Wednesday, August 3, 2011

UMRAH JUN – JULAI (24.6 – 9.7.2011)






Pada mulanya rancang untuk pergi mengerjakan umrah bersama isteri telah ditetapkan pada 26hb Mei 2011. Namun situasai pada ketika itu bertembung dengan saat-saat menunggu keputusan kemasukan Along Aiman ke IPTA atau Matrikulasi menyebabkan kami membatalkan rancangan kami tersebut. Kami nak pastikan Aiman masuk di mana dan kami akan uruskan kemasukan dia terlebih dahulu. Terbukti dan Alhamdulillah, beliau di terima masuk ke UiTM di P.Pinang.

Selesai kemasukannya waktu yang sesuai untuk mengerjakan umrah nampaknya tidak mempunyai ruang kerana tempoh cuti sekolah sudah berakhir. Kesian pula pada anak-anak yang ditinggalkan nanti tidak mahu menumpang rumah kawan atau ditemani oleh bapa saudara. Akhirnya rancangan ke sana ditutupi dengan rasa gelisah dan hampa. Hampir kesejukan perasaan ditahan untuk ke sana, tetiba Anuar rakan sepemergian umrah pada tahun 2010 menghubungi bertanyakan yang syarikatnya ingin mengintai-intai peluang untuk memajak hotel di Makkah. Beliau mengajak untuk pergi ke sana. Menarik tu kata hati ini. Namun jika pergi pasti isteri tidak dapat turut serta kerana halangan hari persekolahan bertembung dengan tarikh yang dicadangkan. Pada mulanya ingin mengikuti pakej yang ada di pasaran namun tarikh yang ditawarkan juga tidak memenuhi keinginan Anuar maka keputusan yang dibuat dengan pergi secara bersendirian. Maka bermulalah urusan memohon visa dan tiket kapalterbang. Setelah semakan dibuat akhirnya kami menggunakan perkhidmatan Gulf Air yang akan transit di Bahrain dan seterusnya menuju ke Madina. Cantik tu, tidak le banyak masa terbuang dalam perjalanan dari Jeddah ke Madina. Semuanya berjalan lancar, tiket dapat ditempah, visa akan dikeluarkan pada 14hb Jun walaupun tarikh penerbangan pada 24hb Jun 2011. Perjumpaan demi perjumpaan dengan group Anuar untuk membincangkan perancangan sewaktu di Makkah nanti.

Tarikh yang ditetapkan telah pun tiba, aku membawa sekali beg musafir ke pejabat dan telah berjanji group Anuar akan mengambilku di pejabat selepas solat Jumaat. Tunggu punya tunggu, jam hampir 5 petang baru muncul kenderaan mereka di pejabat. Badan terasa penat menunggu dan rasa tidak sihat. Namun keinginan untuk ke sana menyebabkan aku pertahankan juga semangat. Sampa idi Airport, kami di tinggalkan oleh geng Iqbal dan Rashidi. Tapi kira dah besar tahu bawa diri, maka kami terus mencari kaunter untuk kami check in barang. Terasa lapar bermain difikiran, sebenarnya selera tak berapa terbuka tapi sekadar lapik perut kami makan KFC. Pun tak rasa nikmatnya. Sebelum masuk ke tempat menunggu, sempat aku membeli strepsil untuk mengatasi batuk aku yang dah mula bersuara.

Jam menunjukkan 7.50 malam dan kami dipanggil untuk masuk ke perut kapalterbang. Tengok kali pertama kapalterbang yang nak di naiki, alamak macam tak boleh nak take-off aje. Selepas masuk ke perut kapalterbang, kami dapati penumpang tak begitu ramai dan boleh berpindah ke kerusi yang kosong. Anuar pun terus berpindah dan aku kekal di tempat yang ditentukan buat ku. Apa lagi melunjur le kaki dan terus tidur. Makanan yang disediakan sedap tapi seperti yang aku katakana, badan tak berapa sihat jadi makan pun tak menjadi. Selesai makan, aku terus tidur. Untuk hidangan kali kedua, aku dah tak sedarkan diri kerana kepala pun terasa pening nak muntah. Sampai di Bahrain mengikut waktu yang dijadualkan. Kami terus mencari tempat solat untuk melaksanakan solat jama’ Maghrib dan Isyak. Kemudian terus ke tempat menunggu untuk menyambung penerbangan ke Madina. Aku sempat meluahkan muntah ku. Maka jadilah Bahrain sebagai negeri tumpah muntahku. Malaysia adalah negeri tumpah darahku. Hehehehehe…adale kesan-kesan peninggalan sejarah ku di Bahrain. Jam menunjukkan 1.05 pagi, dan semua penumpang ke Madinah diarahkan untuk menaiki kapalterbang. Hmm tak ramai juga tapi kali ini semua penumpang tidak diberikan makanan kerana ada kesilapan teknikal. Takpe lah. Bukannya lapar sangat pun. Lebih kurang 1 jam 45 minit, kapalterbang mendarat di bumi Madinah. Seronok perasaan tetiba muncul. Selesai urusan Imigresen, kami keluar untuk mencari teksi. Seperti dirancang telah ada teksi yang menunggu dan terus mengambil kami untuk ke kawasan Hotel disekitar Masjid Nabawi. Kami memberi tahu pemandu teksi yang Hotel kami di Dyar International Hotel. Sampai di perkarangan Hotel, budak tu mula menyembelih kami dengan harga teksi yang dikenakan sebanyak SDR100. Perrghhh…nak buat camne, bayar aje le. Dalam kegelapan kami pusing semula ke arah Masjid Nabawi untuk mengerjakan Solat Subuh.

Selesai solat subuh, aku pergi mencari sim kad Zain untuk berhubung dengan keluarga sewaktu di sini. Bila kembali semula ke tempat rehat, bukan makin merengkok si Anuar tidur. Hmm seronok pengalaman baring di perkarangan Masjid Nabawi. Kemudian kami mula mencari Hotel setelah menghubungi kengkawan tidak kesampaian. Mula ke Hotel Warsal Arleem, Hotel dimana aku pernah duduk pada tahun 2010 sewaktu datang bersama kumpulan PDRM. Di cekik SDR250 semalam. Aku kata kita bukan nak duduk di bilik sangat, cari yang murah sudah le. Tanya punya Tanya dapat satu bilik di kawasan penghuni dan jemaah Pakistan. Satu malam SDR100. Ok le tu maknanya SDR100 seorang untuk dua malam. Selesai menyusun beg dan berehat kami pun mula pergi buat ziarah makam Rasulullah. Kami terus keluar dari masjid selepas selesai melakukan ziarah dan menyampaikan salam dari isteri dan rakan-rakan yang memesankan amanah tersebut. Lokasi kedua adalah mencari tempat makan. Lapar rasanya. Mulalah aku meneruskan kehidupan selama dua hari di Madinah dengan berbagai cerita antara kami untuk mengisi ruang-ruang yang kosong. Sempat berkenalan dengan Jemaah dari Iran, Hadi Aghanjani seorang Profesor Universitidi Iran. Hebat sungguh dia menghormati kami. Pada mulanya diajaknya kami makan tengahari di hotel penginapannya. Lebih kurang nasi Arab jugak. Selesai makan kami di ajak naikkan untuk berjumpa dengan Ketua Rombongannya. Berbicara dan kemudian datang jurukamera dan juruvideo untuk merakam perbualan dan bertanyakan beberapa soalan. Hehehehe…belasah aje le aku. Sehingga aku balik ke Malaysia, dia cuba menghubungi aku melalui email tapi aku belum respon lagi. Hehehehehe…

Hari untuk berangkat balik ke Makkah telah tiba. Nak mencari lokasi teksi atau pun SAPTCO masih tercari-cari, idea demi idea dikeluarkan dan akhir sekali dapat ditemukan dengan Wakil sebuah Agency Travel Malaysia di Madinah. Bertanyakan samada ada Jemaah yang akan bertolak ke Makkah pada hari yang sama dan kebetulan ada, maka kami pun minta kebenaran untuk menumpang dengan sedikit bayaran. Alhamdulillah. Tepat masa yang ditunggu, bas pun bergerak dan kali ini kelainannya ialah Pemandu Bas adalah dikalangan orang Indonesia, maka takde le baksis yang perlu dibayar seperti sebelum ini. Mengambil masa yang sama selepas berhenti rehat makan, kami sampai di Ghazzah jam 10.45 malam di kawasan Masjid Kucing walaupun Masjid tersebut telah dirobohkan. Kenderaan begitu sesak masuk ke Makkah pada ketika kami sampai. Kemudian kami cari Hotel Holy Day di mana Hj Nasir telah menempah untuk kami. Selesai check in dan berehat kami terus ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saie Umrah. Kami kembali semula ke bilik kami jam 1 pagi setelah bercukur kepala sampai botak dan terus tidur untuk rehatkan badan. Ini kerana kami akan bagun jam 4 pagi untuk pergi menunaikan Solat Subuh di Al-Haram keesokannya.

Program untuk merisik Hotel yang hendak dipajak bermula. Pihak pertama yang kami jumpa ialah Hj Arshad (kira Otai atau Penghulu) di Makkah. Berbincang dan beberapa nasihat diperolehi, kami pun memaklumkan jika dapat bertemu dengan rakan kongsinya. Dia bersetuju akan mempertemukan dengan Hj Rahmad. Kami ucapkan terima kasih dan menjalankan ekspidisi tawaf kedai. Ke sana kemari mencari itu dan mencari ini. Makan itu dan makan ini. Tapi lama kelamaan tekak ini dah jemu dengan makanan Arab. Maka singgah ke D’ Saji untuk memenuhi kerinduan makanan Melayu.

Kehadiran aku kali ini di bumi Makkah selain pengalaman baisa terdapat juga pengalaman baru. Terserempak dengan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed, penceramah Bebas yang begitu popular di Malaysia. Sempat bertanya khabar dan bergambar bersama beliau. Kemudian berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz di Masjidil Haram dan sempat bergambar dengan beliau dan yang paling ngeri pengalaman kali ini ialah apabila terserempak dengan peristiwa yang ganjil pada diri aku iaitu terlihat orang terbakar diri yang keluar dari sebuah kereta sewaktu selepas subuh. Peristiwa itu terjadi secara tiba-tiba. Sedang aku berborak dengan Anuar sepanjang perjalanan balik ke Hotel selepas Subuh tetiba api menyemarak dari sebuah kereta yang sesak di sebelah hentian Al-Haram. Melihat keadaan api yang marak itu aku jangkakan kereta itu akan meletup. Tidak melihat pemandu kereta tersebut, tetiba keluar dari tempat duduk penumpang seorang yang badannnya terbakar dan seolah-olah disimbah minyak melihat kemarakan api tersebut. Menjerit dan berguling kesakitan, semua orang yang berjalan disekitar panik. Kebetulan ada jemaah yang memakai ihram bertindak pantas untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menggunakan kain ihramnya. Berjaya dipadamkan api tersebut namun melihat dari kesan bakar itu entahlah samada orang tersebut panjang umurnya atau pun tidak. Anuar sempat merakamkan gambar manusia terbakar tu sedangkan aku dalam keadaan terkejut tidak keruan mengambil gambar kaki dan badan manusia yang berada di sekeliling.

Kami sempat pergi ke Jeddah berjumpa dengan kawan Anuar, Sam Sallah namanya. Dibawanya kami jalan-jaln untuk membeli madu, pakaian dan Teh Rabi’ yang dipesan oleh Dato Halim. Tapi sebenarnya kat Makkah pun banyak teh tersebut. Di Jeddah kami pergi ke satu Masjid di mana hukum hudud dijalankan secara terbuka. Kira senang cakap Hukum pancung kepala le. Sempat ambil gambar di tempat hukuman dijalankan dan nampak le cebisan kesan darah yang tertinggal. Balik dengan menaiki kereta sapu dengan kadar bayaran SDR70. Pemandunya orang Bahrain. Dia pasang lagu Inggeris. Hehehehe. Dia kata slow rock tapi bila pasang bagai nak pecah kereta dibuatnya. Sampai di check point untuk masuk ke Makkah dia pun tutup radionya.

Jemputan demi jemputan setiap selang sehari kami terima. Aku tetap memuji Hj Nasir dalam cara dia menghormati tetamu atau Jemaah yang dibawah seliaannya. Kami diajak ke Konsulat Thai untuk makan nasi arab dan juga Nasi salip (bubur) yang berlaukkan ayam dan Daging Kambing. Hmmm selera sungguh. Selepas itu Hj Samlan pula menjemput kami kenduri di rumah beliau di atas bukit dikawan Sheib Amir. Mengah jugak memanjat bukit. Tapi berbaloi. Sewaktu sampai aku ternampak satu kedai jual baju yang namanya Ahmad Albab. Teringat cerita P.Ramlee. Sebelum balik ke Malaysia, aku ajak jugak Anuar untuk ke kedai tersebut bukan untuk apa tapi sekadar untuk mengambil gambar kedai yang tertulis Ahmad Albab dan dengan pemilik kedai tersebut.

Dalam tempoh 11 hari, keadaan aku seperti biasa tidak stabil. Batuk, demam dan terberak-berak menyebabkan Anuar agak risau. Dia pun menceritakan kawannya yang diserang virus ke paru-paru disebabkan lambat bertindak dan akhirnya meninggal dunia. Dia ajak balik awal namun tiket tidak ada dan akhirnya pada 6hb ada tiket tapi kena tambah RM200 seorang. Waktu tu pun dah sihat dan aku kata takyah kita buang duit. Balik ikut jadual le.

Tiba hari untuk balik, Hj Nasir dah siap dengan pembantunya untuk menghantar kami ke Terminal Hajj. Selsai pemeriksaan paspot dan sebenarnya Allah permudahkan urusn kami, kami pun masuk ke tempat menunggu. Hmmm ada pembaharuan. Dulu Terminal Haji tak macam ni tapi kini menarik. Makan donut untuk alas perut. Naik Gulf Air menuju ke Bahrain. Macam-macam perangai jemaah dari Pakistan sewaktu di dalam kapalterbang. Senyum dan gelak aje le. Setiap yang Allah jadikan pasti tidak sia-sia namun apakah sebenarnya disebalik rahsia kejadian hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam perjalanan ke Bahrain aku sempat mengambil gambar di padang pasir yang terdapat tompok-tompok bulatan yang besar dan banyak bilangannya. Namun aku yakin itu bukan ciptaan yang dibuat oleh manusia. Sempat mengambil gambar yang tidak jelas untuk simpanan album ku.

Sampai di Bahrain jam 3 petang dan kami selesaikan solat Jama’ Zohor dan Asar. Kemudian makan MCD yang bukan main besar saiznya. Tak habis untuk dimakan. Pusing sana ambil gambar sini. Kemudian cari cenderahati sempena mendarat di Bahrain dan kemudian waktu Maghrib pun tiba. Kami sempurnakan Solat Maghrib dan Isyak secara Jama' dan Qasar. Bersedia untuk terbang pulang ke Malaysia. Dalam kapalterbang aku duduk sebelah pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir dalam bidang perubatan. Kembar rupanya dan adik kembarnya juga menuntut dalam bidang yang sama. Cerdik betul diorang ni. Aku tidur dan pura-pura lelapkan mata bila dah habis modal untuk bercerita. Sampai di Malaysia jam 9.40 pagi. Iqbal dating menjemput kami dan terus di hantar aku pulang ke Saujana Utama. Tak dapat masuk KL untuk ambil kereta ku kerana pada hari kami sampai di Malaysia berlakunya himpunan Aman Bersih 2.0. menyebabkan banyak jalan ditutup kerana takutkan bayang-bayang sendiri.

InsyaAllah, jika ada rezeki dan panjang umur moga Allah perkenankan untuk aku ke sana lagi pada tahun hadapan. Amin.

Wednesday, June 22, 2011

CATATANKU DI BULAN JUN 2011

Terasa malas sungguh untuk mencoret catatan bagi bulan Jun 2011. Meski pun aku telah berazam untuk mencoretkan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang telah, sedang dan akan aku lalui bagi setiap bulan.

Kekadang aku merasakan aku sungguh tidak adil kepada diri ku. Ini kerana adalah lagi azam dan janji yang lebih utama dan wajib aku lakukan tetapi aku sengaja tidak melaksanakan. Malu sungguh aku. Azam dan janji yang aku maksudkan ialah firma Allah yang bermaksud, “Adakah Aku (Allah) Tuhanmu, lalu roh menyahut, Ya bahkan kami menyaksikan”. Dan firmanya lagi“ Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia semata-mata untuk beribadah kepadaKu. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku dan kelalaianku.

Bulan Jun ni agak sibuk sikit, yang pertama aku di pertanggungjawabkan satu tanggungjawab baru iaitu untuk mengambil alih tugas Pengurus KOP Travel & Tours Sdn Bhd yang telah tamat tempoh kontraknya. Dalam keadaan begini, cara mana untuk memulihkannya pun aku masih samar untuk mengambil tindakan. Aku bermunajat kepadaNya agar dikuatkan semangat dan memberikan kekuatan kepada aku untuk mengawal selia KOP Travel & Tours Sdn Bhd. Bila aku berada dan bersama dengan kakitangan KOP Travel & Tours Sdn Bhd, pada penilaian ku , mereka semua memang boleh bekerja dan itulah bidang mereka kecuali seorang yang pada pengamatanku tidak mempunyai peningkatan langsung dalam standard dia bekerja. Namun kelebihan dia ialah dia seorang yang boleh disuruh walaupun kelam kabut dan macam tahu semua perkara tidak boleh dibaikinya.

Selain dari tanggungjawab amal yang dipikul, mesyuarat Agung Tahunan pun semakin hamper. Auditor yang dilantik sentiasa bermasalah sejak tahun 2005 pasti lewat laporan akaun berodit dikeluarkan. Alasan tak cukup staff. Bayar gaji kecik sapa suruh, kata hatiku. Aku pun naik menyampah nak menelefon untuk bertanyakan status akaun tersebut. Dia tahu fungsi dia sebagai Auditor dan aku pulak tahu fungsi aku sebagai client. Dipendekkan cerita hari yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu 22hb Jun 2011. Seperti biasa pada 21hb Jun taklimat dibuat kepada semua perwakilan yang hadir. Terdapat sedikit kekeliruan maklumat sehingga semua Ketua Syarikat Subsidiari tidak hadir termasuk le aku Hehehehehe….Kemudaian dapat panggilan telefon dari Puan Munirah (PRO KPD) kata Dato CEO suruh dating sekarang jugak. Maka menggelupur aku pergi bagi mewakili semua subsidiary yang di bawah naungan aku. Last-last macam biasa, penyudahnya taklimat ditangguhkan.

Bagi mesyuarat Agung Tahun kali ke 76 ini, aku terpaksa menjalankan tanggungjawab pertama kalinya untuk membaca doa majlis pembukaan. Teringat sewaktu sekolah menengah, itu juga le kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada aku. Sedikit gementar pada permulaan namun sentiasa tenang sewaktu bacaaan doa dibaca oleh aku. Selesai sudah tugas aku . Tapi percaya, nanti dah menjadi tabiat, bila dah sekali ken abaca sampai pencen le aku ken abaca melainkan aku mempunyai kusa untuk mengarah orang lain pulak.

Habis mesyuarat Agung, bersiap sedia pulak untuk berangkat bagii menunaikan umrah pada 24hb Jun 2011. Pemergian kali ini merupakan pengalaman baru aku iaitu pergi bukan dengan syarikat Travel tetapi sebaliknya semua urusan dibuat secara sendiri. Barang-barang dah di masukkan ke dalam beg. Persiapan kewangan di sana dan keluarga di sini telah diperuntukkan. Pesanan dari anak, isteri dan kengkawan telah direkodkan. Yang pasti terasa seronok dapat melepaskan rindu untuk kembali ke bumi barakah itu. Semoga Allah permudahkan perjalanan aku dan kawan ku Saudara Anuar. InsyaAllah akan ku coretkan pengalaman ku mengerjakan umrah pada coretan bulan Julai 2011. Salam

Tuesday, May 24, 2011

MACAM-MACAM BULAN MEI INI

Seperti biasa ruang untuk aku menceritakan kisah hidup yang ku lalui bagi bulan Mei 2011. Berdasarkan kepada tajuk sudah tentu ianya tidak mempunyai cerita yang spesifik. Ini bermakna apa saja yang telah ku lalui ingin aku abadikan dalam blog aku yang tak seberapa ini.

Bermula pada hari terakhir bulan April 2011, dimana kami kami meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Isteri ku dan ibu kepada anak-anak ku. Disamping itu juga, Along telah mendapat keputusan diterima masuk ke Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah. Kami bersetuju untuk menjamu selera di Al-Rawsha. Sambil makan, Nurul mengeluarkan kad ucapan Selamat Hari Lahir yang telah ditandatangani oleh semua ahli keluarga termasuk Azraie yang aku sendiri kurang yakin betul ke dia tandatangani kad tersebut. Terasa anak semakin besar dan selera pun semakin bertambah, kebiasaannya kami memesan hanya empat pinggan untuk kami anak beranak makan, tapi kali ini aku terpaksa buat tambahan satu pinggan lagi. Tapi tak kesah le, janji seronok dan bahagia bersama keluarga. Sambil makan, aku memberi nasihat kepada anak-anak berkaitan dengan kasih-sayang adik beradik di samping membincangkan apa perancangan Along sekiranya dapat tawaran UPU juga. Selesai makan, Angah kata nak beli talipinggang, Along kata nak beli wallet, Afiq nak beli buku, Nurul dan Adik A’ie pun nak beli buku. Maka aku pun menghalakan kereta ku ke Jaya Jusco di Wangsa maju untuk pergi ke MPH. A’ie pun buat permintaan lagi untuk menikmati ais krim Mc D. Belikan juga. Dan macam biasa, bila A’ie sebagai umpan, maka semuanya merasa ais krim. Dalam keadaan yang begitu tidak selesa disebabkan kekenyangan, aku beritahu isteriku…malam ni ayah tak nak makan. Takut gemuk. Namun bila sampai waktu malam, maka berkeroncong semula perut ni. Hmmmm. Selesailah satu peristiwa bagi meraikan isteriku dan Along Aiman.

Selang beberapa hari, Angah punya hari Lahir pula menyusul dan Along sekali lagi menerima keputusan ditawarkan untuk masuk ke UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang. Kelam kabut dibuatnya sepanjang tempoh yang diberikan untuk membuat keputusan. Along nak sangat masuk Matriks dengan alas an kawan yang sama-sama belajar pun masuk matriks. Lepas tu setahun aje terus boleh lanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Dan yang paling popular ialah dapat elaun sara diri sebanyak RM250.00 sebulan. Setelah dia membuat perbanndingan dan pandangan yang diterima, maka Along pun ikut dengan pandangan ramai. Aku pun berjanji akan memberikan elaun sara diri sebanyak RM250.00 yang sememangnya kami kena tanggung pembelajarannya. Sehari demi sehari persiapan untuk sambung belajar telah dibuat. Rata-rata dari segi pakaian dan peralatan diri. Banyak juga yang kena keluar. Macam mana le ibu bapa yang tidak membuat persiapan samada dari sudut kewangan dan lain-lainnya. Kesian bila mengenangkan rezeki masing-masing. Pemeriksaan X-Ray telah dibuat, yuran akedemik telah dibayar, gambar telah diambil dan boring semuanya telah disiapkan. Cuma menunggu hari yang sepatutnya mendaftar iaitu pada 22hb Mei 2011.

21hb Mei 2011 telah tiba. Kami bertolak dari rumah jam 7.45 pagi untuk singgah ke Sekolah Teknik Persiaran Brash bagi menjemput Angah. Kemudian terus ke rumah Along. Berbekalkan Nasi Tomato, Karipap, Caremel selera untuk menikmat karipap di mulakan dulu sejurus ianya dimasak oleh isteriku. Hmmm memang sedap. Sampai di rumah Along, Along terus kata dia dah maak nasi ayam. Terpaksa le kami menunggu untuk makan bersama. Selesai makan, jarum menunjukkan jam 12.30 tengahari. Kami pun minta izin dari Along untuk bertolak ke Permatang Pauh. Ingatkan jauh lagi rupanya lebih kurang satu jam dengan kelajuan 120km /sejam kami sampai ke destinasi kami iaitu De Garden Hotel. Lokasi Hotel tidak le begitu menarik tapi yang lebihnya tempat letak kereta dikhaskan dan lebih selamat.

Keesokan harinya jam 8.15 pagi kami bertolak ke UiTM, sampai di perkarangan UiTM jam 8.30 pagi dan terus diarah ke Kolej Baiduri untuk daftar asrama. Kurang sibuk dan kawan UiTm Cawangan Permatang Pauh P.Pinang tidak la besar. Selesai daftar dan naik ke bilik asrama, kami pun keluar ke Carrefour untuk bersarapan. Rasa tak selera nak makan walaupun pada asalnya nak makan di Mc D untuk sarapan pagi. Aku Cuma cuit sedikit dari makanan isteriku. Lebihnya minum air. Bekalkan nasi untuk Along, kami pun hantar dia ke asrama semula dan terus balik ke Sg Buloh. Penat sungguh badan ini. Nampak sangat usia dah semakin tua.

Keesokan harinya, Along call kata kena tukar kursus di sebabkan dia buta warna. Hmmm takpe le long, yang penting Along berjaya disebabkan diri Along, bukannya kerana kursus. Semoga dia berjaya dalam bidang pelajarannya.

Wednesday, April 20, 2011

DURIAN OH DURIAN




Sejak aku berkawan dengan Chan, makan durian telah menjadi aktiviti tahunan selain dari makan hair raya aku, makan hari raya dia, company trip dan lelain lagi. Namun seperti biasa aku tidak akan bertanya atau meminta agar semua itu diraikan oleh beliau untukku.


Ayah, bila nak beli buyan (durian), tanya A’ie dalam bahasa pelatnya. Nanti le. Tapi adik nak buyan, sambungnya lagi. Ok lah, malam nanti kita beli. Hmmm...itu yang malas nak beli durian kat tepi jalan. Tak sampai penuh satu Tupperware, harga RM75.00. Sabar aje le. Anak punya pasal. Makan mentah sikit dan buat pengat sikit. Tak puas betul. Seminggu lepas tu, Angah balik cuti minggu. Dalam kereta sewaktu perjalanan balik kerumah dari KL Sentral, Angah pulak Tanya, ayah...Uncle Chan tak ajak makan durian ke. Aku jawab mesti ajak punya tapi tak tahu bila. Mungkin minggu depan kot. Ala...mengeluh angah kerana dia tak balik minggu depan. Taknak anak tu kempunan, belikan lagi durian. Begitu juga jadinya, separuh busuk. Tapi dapat juga le angah merasa durian.


Hj, esok free ke. Dia tanya aku. Free...meeting dah abis. Kenapa. Esok mau kena pergi Kuantan. Ok jawab aku. Keesokan harinya selepas singgah ke pejabat dan buat kerja yang patut, aku terus ke bengkel Chan. Sekejap ah Hj, mau call. Ok No problem. Kemudian kami pun bertolak ke Kuantan. Seperti biasa singgah ke McD untuk sarapan. Dalam perjalanan ke Gambang, bagitu banyak orang menjual durian. Aku buat tak kesah aje tetiba Chan menyuarakan, Hj minggu depan I call brother I tanya durian sudah ada ke belum. Ok jawab ku. Durian Pahang sejak aku kenal Chan, memang aku kelaskan durian yang terbaik. D24, Musang King dan apa-apa aje pastinya sedap bila di kopek dan tidak berulat.


Selesai urusan dengan pihak 34 Workshop di Gambang Kuantan, kami pun balik. Hj kita minum dulu. Takpe le Chan, I dah penuh perut. Kejap aje Hj kita minum di Mc D. Hmmm ok la. BUat tempahan melalui drive thru’, sambil memandu, sekejap aje aku abiskan air coke.


Hujung minggu telah pun hampir. Hj this Sunday, free ke. Kita pergi makan durian. Aisey, Dato Md Nor punya anak kawin le. Alamak, Kol Azlan pun mau kawinkan anak. Amacam. Takpe nanti discuss sama Boss, katanya. Pagi esoknya, jam 8.00 pagi Chan call tanya aku pergi Majlis Dato’ jam berapa. Aku kata dalam jam 12.30 tengahari. Ok kita jumpa di sana. Lepas makan terus pergi Bentong, kebun durian jiran dia. Ok. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Kami pun bersiap-siap untuk mengambil A’ie dan Nurul di rumah Apit di Kg Dato’ Harun. PJ.


Selesai makan di majlis Dato’ Mohd Nor, aku pun berangkat menuju ke Petronas arah ke Karak untuk solat dan tunggu Chan di situ. Separuh perjalanan, hari pun mula mengalirkan airnya. Aisey

ni yang tak syok, nak makan durian mesti tak selesa. Tapi takpe baru separuh jalan dan tokey kebun pun belum sampai lagi. Setiba di Pekan Bentung, singgah dulu makan ais krim, aku tak berapa nak lalu sebab pertama hujan dan kedua baru lepas makan nasi dan ais krim di majlis perkahwinan anak Dato’ Mohd Nor. Aku dan isteri sekadar memesan air 100+. Sesudah selesai minum, kami pun gerak ke kebun durian. Pergghh nak kena naik bukit lak pulak. Aku suruh Isteri, Nurul dan A’ie naik Land Rover yang dipandu oleh Awai manakala aku jalan kaki mendaki bukit. Eleh dekat aje dan kalau ikut jalan pintas lagi dekat tapi tetap kena mendaki. Aku pun mengambil keputusan untuk menrentasi jalan pintas yang lembab kesan baru lepas hujan. Sampai diatas, terus buka kopek durian. Makan sebanyak yang disukai tidak dikenakan bayaran tapi banyak mana pun boleh makan, habis-habis pun 3 biji. Lepas tu dah muak. Sedang aku dok pilih durian, terasa kaki ku semacam ada benda yang bergerak dan rasa basah yang tidak menyelesakan.


Aku kuis-kuis dengan jari kaki tanpa melihatnya namun masih tidak selesa juga rasanya. Kemudian aku bongkok dan menggunakan jari tangan pulak. Aleh-aleh tengok kesan darah yang banyak. Alamak apa kena ni. Semak punya semak, ada sekor pacat sudah gemok dengan darahku yang tercinta. Amboi, aku sedap makan durian, dia sedap isap darahku. Darah tetap keluar. Kol Rosli kata Hj, biasanya kalau pacat tu tak tercabut sendiri, darah akan sentiasa keluar. Ye ke. Aku bubuh minyak kapak, kemudian tuan punya kebun bagi aku sehelai daun dan suruh aku genyeh-genyeh dan tutupkan pada kesan darah tersebut. Aku pun akur dan buat seperti yang diarahkan. Kemudian Kol Rosli nak lawat kebun, aku kata kat Chan aku nak balik dulu. Disuruhnya aku bungkus durian untuk bawa balik. Aku pun ambil 4 biji. Lalu ditegurnya aku, Hj ambil lagi. Hmmm akupun tambah 4 biji lagi. Kemudian ucap terima kasih dan kami sekeluarga balik rumah. Sampai rumah jam 6.45 petang. Terasa puas betul makan durian yang berkualiti baik tapi kalau dapat lagi...lagi seronok.

Friday, March 25, 2011

KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ALONG AIMAN

Selepas dapat keputusan PMR dengan hanya mendapt 2 A dan beberapa gred yang lain, terasa kekesalan ada pada Aiman. Namun untuk meneuteralkan emosi untuk kembali bersemangat memang agak sukar. Lebih-lebih lagi dengan berada di sekeliling kawan yang lebih kurang aje pencapaiannya. Namun sebagai ayah dan ibu yang sentiasa menyayangi anak-anak, kami sentiasa berusaha untuk memberi semangat kepada Aiman.

Ayah, along nak mohon masuk teknik. Ok, jawab ku. Daftar secara on-line. Teknik mana Yah nak mohon. Aku kata cari teknik yang tak bercampur dengan vokasional. Nape jawabnya. Ye le kalau ada vokasional, pertama, murid ramai pasti kawalan dan tumpuan kurang oleh pihak sekolah. Kedua, suasana sekolah penting, jika teknik semuanya semangat belajar melebihi dari semangat main sebab subjek teknik lagi berat. Sambung ibunya. Setelah meneliti senarai teknik, maka pilihan pertama ialah Sekolah Teknik Persiaran Brash, Ipoh. Dulu ibunya sekolah disitu. Selesai daftar secara online, kami pun tunggu, keputusan peperiksaan PMR. Bila dapat keputusan dan keputusan permohonan pun dikeluarkan dan Aiman berjaya memasuki sekolah tersebut. Terasa seronok Aiman dapat masuk dan persiapan dibuat untuk daftar diri pada 23hb Februari 2009.

Sampai waktu yang diarahkan, Kami sekeluarga pergi menghantar Aiman ke Sekolah Teknik. Eh tetiba dia macam tak suka. Kami berdua sentiasa berusaha menenangkan emosi dia dan menyakinkan dia bahawa ini adalah pilihan yang terbaik yang Allah telah lorongkan. Nak tak nak dia ikut sahaja. Selesai pendaftaran kami pun balik dengan masing-masing timbul perasaan hiba. Ye lah tak pernah berpisah. Minggu depan Aiman telefon, dia kata nak balik. Berderau hati kami, dia taknak belajar di sana ke. Rupanya balik wajib cuti, maknanya semua murid kena balik kampung. Dengar dia bercerita tak seronok kerana takde kawan, dia minta tolong kalau dapat masukkan Enot kawan dia ke sekolah yang sama. Alamak aku bukannya Menteri Pendidikan. Tapi camne pun cuba le yang mana boleh. Akhirnya Enot dapat masuk dan Aiman pun nampak seronok.

Setahun berlalu begitu cepat. Keputusan peperiksaan akhir tingkatan 4 tidak begitu memberangsangkan. Cuti sekolah pun tidak diisi dengan ulangkaji. Aku semakin risau. Sentiasa berdoa di sepertiga malam agar Allah beri perubahan pada kami sekeluarga. Cuti persekolahan tamat dan kami menghantar Aiman untuk masuk semula ke sekolah dengan rayuan untuk mendapatkan asrama dan berjaya. Sebelum pulang, aku menyerahkan sampul surat kepada Aiman dengan memberikan coretan sebagai nasihat kepada Aiman. Dengan harapan dia akan membacanya. Kami pulang dan kehidupan berjalan seperti biasa. Tetapi ada nampak perubahan kepada Aiman dari sudut pelajaran. Nampak dia ada kesungguhan untuk belajar dan meminta kebenaran untuk menghadiri kelas tambahan diluar sewaktu hari Sabtu dan Ahad di Ipoh. Aku perlu menulis surat kebenaran kepada guru untuk surat pelepasan. Sehari demi sehari berlalu dan saat untuk menduduki peperiksaan pun tiba. Kami menghantar dia ke sekolah. Sebelum pulang dia peluk dan mencium tangan aku dan ibunya meminta restu dan doakan kejayaannya. Di saat itu aku telah nampak ada cahaya kejayaannya. Dan kami sentiasa berdoa. Ibunya berpuasa setiap kali dia menduduki peperiksaan pada hari yang telah dijadualkan. Hinggalah akhir kertas, kami menjemputnya di sekolah. Macamana Along, jawabnya ok kot. Alhamdullillah, kata ku.

Waktu cuti, Aiman bekerja dan telah nampak dia sudah dewasa dan boleh berfikir. Aku masih beranggapan dia masih kanak-kanak dan perlu diberi pengawasan sepenuhnya. Tidak boleh tidak rupanya mereka semakin membesar dan perlu memberi kepada mereka ruang untuk berfikir dan bertindak secara orang dewasa. Kami sentiasa mengingatkan dan menasihatkan sahaja.

Seperti biasa, masa begitu cepat berlalu dan tidak disedari, tarikh keputusan SPM telah diumumkan iaitu pada 23hb Mac 2011. Nak ayah hantar Along ke, tanyaku. Takpelah ayah, along pergi dengan kawan-kawan. Pastu duduk sana sampai hari Ahad sebab ada perlawanan rugbi persahabatan. Ok la. Jawabku. Pagi selasa 22hb Mac 2011, Aiman ikut aku pergi kerja dan aku hantar dia ke perhentian Jalan Duta. Malam kami telefon, katanya demam dan nak tidur. Hati kami berdebar-debar menunggu keesokkan harinya.

Hari Rabu 23hb Mac 2011 telah pun tiba, aku ambil cuti untuk duduk di rumah. Tapi nak kena tukar absober kereta yang dah rosak. Sebelum keluar ke bengkel, aku hantar SMS kat Along dengan nasihat, solat sunat dua rakaat dan berdoa, kemudian sujud syukur dengan apa yang Allah bagi..Aiman jawab ok. Aku pun terus ke bengkel. Sementara menunggu 

pertukaran absober dibuat, bertalu-talu sms masuk menawarkan tempat ke IPTS. Aku bertambah risau. Aku kata bukan aku yang nak dapat keputusan tapi aku pulak yang dapat sms. Tetiba jam 11.23 masuk MMS dari Aiman. Berderau aku melihatnya. Eh apa banyak sangat A ni. Betul ke. Aku terus telefon Aiman. Tanyakan kedudukan sebenar. Betul lah Ayah, Along dapat 5A, 1B, 3C dan 1D. Sukanya aku dan bergenang air mata kegembiraan. Terus aku telefon isteriku dan memaklumkan keputusan Aiman padanya. Dengan suara yang terketar-ketar kedengaran, menandakan kegembiraan dan terharu, Isteriku mengingatkan supaya melakukan sujud syukur. Alhamdulillah. Tahniah Aiman. Semoga menjadi suntikan kepada adik-adik yang lain. Dan pada hari itu juga, pulang dari sekolah, Afiq kata pada ku, Ayah afiq peksa no. 1. Gelak besar aku kegembiraan.

Seperti yang telah dijanjikan sebelum exam dulu, inilah diantara hadiah yang diberikan, Yamaha 
Nouvo (RM6,600). Nasib baik ada kedai motor dekat dengan rumah. Jalan kaki pun dah sampai untuk berurusan.Makan masa dua minggu juga untuk tempahan. Mungkin ramai ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak untuk beli motor jenis yang sama. Apa-apa pun pesanan untuk Along, gunakan motor ini untuk kegunaan pergi kuliah nanti di samping aktiviti-aktiviti yang menfaat.

Wednesday, March 23, 2011

KE BANDUNG PULAK 27HB FEB – 2HB MAC 2011



Lama dah kita tak pukul, kata Dato Halim kat aku. Hmm...betul jugak tu Tok, jawabku. Tanya le Chairman, dia nak main kat mana. Tapi kali ni kalau main kat Bandung ke menarik jugak, sambung Dato’ Halim. Ok le, nanti saya tanya Dato’ Chairman. Itulah pembuka kata sebelum mesyuarat Board diadakan pada bulan Jan 2011.


Dato’ Wong terus buka dairi untuk tengok tarikh yang sesuai. Kita pergi lepas raya Cina la ye. No problem. 21hb tak boleh sebab i nak hantar wife untuk monthly check up .Kalau 27hb Feb boleh. Kata Dato’ Wong. Sementara aku pergi tengok persediaan mesyuarat, Dato’ Halim dan geng-geng mengadap Chairman. Setuju....sahut Chairman. Bukan main seronok, kata hatiku. Maklumkan orang pencen, apa nak buat lagi. Kita dok ngikut aje le...Ok Izmin, Chairman setuju. U inform le Cheah untuk buat arrangement. Ok. Jawabku. Aku terus telefon Mr Cheah. Ok Tn Hj. Jawab Mr Cheah. Aku uruskan tiket. Pada mulanya seramai lapan orang (Geng Golf Riuh) aje. Akhirnya ada yang bawa isteri dan keluarga. Keseluruhannya seramai 17 orang. Meriah juga le nampaknya.


Hari yang di tetapkan telah tiba. Berkumpul di KLIA di kaunter L18. Dato’ Halim kata, bagus you punya arrangement Izmin. Biasa aje Dato’. Kombinasi Mr Cheah, saya dan KOP Travel. Bagus3, sahut Dato Halim. Selesai check in bagasi, kami pun masuk ke bilik menunggu.



Ramai juga yang nak ke Bandung. Panggilan untuk memasuki perut kapalterbang telah dibuat dan kami beratur untuk tujuan itu. Perjalanan memakan masa 2 jam 10 minit.

Setiba di Lapangan Terbang, wakil agency disana telah menunggu dan terus menaiki kenderaan seterusnya ke Restoran Simpang Raya (makanan Padang) untuk makan tengahari. Dalam perjalanan ke restoran, Eric menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah Bandung. Orangnya terdiri dari orang Sunda. Ketinggian dataran dari aras laut adalah setinggi 700 kaki. Patut lah sejuk. Sampai di Restoran, dari pintu bas hingga ke pintu masuk restaoran, peniaga barang-barang cenderahati berebut-rebut menghampiri kami untuk memujuk dan menyakinkan kami untuk membeli barangan jualan mereka. Baru sampai, apa yang nak dibeli. Penat pun tak hilang lagi. Selesai makan, Pemandu Pelancung Eric namanya terus mencadangkan untuk memulakan aktiviti membuang uang (shopping le tu). Kaum Datin-Datin bukan main seronok lagi. Kaum Dato’-Dato’ mula menunjukkan situasi cemas. Kami yang bujang-bujang relak aje sambil melihat reaksi mereka. Sambil menceritakan sedikit sebanyak tentang Bandung, kami sampai di lokasi yang dimaksudkan. Bagi aku yang tidak minat untuk membeli belah, aku lihat tempatnya biasa aje. Mungkin murah la kot tapi bukannya percuma kalau nak dapatkannya. Selesai membeli belah oleh ahli rombongan, kami pun pergi ke Hotel untuk check in. Aku sebilik dengan Hj Zakaria. Rehat sebentar keluar semula untuk makan malam di Kembara (Restoran makanan Sunda). Sedap lagi makanan Melayu Malaysia. Balik dari makan malam, aku terus tidur kepenatan. Nasib baik esok jam 11 pagi waktu Bandung.


Selepas sarapan pagi, wakil agency mencadangkan agar golfer bertolak jam 9.30 pagi, ini kerana perjalanannya memakan masa hampir satu jam. Setelah Van yang mengendalikan perjalanan


Golfer sampai, kami pun bertolak ke tempat yang ditetapkan. Namanya Mountain View Golf Resort. Sejuk dan cantik permandangannya. Mash ada 45 minit lagi untuk Tee-Off. Sambil duduk berborak, Dato Halim cadang untuk mengisi perut kerana hampir tengahari baru nak mula main. Kami bersetuju dan Dato Halim dituruti oleh Tuan Mat membuat tempahan sandwich. Kami pun turun ke tempat buggy. Setelah susunan di atur, kami mula bergerak ke tempat tee-off yang pertama. Bergambar sudah menjadi tradisi sebagai kenangan. Kemudian aku nampak pekerja menghantar dua bungkus sandwich. Mereka diarah untuk letakkan dibuggy Dato’ Chairman dan Dato’ Mohd Nor. So kami beranggapan, bungkusan kami akan sampai

sebentar kemudian. Tee-Off dimulakan oleh Dato Amir dan seterusnya diikuti mengikut protokol. Selepas kumpulan kami selesai memukul di lubang pertama, Dato Zulhasnan tanya aku, Izmin, sandwich kita mana. Hmm...aku jawab mungkin kejap lagi diaorang hantar. Dato’ Zul pun jawab ok. Saya lapar katanya. Aku pun tersenyum. Sehingga lubang ke lapan, sandwich tak sampai-sampai. Aku mula mengandaikan bahawa semua bungkusan tadi adalah untuk dibahagikan sesama yang ada tetapi sedikit salah faham hingga kumpulan Dato Amir sahaja yang menikmati sandwich tersebut. Dato Zul nampak kelaparan sungguh, kesian jugak dibuatnya. Aku pun lapar. Bila terserempak dalam jarak yang agak dekat tetapi sukar untuk memahami maksud, Dato’ Zul menjerit kepada Dato Md Nor sambil tunjuk tanda isyarat, makanan. Apa yang Dato’ Md Nor faham, dia ingat game macam mana, lalu dia pun jawab Abih dah......Maksudnya game hancus.... Sampai kesudah Dato’ Zul tak merasa sandwich. Selesai main, mandi dan solat, kami pun bercerita tentang sandwich tersebut dan ianya menjadi satu bahan ketawa yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Sehingga ke hotel dan makan malam pada hari tersebut masih lagi bercerita tentang sandwich. Game pertama Golf telah pun selesai. Pasukan utama kami cukup berpuashati dan gembira. Mungkin dapat melepaskan ketegangan kerja di pejabat. Aku mengusik Mr Cheah, Kata ku padanya..balik KL nanti aku nak buat novel ‘Cinta Caddy’. Semua gelak dan sambil mengenakan Mr Cheah. Makan malam di Restoran SEAFOOD katanya. Balik ke bilik hotel sementara tunggu kaum ibu sampai dari membeli belah. Selesaikan tanggungjwab dengan mendirikan solat jamak dan sejukkan badan lalu terus turun ke lobi. Jam 7.30 malam waktu tempatan kami terus ke tempat makan (SEAFOOD) tapi tak macam restoran seafood pun. Belasah aje le. Sedang kami menikmati hidangan, kumpulan Datin-Datin pun sampai. Menyelerakan hidangan yang disediakan. Selesai kedua-dua kumpulan menikmati hidangan, kami pun berangkat balik ke Hotel untuk berehat.

Hari kedua, aktiviti Golf kami adalah di Giri Grahana Golf Course. Jauhnya mengambil masa 45 minit. Dengan kemahiran pemandu pelancung kami, kami sampai ke destinasi tepat pada masa yang dirancangkan. Kawasannya nampak lebih eksklusif dan cukup jaga imej. Itulah yang aku fikirkan.


Kami pasukan yang haru biru, tak kira di mana, bising dan gelak ketawa menjadi bekalan kami. Nak jadi cerita, buggy depan kami baru nak tee-off dan pada ketika itu kami berborak dan gelak besar. Di tegurnya kami sekumpulan oleh group depan kami. Rupanya mereka bertaruh dalam permainan tersebut. Itu yang leceh. Kami pun memandang antara satu sama lain. Memulakan pukulan yang baik dan seterusnya hingga akhir. Aku rasa hari ini lebih baik dari hari semalam dari segi markah yang aku perolehi. Tapi aku hanya sekadar untuk mengisi masa sukan aku aje. Setidak-tidaknya ada juga beriadah untuk mengeluarkan peluh. Sebelum memulakan permainan hari ini kami cadang nak ikut Dato’ Zul ke Jakarta untuk ziarah anaknya yang belajar di sana. Namun setelah mengambilkira banyak faktor maka hanya Dato’ Zul saja yang pergi dan kami hanya menghantarnya ke Perhentian Bas ke Jakarta. Sesampai di hotel, aku membantu Dato’ Md Nor untuk mengambil set golf Dato’ Zul untuk simpan dalam biliknya. Bersiap-siap selepas Maghrib untuk ke Kampung Daun suatu lokasi restoran makanan yang cukup damai dan indah dengan berkonsepkan wakaf dan di hiasai anak sungai yang berdesiran, cukup untuk menaikkan selera makan malam di situ Bertempat di dataran setinggi 1000 kaki dari aras laut menyebabkan suasana sejuk menyegarkan minda kami. Hampir dua jam setengah kami bersantai disana, dan kami balik untuk berehat dan berkemas-kemas untuk pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.


Hari terakhir, selepas sarapan, aku pergi mencari cenderahati untuk isteri dan anak-anak. Walaupun tidak semua yang diminta oleh anak-anak dapat aku cari tetapi tetap mengadakan cenderahati buat mereka. Selesai membeli belah buat kali terakhir kami pun berangkat ke Lapangan Terbang dan dalam perjalanan, Dato’ Pengerusi mencadangkan ke Shenzen pula pada bulan Julai. Agrrrhhh parah aku ni. Hehehehe. Walaubagaimanapun kami tetap gembira dengan kumpulan kami ini. Kena labur lebih banyak untuk dapat duit belanja ke Shenzen.

Tuesday, February 15, 2011

PERJUMPAAN KELUARGA WARIS HJ HASBULLAH DAN HAJJAH RAUDHAH PADA 4HB FEB 2011


Lama juga tidak ada dibuat perjumpaan aktiviti bersama keluarga waris Hj Hasbullah dan Hajjah Raudhah. Apa pun bagi mengadakan majlis seumpama ini sokongan setiap keluarga dan pengorbanan masa perlu ada pada setiap waris untuk memastikan majlis ini terlaksana. Teringat ucapan arwah ayah sewaktu perjumpaan yang serupa di adakan di rumah Pak Uda dan Uda di Hutan Melintang. Ayah berpesan aktiviti seumpama ini hendaklah diteruskan kerana ianya adalah aktiviti yang baik dan dapat merapatkan silaturrahim.

Mai le datang umah Alang. Aku dapat sms dari Alang mengajak datang ke rumahnya. Lauk apa tanya ku selamba. Alang jawab Ayam Sujud resepi arwah mak. Sedap tu, aku jawab tapi kami

la ni berada di Ipoh hantar Angah balik asrama dan akan bertolak balik ke Sg Buloh jam 5.00 petang. Hari tu bertarikh 15b Januari 2011. Tak sempat kot. Dia jawab takpe datang le makan malam, kami raikan makmai dan mak dah. SMSnya lagi. Aku dah congak-congak memang malas sebab penat dan nak kena gosok baju kerja bila sampai dirumah. Jam 8.00 malam baru letakkan badan untuk rihat sebentar, masuk lagi sms dari Walid. Mai le dah sampai umah ke. Aku terpaksa jawab tak sempat le. Aku cadangkan kita buat kenduri arwah ayah le kebetulan tahun 2011 adalah tahun di mana hari dan tarikh 21.01.2011 adalah sama hari dan tarikh 21.01.2000 bersamaan hari Jumaat sewaktu ayah meninggal sebelas tahun yang lalu. Dapat maklumbalas dari Alang katanya buat kat umah Min le, dah lama adik beradik tak datang umah Min. Alamak kata hatiku. Buat kat umah yang tua atau yang nombor dua tua atau yang nombor tiga tua le. Lebih afdhal kataku untuk mengelak. Alang diam, tak tahu le samada dia kecil hati atau sedang berfikir. Kemudian masuk sms dia menjemput untuk mengadakan majlis tahlil arwah dan perjumpaan keluarga pada 4hb Feb 2011. Tempat belum ditentukan. Itulah kelebihan Alang aku ni. Dia akan usahakan agar hubungan adik beradik dapat dijalinkan dan dia sentiasa berusaha ke arah itu. Seminggu selepas itu masuk lagi SMS mengagihkan lauk-lauk yang perlu disediakan oleh keluarga masing-masing. Aku diarah untuk membawa anggur dan air sirap bandung. Dua hari kemudian, Alang hantar sms lagi dengan menyatakan tempat lokasi majlis tersebut akan diadakan iaitu di NUR LAMAN BESTARI di Ulu Yam.

Alamak, hari tu Hari Raya Cina, Angah balik hari Rabu. Pasar Borong buka ke. Macam-macam bermain dalam fikiran ku. Mana lagi nak ingatkan kerja yang diberikan untuk diselesaikan oleh Bos di pejabat. Namun dalam hal-hal sebegini aku dah agak biasa untuk berfikir bagi menyelesaikan setiap tugas mengikut keutamaan dan menggunakan saluran yang sesuai. Aku call Abang Zack. Bang, Pasar borong buka ke esok (Hari Rabu 3hb Feb 2011). Dia kata buka dan kenapa. Aku terus kata tolong belikan saya anggur dalam 10 kilo. Nanti saya bayar. Ok jawabnya. Selesai satu masalah. Tetiba rakanku sms minta tengok2 WS dia sewaktu dia berada di Jepun cuti bersama keluarga sempena Tahun Baru Cina. Aku jawab ok. Bila selesai kerja ku di pejabat. Aku pergi ke pejabat subsidiari ku untuk melihat Pajero yang dijanjikan oleh En Said untuk dibawa pulang ke pejabat. Hampeh bayang pun takde. Aku terus ke WS sebelum aku balik ke pejabat. Semuanya berjalan dengan baik. Aku SMS kat rakan memaklumkan semuanya ok. Dia ucapkan terima kasih kerana membantu. Dalam pukul 3, Angah telefon mengatakan dia dah berada di Medan Gopeng untuk bertolak ke KL Sentral lebih kurang jam 4.30 petang. Aku anggarkan jam 7.00 malam baru akan sampai di KL. Rupanya jam 6.30 dia dah sampai kerana dapat naik bas lebih awal. Macam biasa, dia bercerita sampai kerumah. Lepas solat maghrib, aku ajak isteriku untuk pergi ke Central Mart dan pasar malam untuk tambah apa yag kurang. Selesai beli semua barang keperluan untuk esok barulah terasa lega. Nurul beritahu esok pagi dia ada tuisyen ganti dari 8 - 10 pagi. Aku ngangguk kepala tanda akan diuruskan. Aku masuk tidur awal kerana penat dan jaga seperti biasa jam 4.30 pagi. Selepas subuh aku mula bantu apa yang boleh seperti masukkan anggur dalam bekas, masukkan tong air dalam kereta dan kemudian pergi hantar nurul tuisyen.


Tugas mengejut Along, Angah dan Afiq memang leceh. Dari kul 9.00 sampai 9.45 baru selesai ketiga-tiga putera kesayangan aku ni bangun. Hmmm banyak kena bersabar dengan diorang ni. Dah siap semuanya, kami pun terus pergi mengambil nurul dan terus ke destinasi.

Sampai di Persimpangan Batu Caves dan Ulu Yam, Eh mana jalan nak ke Ulu Yam ni. Alamak dia dah tutup, mesti ada jalan baru yang aku tak tahu. Kat Batu Caves pulak bukan main sesak, mungkin ada ngaji pagi tu kot. Pak Long dan Pak Uda dah mula call aku. Aku sendiri pun dah sesat kataku. Aku cuba hubungi Alang untuk selesaikan masalah tu. Aku gunakan GPS aku dan aku selalu macam tak yakin dengan GPS ni tapi ikut aje. Tetiba eh dah sampai kat simpang yang biasa untuk menuju ke Ampangan Ulu Yam. Hehehehe gelak aku tanda hairan. Hebat ciptaan manusia yang Allah berikan. Memang betul lokasi yang diarahkan, aku nampak simpang ke lokasi tersebut dengan terpampang kain rentang “Selamat Datang, Waris Hj Hasbullah dan Hajjah Raudzah” dengan gambar lama kami sewaktu majlis yang sama di rumah Angah di Port Dickson. Aku terus berhentikan keretaku dan mengambil gambar pertama untuk majlis tersebut. Selesai mengambil gambar, aku terus masuk ke kawasan Eco Resort dan berselisih dengan Wafi dan Hazim, sambil mengangkat tangan terus memakirkan kenderaan ku. Mengangkat barang ke lokasi di tepi sungai dan dah ramai yang sampai. Pak Long dan Pak Andak masih belum sampai. Bersalaman

dan bertanya khabar. Majlis kemudian dimulakan sejurus Along sekeluarga dan Abang Din bersama Iwan dan Ash tiba. Bacaan Yaasiin dan tahlil untuk ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu terutama ayah, emak dan andak. Selesai bacaan dan doa, maka menderulah masing-masing untuk menikmati hidangan yang telah tersedia.
Hmmm.......... tengah lapar, apa pun sedap. Makan itu makan ini, minum air bandung. Pastu dok lihat sungai...nak mandi ke tak. Aku memang tak suka lebih-lebih lagi setelah mengalami pengalaman ngeri sewaktu angah berusia dalam umur 4 tahun, dia dihanyutkan di sungai di Ulu Yam ni le. Dan aku tidak dapat menyelamatkannya. Namun Allah mengasihani aku, tetiba ada makhluk hitam seperti manusia keluar dari sungai dan mengangkat angah ke tebing. Aku bersyukur dan tak sempat berterima kasih kepada makhluk tu kerana tetiba aje dia hilang dari pandangan.

Akhirnya selepas solat Zohor aku pun turun dalam keadaan tidak ada keyakinan di sebabkan kedudukan dalam sungai yang tidak rata dan berbatu-batu. Alamak punyalah sejuk air ni. Pergh

dah mula menggigil. Cepat-cepat aku cari batu untuk duduk dan melihat A’ie bermain-main dan sesekali aku percikkan air ke mukanya. Setelah penat dan kesejukan yang tidak tertahan, aku pun naik ke darat semula bersama isteriku dan A’ie. Terus pergi ke chalet untuk mandi dan tukar pakaian. Sebelum balik kami ambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan dan kami cuba mengambil gambar mengikut susunan sewaktu 40 tahun yang lalu ketika angah melangsungkan perkahwinan. Dengan saiz dan keadaan sekarang dan kerusi yang tidak disediakan, susunan kami pada ketika ini tidak begitu teratur namun cukup bermakna bagi kami adik beradi. Pada tahun
ini, gambar yang diambil tidak dihadiri oleh angah kerana ada urusan lain dan ketiadaan andak yang telah pergi meninggalkkan kami pada tahun 2010 yang lau. Al-Fatihah untuk arwah Ayah, Mak dan Andak. Semoga mereka aman di sana. Sehingga berjumpa lagi. Adios....

Monday, January 17, 2011

CORETAN JANUARI 2011

Terlalu banyak kata-kata semangat yang disebut bagi memotivasikan seseorang. Ianya bergantung kepada situasi yang sesuai. Sebagai contoh dalam radio sewaktu aku dalam perjalanan pergi dan balik di antara rumah dan pejabat, terdapat satu iklan yang berkaitan dengan kata-kata semangat yang hanya melibatkan tiga patah perkataan . Di antara kata-kata yang tersebut, ”Saya sayang awak”, “Awak sungguh hebat”, “Memang salah saya”, “Kamu pasti gagal”.

Kebiasaannya kita akan dengar kata-kata semangat ni sewaktu pertandingan, sewaktu peperiksaan dan juga tak ketinggalan sewaktu awal tahun masuk sekolah. Guru-guru menjadi fokus oleh murid-murid untuk mendengar kata-kata semangat. Aku juga pernah melalui dan menerima kata-kata semangat dan aku mula mengambil berat dan memahami sungguh-sungguh kata-kata semangat yang diberikan sewaktu aku belajar di Universiti Putra Malaysia. Seorang Pensyarah yang begitu objektif dan positif. Hari pertama memulakan mata pelajarannya. Dia berkata kepada murid tuanya termasuk aku dengan kenyataaannya, “Kamu semua pada hari pertama kelas saya ini, saya telah merekodkan kamu semua dapat markah `A’ dalam mata pelajaran yang saya ajar. Namun apa bila sampai penghujungnya, kamu lah yang akan menentukan markah sebenar yang akan kamu perolehi”. Pergggghhhhh.... betul-betul bersemangat aku dibuatnya tapi realitinya sampai penghujung, semangat pun tah kemana aku cuma dapat B+ matapelajaran tersebut.

Berbalik suasana si sekolah, yang mungkin banyak menerima kata semangat ialah murid tahun 1, murid tingkatan 1 (yang baru dapat keputusan UPSR) dan murid tingkatan 4 (yang dapat keputusan PMR dan menunggu untuk pindah sekolah jika dapat). Bila dengar anak balik dari sekolah, katanya cikgu cerita pasal subjek biologi, cikgu kata jangan harap le kamu nak skor, pengalaman cikgu sebelum ni semuanya dapat teruk. Cikgu....cikgu, kata hati ku. Tapi aku yakin, apa yang diluahkan sebenarnya adalah sikap mereka sendiri. Dengan itu kita boleh le menilai sedikit sebanyak sikap seseorang apabila dia berkata-kata. Anak aku dah mula goyah bila dia dengar kata cikgu tersebut. Dia mula nak tukar subjek lain yang boleh menyebabkan bebanan kepada dia sendiri kerana bila tukar subjek, dia kena belajar sendiri kerana sekolah tidak menyediakan kelas untuk subjek bercampur-campur ni. Hmmm... sabar la angah, kot-kot angah dapat Teknik, kita pindah sekolah le, jawab aku. Tetiba pada 7hb Jan (hari Jumaat, jam 3.43 petang, aku dapat panggilan dari Sekolah Teknik Ipoh mengatakan Ammar kena lapor diri pada hari Isnin 10hb Januari 2011. Terus aku SMS pada isteri dan Ammar. Bukan main seronok Ammar dapat berita tu. Tapi macam mana aku nak hantar, aku ada Sesi Sumbang Saran pada hari Isnin. Takpe aku akan cuba sampai di Ipoh seperti yang di janjikan.

Hari Sabtu dan Ahad mula buat persiapan Ammar. Barang keperluan mandi, tidur dan sekolahnya. Seronok nampaknya. Lebih-lebih lagi bila bagi duit poket macamana aku bagi pada Along dia dulu. Meleret senyum sampai ke telinga. Anak-anak, kata hati ku, seronoknya jadi anak.

Hari Isnin pun tiba, Ammar pergi sekolah dengan berpakaian biasa untuk dapatkan surat berhenti sekolah. Aku dari pejabat, memantau dia takut-takut ada sebarang masalah yang timbul. Kekadang bebudak ni bukan nya tahu sangat nak berbicara. Ammar cerita lagi bila dalam kereta, Kakak kerani tu ingat angah bukan kelas Ibnu Sina tapi macam budak kelas tak pandai. Pastu aku selamba aje jawab, kenapa angah tak cakap kat akak tu, angah ingat dia macam cleaner aje. Dia gelak aku pun gelak sama. Itu lah, manusia ni hanya melihat luaran dan rupa yang elok. Yang tak berapa nak elok rupanya dianggapnya tak pandai le, tak baik le, pengganas le dan bermacam-macam lagi, sedangkan kalau kita tengok kes yang besar-besar yang mengakibatkan penipuan berbilion-billion ringgit kebanyakkannya orang yang rupa paras yang segak yang melakukannya. Dunia-dunia.

Habis aje sesi tersebut, aku terus tidak memandang ke belakang. Hidupkan enjin dan terus meluru ke rumah. Semua dah siap. Hanya Aku, isteriku, Ammar dan A’ie saja yang turut serta. Hujan pulak sepanjang jalan. Dengan kederasan enjin berkuasa kuda 2.4 kenderaan ku, aku menekan sehingga 140km/ jam. Serah pada tuhan tentang keselamatan kami. Alhamdulillah sampai di sekolah Teknik jam 4.00 petang. Kira saat-saat akhir untuk hari itu. Namun semua guru dan kakitangan sekolah yang aku berurusan memang memberikan kerjasama yang baik. Tahniah guru-guru dan kakitangan SMTI.

Selesai semua urusan, kami berborak dengan Ammar. Nampak dia gelisah sewaktu kami hendak pulang. Matanya merah tetapi tidak mengalirkan air mata. Kami bersalaman dan terus ke Jaya Jusco di sana untuk makan. Sebelum selesai urusan Ammar, aku tidak rasa lapar tetapi sejurus sampai di Jusco, macam-macam yang ingin dimakan. Seperti biasa, aku menawarkan kepada isteriku untuk membuat pilihan makanan apa yang ingin dicuba. Maka kami pun memasuki satu Restoran dan akhirnya kami merasakan bahawa kami membuat pilihan yang tepat untuk menikmati makanan di Restoran itu.

Sebelum itu, kami pergi mencari baju A’ie untuk menukar baju yang dipakai kerana dia terkencing dalam seluar jeansnya. Kami singgah di Petronas Hentian Sebelah di Simpang Pulai untuk mengerjakan solat jamak Maghrib dan Isyak kemudian terus memandu kereta untuk pulang. Sampai di rumah aku terus mandi dan makan roti yang dibeli kerana terasa lapar. Aku terus tidur untuk merehatkan badan yang terasa bagai nak pecah pinggang dan kebas kaki ku menekan pedal keretaku.

Semoga Ammar gembira di sekolah baru yang mana merupakan bekas sekolah ibunya dan alongnya. Tercapai le hasrat dia hendaknya tentang apa yang diimpikan kelak. Aku dan isteri hanya berusaha untuk menyediakan keperluannya dan menyokong dengan kata-kata semangat. Selebihnya terserahlah kepadanya untuk berjaya. Amin.