Saturday, February 27, 2010

LAWATAN KERJA KE SABAH DAN KALIMAH ARAB


Kami di sambut oleh tiga orang rakan perniagaan yang pada mulanya aku tidak bertanyakan nama mereka. Kami di bawa ke Hotel Hyatt dikawasan Pusat Bandar untuk pendaftaran masuk ke hotel. Sampai di hotel, mereka memaklumkan agar akan bertemu jam 5 petang sementara membenarkan kami bersiap menunaikan solat zohor dan asar secara jamak di bilik kami. Dari pertuturan mereka, sudah semestinya mereka adalah orang Sabah tetapi agama anutan tidak dapat dipastikan lagi. Aku hampir terpengaruh dengan mengatakan di dalam hatiku bahawa mereka adalah beragama Islam. Ini berdasarkan kalimah-kalimah yang terkeluar dari mulut mereka apabila berbicara. Di antara kalimah yang disebut seperti Ikhlas, Rezeki, InsyaAllah, menguji keimanan dan lain-lain lagi yang kekadang sukar di amalkan oleh umat Islam sendiri terutama di Semenanjung.

Selesai tugas kami, perbincangan pun dimulakan jam 5 petang, Aku diperkenalkan oleh Tuan Hj Mohamad Abdullah kepada mereka sebagai Pengarah Syarikat. Kemudiannya aku pun bertanya nama mereka dan terus mereka memperkenalkan mereka adalah En George, En. Charles dan En. Tommy. Tersenyum aku apabila mereka menyebut nama mereka kerana terus di kepala, aku mengaitkan isu yang baru-baru ni berhubung penggunaan Kalimah Allah. Kemudian aku terfikir kenapa ianya perlu di besar-besarkan kerana bagi aku, bahasa di dunia ini mempunyai berbagai-bagai bahasa yang mana sesiapa sahaja tidak di halang untuk mempelajarinya. Dan berkaitan dengan bahasa Arab, pernah aku mendengar ustaz menyampaikan ceramah beliau yang mengatakan Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda pelajarilah bahasa Arab kerana tiga sebab: 1. Bahasa Arab adalah bahasa Aku, 2. Bahasa Arab adalah bahasa Syurga, 3. Bahasa Arab adalah Bahasa Al-Quran. Jadi tidak menjadi kesalahan apabila seseorang telah mempelajari sesuatu bahasa dan terus dia mengamalkan apa yang dipelajari. Apa yang membezakan adalah I'tiqad di dalam hati mereka berhubung dengan maksud kalimah yang disebutkan. Aku sekadar mengaitkan sedikit fakta untuk aku mengambil pemahaman aku terhadap isu tersebut. WallahuAlam.

Pada malamnya, Tuan Hj Mohamad menalipon anak buahnya yang masih berkhidmat dengan PDRM di Sabah. Bak kata pepatah Melayu, orang berbudi, kita berbahasa maka itulah yang diamalkan, maka kami di raikan dengan makan malam di Restoran Makanan Sedap (Seafood). Memang sedap makanannya lebih-lebih lagi bila diraikan. Sehingga jam 10.30 kami pulang ke Hotel untuk berehat.

Keesokan harinya lawatan ke setiap lokasi yang telah menawarkan pekhidmatan kawalan keselamatan kepada syarikat kami. Penat juga le berjalan. Selesai tugas, kami pun pergi mencari buah tangan untuk di bawa pulang ke Semenanjung. Yang menarik di antaranya Udang Galah dan segala ikan masin. Lain-lain cenderahati aku tak rasa nak beli. Buat menyepah rumah aje nanti.

Hari berikutnya kami berkemas dan terus menunggu di Airport KK untuk terbang balik ke Semenanjung. Mungkin aku akan berulang alik selalu ke KK jika projek yang dibincangkan selain dari Kawalan Keselamatan ini berjaya. InsyaAllah.