu ketara dan seolah-olah dia tidak boleh hidup tanpa suami yang dicintainya. Semoga Allah mengasihani emak disebabkan kesetiaannya kepada ayah. Maka dalam tahun yang sama aku bergelar Anak Yatim Piatu.
in bila semua jemaah buat umrah dan haji. Solat di Raudhah perlu banyak kesabaran dan waktu yang tepat. Aku terpaksa bangun jam 1.30 malam untuk dapat ruang menunaikan solat sunat di ruang raudhah kerana kebiasaannya waktu itu tidak ramai orang yang berada di dalam kawasan masjid dan raudhah. Minatku terhadap Imam Masjid Nabawi yang sedap sungguh bacaannya dan konsisten tetap menjadi buruanku. Shiekh Salah Al Bidr, aku cuba bersalam dengannya namun dihalang oleh polis pengiring. Hampa sekejap. Namun bila dah dikatakan rezeki untuk bersalam dengannya telah ditentukan oleh Allah, maka tidak semena-mena selepas subuh itu dia terus pulang kerumah. Maka sewaktu perjalanannya ke tempat letak kereta, aku dapat bersalam dengannya dan mengambil gambarnya walaupun polis tadi yang menghalangku memberi amaran. Puas rasanya. Selepas pulang berehat di Hotel, mula berkumpul untuk ziarah luar seperti yang aku katakan awal tadi. Separuh jalan, dapat panggilan mengatakan akan bertolak ke Makkah petang ini. Terkejut aku dibuatnya. Apa ni. Potong 20 markah, kata hatiku. Alasan yang diberikan oleh pihak Rimbun amatlah tidak munasabah. Macam ada yang tak kena. Tergesa-gesa jemaah bersiap. Janji lepas zohor bertolak, namun hampir 2.30 petang akhirnya bergerak di sebabkan usaha Hj Nasir untuk dapatkan kenderaan tambahan.
wida’ aku kena meninggalkan Masjidil Haram dengan hati yang sayu untuk berangkat kembali pulang ke Malaysia. Semua proses pengangkutan dan kemasukan barang ke dalam kapalterbang diuruskan oleh Ustaz Khotib. Memang bertanggungjawab Ustaz Khotib dalam amanah yang diberikan kepadanya oleh Hj Nasir.
in, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.