AKU MILIKMU
Monday, June 29, 2015
KINI AKU KEMBALI (2015 -2011)
Wednesday, August 3, 2011
UMRAH JUN – JULAI (24.6 – 9.7.2011)
Selesai kemasukannya waktu yang sesuai untuk mengerjakan umrah nampaknya tidak mempunyai ruang kerana tempoh cuti sekolah sudah berakhir. Kesian pula pada anak-anak yang ditinggalkan nanti tidak mahu menumpang rumah kawan atau ditemani oleh bapa saudara. Akhirnya rancangan ke sana ditutupi dengan rasa gelisah dan hampa. Hampir kesejukan perasaan ditahan untuk ke sana, tetiba Anuar rakan sepemergian umrah pada tahun 2010 menghubungi bertanyakan yang syarikatnya ingin mengintai-intai peluang untuk memajak hotel di Makkah. Beliau mengajak untuk pergi ke sana. Menarik tu kata hati ini. Namun jika pergi pasti isteri tidak dapat turut serta kerana halangan hari persekolahan bertembung dengan tarikh yang dicadangkan. Pada mulanya ingin mengikuti pakej yang ada di pasaran namun tarikh yang ditawarkan juga tidak memenuhi keinginan Anuar maka keputusan yang dibuat dengan pergi secara bersendirian. Maka bermulalah urusan memohon visa dan tiket kapalterbang. Setelah semakan dibuat akhirnya kami menggunakan perkhidmatan Gulf Air yang akan transit di Bahrain dan seterusnya menuju ke Madina. Cantik tu, tidak le banyak masa terbuang dalam perjalanan dari Jeddah ke Madina. Semuanya berjalan lancar, tiket dapat ditempah, visa akan dikeluarkan pada 14hb Jun walaupun tarikh penerbangan pada 24hb Jun 2011. Perjumpaan demi perjumpaan dengan group Anuar untuk membincangkan perancangan sewaktu di Makkah nanti.
Tarikh yang ditetapkan telah pun tiba, aku membawa sekali beg musafir ke pejabat dan telah berjanji group Anuar akan mengambilku di pejabat selepas solat Jumaat. Tunggu punya tunggu, jam hampir 5 petang baru muncul kenderaan mereka di pejabat. Badan terasa penat menunggu dan rasa tidak sihat. Namun keinginan untuk ke sana menyebabkan aku pertahankan juga semangat. Sampa idi Airport, kami di tinggalkan oleh geng Iqbal dan Rashidi. Tapi kira dah besar tahu bawa diri, maka kami terus mencari kaunter untuk kami check in barang. Terasa lapar bermain difikiran, sebenarnya selera tak berapa terbuka tapi sekadar lapik perut kami makan KFC. Pun tak rasa nikmatnya. Sebelum masuk ke tempat menunggu, sempat aku membeli strepsil untuk mengatasi batuk aku yang dah mula bersuara.
Jam menunjukkan 7.50 malam dan kami dipanggil untuk masuk ke perut kapalterbang. Tengok kali pertama kapalterbang yang nak di naiki, alamak macam tak boleh nak take-off aje. Selepas masuk ke perut kapalterbang, kami dapati penumpang tak begitu ramai dan boleh berpindah ke kerusi yang kosong. Anuar pun terus berpindah dan aku kekal di tempat yang ditentukan buat ku. Apa lagi melunjur le kaki dan terus tidur. Makanan yang disediakan sedap tapi seperti yang aku katakana, badan tak berapa sihat jadi makan pun tak menjadi. Selesai makan, aku terus tidur. Untuk hidangan kali kedua, aku dah tak sed
Selesai solat subuh, aku pergi mencari sim kad Zain untuk berhubung dengan keluarga sewaktu di sini. Bila kembali semula ke tempat rehat, bukan makin merengkok si Anuar tidur. Hmm seronok pengalaman baring di perkarangan Masjid Nabawi. Kemudian kami mula mencari Hotel setelah menghubungi kengkawan tidak kesampaian. Mula ke Hotel Warsal Arleem, Hotel dimana aku pernah duduk pada tahun 2010 sewaktu datang bersama kumpulan PDRM. Di cekik SDR250 semalam. Aku kata kita bu
Hari untuk berangkat balik ke Makkah telah tiba. Nak mencari lokasi teksi atau pun SAPTCO masih tercari-cari, idea demi idea dikeluarkan dan akhir sekali dapat ditemukan dengan Wakil sebuah Agency Travel Malaysia di Madinah. Bertanyakan samada ada Jemaah yang akan bertolak ke Makkah pada hari yang sama dan kebetulan ada, maka kami pun minta kebenaran untuk menumpang dengan sedikit bayaran. Alhamdulillah. Tepat masa yang ditunggu, bas pun bergerak dan kali ini kelainannya ialah Pemandu Bas adalah dikalangan orang Indonesia, maka takde le baksis yang perlu dibayar seperti sebelum ini. Mengambil masa yang sama selepas berhenti
Program untuk merisik Hotel yang hendak dipajak bermula. Pihak pertama yang
Keha
Ka
Jemputan demi jemputan setiap selang sehari kami terima. Aku tetap memuji Hj Nasir dalam cara dia
Dalam tempoh 11 hari, keadaan aku seperti biasa tidak stabil. Batuk, demam dan terberak-berak menyebabkan Anuar agak risau. Dia pun menceritakan kawannya yang diserang virus ke paru-paru disebabkan lambat bertindak dan akhirnya meninggal dunia. Dia ajak balik awal namun tiket tidak ada dan akhirnya pada 6hb ada tiket tapi kena tambah RM200 seorang. Waktu tu pun dah sihat dan aku kata takyah kita buang duit. Balik ikut jadual le.
Tiba hari untuk balik, Hj Nasir dah siap dengan pembantunya untuk menghantar kami ke Terminal Hajj. Selsai pemeriksaan paspot dan sebenarnya Allah permudahkan urusn kami, kami pun masuk ke tempat menunggu. Hmmm ada pembaharuan. Dulu Terminal Haji tak macam ni tapi kini menarik. Makan donut untuk alas perut. Naik Gulf Air menuju ke Bahrain. Macam-macam perangai jemaah dari Pakistan sewaktu di dalam kapalterbang. Senyum dan gelak aje le. Setiap yang Allah jadikan pasti tidak sia-sia namun apakah sebenarnya disebalik rahsia kejadian hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam perjalanan ke Bahrain aku sempat mengambil gambar di padang pasir yang terdapat tompok-tompok bulatan yang besar dan banyak bilangannya. Namun aku yakin itu bukan ciptaan yang dibuat oleh manusia. Sempat mengambil gambar yang tidak jelas untuk simpanan album ku.
Sampai di Bahrain jam 3 petang dan kami selesaikan solat Jama’ Zohor dan Asar. Kemudian makan MCD yang bukan main besar saiznya. Tak habis untuk dimakan. Pusing sana ambil gambar sini. Kemudian cari cenderahati sempena mendarat di Bahrain dan kemudian waktu Maghrib pun tiba. Kami sempurnakan Solat Maghrib dan Isyak secara Jama' dan Qasar. Bersedia untuk terbang pulang ke Malaysia. Dalam kapalterbang aku duduk sebelah pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir dalam bidang perubatan. Kembar rupanya dan adik kembarnya juga menuntut dalam bidang yang sama. Cerdik betul diorang ni. Aku tidur dan pura-pura lelapkan mata bila dah habis modal untuk bercerita. Sampai di Malaysia jam 9.40 pagi. Iqbal dating menjemput kami dan terus di hantar aku pulang ke Saujana Utama. Tak dapat masuk KL untuk ambil kereta ku kerana pada hari kami sampai di Malaysia berlakunya himpunan Aman Bersih 2.0. menyebabkan banyak jalan ditutup kerana takutkan bayang-bayang sendiri.
InsyaAllah, jika ada rezeki dan panjang umur moga Allah perkenankan untuk aku ke sana lagi pada tahun hadapan. Amin.
Wednesday, June 22, 2011
CATATANKU DI BULAN JUN 2011
Kekadang aku merasakan aku sungguh tidak adil kepada diri ku. Ini kerana adalah lagi azam dan janji yang lebih utama dan wajib aku lakukan tetapi aku sengaja tidak melaksanakan. Malu sungguh aku. Azam dan janji yang aku maksudkan ialah firma Allah yang bermaksud, “Adakah Aku (Allah) Tuhanmu, lalu roh menyahut, Ya bahkan kami menyaksikan”. Dan firmanya lagi“ Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia semata-mata untuk beribadah kepadaKu. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku dan kelalaianku.
Bulan Jun ni agak sibuk sikit, yang pertama aku di pertanggungjawabkan satu tanggungjawab baru iaitu untuk mengambil alih tugas Pengurus KOP Travel & Tours Sdn Bhd yang telah tamat tempoh kontraknya. Dalam keadaan begini, cara mana untuk memulihkannya pun aku masih samar untuk mengambil tindakan. Aku bermunajat kepadaNya agar dikuatkan semangat dan memberikan kekuatan kepada aku untuk mengawal selia KOP Travel & Tours Sdn Bhd. Bila aku berada dan bersama dengan kakitangan KOP Travel & Tours Sdn Bhd, pada penilaian ku , mereka semua memang boleh bekerja dan itulah bidang mereka kecuali seorang yang pada pengamatanku tidak mempunyai peningkatan langsung dalam standard dia bekerja. Namun kelebihan dia ialah dia seorang yang boleh disuruh walaupun kelam kabut dan macam tahu semua perkara tidak boleh dibaikinya.
Selain dari tanggungjawab amal yang dipikul, mesyuarat Agung Tahunan pun semakin hamper. Auditor yang dilantik sentiasa bermasalah sejak tahun 2005 pasti lewat laporan akaun berodit dikeluarkan. Alasan tak cukup staff. Bayar gaji kecik sapa suruh, kata hatiku. Aku pun naik menyampah nak menelefon untuk bertanyakan status akaun tersebut. Dia tahu fungsi dia sebagai Auditor dan aku pulak tahu fungsi aku sebagai client. Dipendekkan cerita hari yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu 22hb Jun 2011. Seperti biasa pada 21hb Jun taklimat dibuat kepada semua perwakilan yang hadir. Terdapat sedikit kekeliruan maklumat sehingga semua Ketua Syarikat Subsidiari tidak hadir termasuk le aku Hehehehehe….Kemudaian dapat panggilan telefon dari Puan Munirah (PRO KPD) kata Dato CEO suruh dating sekarang jugak. Maka menggelupur aku pergi bagi mewakili semua subsidiary yang di bawah naungan aku. Last-last macam biasa, penyudahnya taklimat ditangguhkan.
Bagi mesyuarat Agung Tahun kali ke 76 ini, aku terpaksa menjalankan tanggungjawab pertama kalinya untuk membaca doa majlis pembukaan. Teringat sewaktu sekolah menengah, itu juga le kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada aku. Sedikit gementar pada permulaan namun sentiasa tenang sewaktu bacaaan doa dibaca oleh aku. Selesai sudah tugas aku . Tapi percaya, nanti dah menjadi tabiat, bila dah sekali ken abaca sampai pencen le aku ken abaca melainkan aku mempunyai kusa untuk mengarah orang lain pulak.
Habis mesyuarat Agung, bersiap sedia pulak untuk berangkat bagii menunaikan umrah pada 24hb Jun 2011. Pemergian kali ini merupakan pengalaman baru aku iaitu pergi bukan dengan syarikat Travel tetapi sebaliknya semua urusan dibuat secara sendiri. Barang-barang dah di masukkan ke dalam beg. Persiapan kewangan di sana dan keluarga di sini telah diperuntukkan. Pesanan dari anak, isteri dan kengkawan telah direkodkan. Yang pasti terasa seronok dapat melepaskan rindu untuk kembali ke bumi barakah itu. Semoga Allah permudahkan perjalanan aku dan kawan ku Saudara Anuar. InsyaAllah akan ku coretkan pengalaman ku mengerjakan umrah pada coretan bulan Julai 2011. Salam
Tuesday, May 24, 2011
MACAM-MACAM BULAN MEI INI
Bermula pada hari terakhir bulan April 2011, dimana kami kami meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Isteri ku dan ibu kepada anak-anak ku. Disamping itu juga, Along telah mendapat keputusan diterima masuk ke Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah. Kami bersetuju untuk menjamu selera di Al-Rawsha. Sambil makan, Nurul mengeluarkan kad ucapan Selamat Hari Lahir yang telah ditandatangani oleh semua ahli keluarga termasuk Azraie yang aku sendiri kurang yakin betul ke dia tandatangani kad tersebut. Terasa anak semakin besar dan selera pun semakin bertambah, kebiasaannya kami memesan hanya empat pinggan untuk kami anak beranak makan, tapi kali ini aku terpaksa buat tambahan satu pinggan lagi. Tapi tak kesah le, janji seronok dan bahagia bersama keluarga. Sambil makan, aku memberi nasihat kepada anak-anak berkaitan dengan kasih-sayang adik beradik di samping membincangkan apa perancangan Along sekiranya dapat tawaran UPU juga. Selesai makan, Angah kata nak beli talipinggang, Along kata nak beli wallet, Afiq nak beli buku, Nurul dan Adik A’ie pun nak beli buku. Maka aku pun menghalakan kereta ku ke Jaya Jusco di Wangsa maju untuk pergi ke MPH. A’ie pun buat permintaan lagi untuk menikmati ais krim Mc D. Belikan juga. Dan macam biasa, bila A’ie sebagai umpan, maka semuanya merasa ais krim. Dalam keadaan yang begitu tidak selesa disebabkan kekenyangan, aku beritahu isteriku…malam ni ayah tak nak makan. Takut gemuk. Namun bila sampai waktu malam, maka berkeroncong semula perut ni. Hmmmm. Selesailah satu peristiwa bagi meraikan isteriku dan Along Aiman.
Selang beberapa hari, Angah punya hari Lahir pula menyusul dan Along sekali lagi menerima keputusan ditawarkan untuk masuk ke UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang. Kelam kabut dibuatnya sepanjang tempoh yang diberikan untuk membuat keputusan. Along nak sangat masuk Matriks dengan alas an kawan yang sama-sama belajar pun masuk matriks. Lepas tu setahun aje terus boleh lanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah. Dan yang paling popular ialah dapat elaun sara diri sebanyak RM250.00 sebulan. Setelah dia membuat perbanndingan dan pandangan yang diterima, maka Along pun ikut dengan pandangan ramai. Aku pun berjanji akan memberikan elaun sara diri sebanyak RM250.00 yang sememangnya kami kena tanggung pembelajarannya. Sehari demi sehari persiapan untuk sambung belajar telah dibuat. Rata-rata dari segi pakaian dan peralatan diri. Banyak juga yang kena keluar. Macam mana le ibu bapa yang tidak membuat persiapan samada dari sudut kewangan dan lain-lainnya. Kesian bila mengenangkan rezeki masing-masing. Pemeriksaan X-Ray telah dibuat, yuran akedemik telah dibayar, gambar telah diambil dan boring semuanya telah disiapkan. Cuma menunggu hari yang sepatutnya mendaftar iaitu pada 22hb Mei 2011.
21hb Mei 2011 telah tiba. Kami bertolak dari rumah jam 7.45 pagi untuk singgah ke Sekolah Teknik Persiaran Brash bagi menjemput Angah. Kemudian terus ke rumah Along. Berbekalkan Nasi Tomato, Karipap, Caremel selera untuk menikmat karipap di mulakan dulu sejurus ianya dimasak oleh isteriku. Hmmm memang sedap. Sampai di rumah Along, Along terus kata dia dah maak nasi ayam. Terpaksa le kami menunggu untuk makan bersama. Selesai makan, jarum menunjukkan jam 12.30 tengahari. Kami pun minta izin dari Along untuk bertolak ke Permatang Pauh. Ingatkan jauh lagi rupanya leb
Keesokan har
Keesokan harinya, Along call kata kena tukar kursus di sebabkan dia buta warna. Hmmm takpe le long, yang penting Along berjaya disebabkan diri Along, bukannya kerana kursus. Semoga dia berjaya dalam bidang pelajarannya.
Wednesday, April 20, 2011
DURIAN OH DURIAN


ni yang tak syok, nak makan durian mesti tak selesa. Tapi takpe baru separuh jalan dan tokey kebun pun belum sampai lagi. Setiba di Pekan Bentung, singgah dulu makan ais krim, aku tak berapa nak lalu sebab pertama hujan dan kedua baru lepas makan nasi dan ais krim di majlis perkahwinan anak Dato’ Mohd Nor. Aku dan isteri sekadar memesan air 100+. Sesudah selesai minum, kami pun gerak ke kebun durian. Pergghh nak kena naik bukit lak pulak. Aku suruh Isteri, Nurul dan A’ie naik Land Rover yang dipandu oleh Awai manakala aku jalan kaki mendaki bukit. Eleh dekat aje dan kalau ikut jalan pintas lagi dekat tapi tetap kena mendaki. Aku pun mengambil keputusan untuk menrentasi jalan pintas yang lembab kesan baru lepas hujan. Sampai diatas, terus buka kopek durian. Makan sebanyak yang disukai tidak dikenakan bayaran tapi banyak mana pun boleh makan, habis-habis pun 3 biji. Lepas tu dah muak. Sedang aku dok pilih durian, terasa kaki ku semacam ada benda yang bergerak dan rasa basah yang tidak menyelesakan.

Friday, March 25, 2011
KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ALONG AIMAN

Ayah, along nak mohon masuk teknik. Ok, jawab ku. Daftar secara on-line. Teknik mana Yah nak mohon. Aku kata cari teknik yang tak bercampur dengan vokasional. Nape jawabnya. Ye le kalau ada vokasional, pertama, murid ramai pasti kawalan dan tumpuan kurang oleh pihak sekolah. Kedua, suasana sekolah penting, jika teknik semuanya semangat belajar melebihi dari semangat main sebab subjek teknik lagi berat. Sambung ibunya. Setelah meneliti senarai teknik, maka pilihan pertama ialah Sekolah Teknik Persiaran Brash, Ipoh. Dulu ibunya sekolah disitu. Selesai daftar secara online, kami pun tunggu, keputusan peperiksaan PMR. Bila dapat keputusan dan keputusan permohonan pun dikeluarkan dan Aiman berjaya memasuki sekolah tersebut. Terasa seronok Aiman dapat masuk dan persiapan dibuat untuk daftar diri pada 23hb Februari 2009.
Sampai waktu yang diarahkan, Kami sekeluarga pergi menghantar Aiman ke Sekolah Teknik. Eh tetiba dia macam tak suka. Kami berdua sentiasa berusaha menenangkan emosi dia dan menyakinkan dia bahawa ini adalah pilihan yang terbaik yang Allah telah lorongkan. Nak tak nak dia ikut sahaja. Selesai pendaftaran kami pun balik dengan masing-masing timbul perasaan hiba. Ye lah tak pernah berpisah. Minggu depan Aiman telefon, dia kata nak balik. Berderau hati kami, dia taknak belajar di sana ke. Rupanya balik wajib cuti, maknanya semua murid kena balik kampung. Dengar dia bercerita tak seronok kerana takde kawan, dia minta tolong kalau dapat masukkan Enot kawan dia ke sekolah yang sama. Alamak aku bukannya Menteri Pendidikan. Tapi camne pun cuba le yang mana boleh. Akhirnya Enot dapat masuk dan Aiman pun nampak seronok.
Setahun berlalu begitu cepat. Keputusan peperiksaan akhir tingkatan 4 tidak begitu memberangsangkan. Cuti sekolah pun tidak diisi dengan ulangkaji. Aku semakin risau. Sentiasa berdoa di sepertiga malam agar Allah beri perubahan pada kami sekeluarga. Cuti persekolahan tamat dan kami menghantar Aiman untuk masuk semula ke sekolah dengan rayuan untuk mendapatkan asrama dan berjaya. Sebelum pulang, aku menyerahkan sampul surat kepada Aiman dengan memberikan coretan sebagai nasihat kepada Aiman. Dengan harapan dia akan membacanya. Kami pulang dan kehidupan berjalan seperti biasa. Tetapi ada nampak perubahan kepada Aiman dari sudut pelajaran. Nampak dia ada kesungguhan untuk belajar dan meminta kebenaran untuk menghadiri kelas tambahan diluar sewaktu hari Sabtu dan Ahad di Ipoh. Aku perlu menulis surat kebenaran kepada guru untuk surat pelepasan. Sehari demi sehari berlalu dan saat untuk menduduki peperiksaan pun tiba. Kami menghantar dia ke sekolah. Sebelum pulang dia peluk dan mencium tangan aku dan ibunya meminta restu dan doakan kejayaannya. Di saat itu aku telah nampak ada cahaya kejayaannya. Dan kami sentiasa berdoa. Ibunya berpuasa setiap kali dia menduduki peperiksaan pada hari yang telah dijadualkan. Hinggalah akhir kertas, kami menjemputnya di sekolah. Macamana Along, jawabnya ok kot. Alhamdullillah, kata ku.
Waktu cuti, Aiman bekerja dan telah nampak dia sudah dewasa dan boleh berfikir. Aku masih beranggapan dia masih kanak-kanak dan perlu diberi pengawasan sepenuhnya. Tidak boleh tidak rupanya mereka semakin membesar dan perlu memberi kepada mereka ruang untuk berfikir dan bertindak secara orang dewasa. Kami sentiasa mengingatkan dan menasihatkan sahaja.
Seperti biasa, masa begitu cepat berlalu dan tidak disedari, tarikh keputusan SPM telah diumumkan iaitu pada 23hb Mac 2011. Nak ayah hantar Along ke, tanyaku. Takpelah ayah, along pergi dengan kawan-kawan. Pastu duduk sana sampai hari Ahad sebab ada perlawanan rugbi persahabatan. Ok la. Jawabku. Pagi selasa 22hb Mac 2011, Aiman ikut aku pergi kerja dan aku hantar dia ke perhentian Jalan Duta. Malam kami telefon, katanya demam dan nak tidur. Hati kami berdebar-debar menunggu keesokkan harinya.
Hari Rabu 23hb Mac 2011 telah pun tiba, aku ambil cuti untuk duduk di rumah. Tapi nak kena tukar absober kereta yang dah rosak. Sebelum keluar ke bengkel, aku hantar SMS kat Along dengan nasihat, solat sunat dua rakaat dan berdoa, kemudian sujud syukur dengan apa yang Allah bagi..Aiman jawab ok. Aku pun terus ke bengkel. Sementara menunggu


Wednesday, March 23, 2011
KE BANDUNG PULAK 27HB FEB – 2HB MAC 2011
Lama dah kita tak pukul, kata Dato Halim kat aku. Hmm...betul jugak tu Tok, jawabku. Tanya le Chairman, dia nak main kat mana. Tapi kali ni kalau main kat Bandung ke menarik jugak, sambung Dato’ Halim. Ok le, nanti saya tanya Dato’ Chairman. Itulah pembuka kata sebelum mesyuarat Board diadakan pada bulan Jan 2011.
Dato’ Wong terus buka dairi untuk tengok tarikh yang sesuai. Kita pergi lepas raya Cina la ye. No problem. 21hb tak boleh sebab i nak hantar wife untuk monthly check up .Kalau 27hb Feb boleh. Kata Dato’ Wong. Sementara aku pergi tengok persediaan mesyuarat, Dato’ Halim dan geng-geng mengadap Chairman. Setuju....sahut Chairman. Bukan main seronok, kata hatiku. Maklumkan orang pencen, apa nak buat lagi. Kita dok ngikut aje le...Ok Izmin, Chairman setuju. U inform le Cheah untuk buat arrangement. Ok. Jawabku. Aku terus telefon Mr Cheah. Ok Tn Hj. Jawab Mr Cheah. Aku uruskan tiket. Pada mulanya seramai lapan orang (Geng Golf Riuh) aje. Akhirnya ada yang bawa isteri dan keluarga. Keseluruhannya seramai 17 orang. Meriah juga le nampaknya.
Hari yang di tetapkan telah tiba. Berkumpul di KLIA di kaunter L18. Dato’ Halim kata, bagus you punya arrangement Izmin. Biasa aje Dato’. Kombinasi Mr Cheah, saya dan KOP Travel. Bagus3, sahut Dato Halim. Selesai check in bagasi, kami pun masuk ke bilik menunggu.
Setiba di Lapangan Terbang, wakil agency disana telah menunggu dan terus menaiki kenderaan seterusnya ke Restoran Simpang Raya (makanan Padang) untuk makan tengahari. Dalam perjalanan ke restoran, Eric menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah Bandung. Orangnya terdiri dari orang Sunda. Ketinggian dataran dari aras laut adalah setinggi 700 kaki. Patut lah sejuk. Sampai di Restoran, dari pintu bas hingga ke pintu masuk restaoran, peniaga barang-barang cenderahati berebut-rebut menghampiri kami untuk memujuk dan menyakinkan kami untuk membeli barangan jualan mereka. Baru sampai, apa yang nak dibeli. Penat pun tak hilang lagi. Selesai makan, Pemandu Pelancung Eric namanya terus mencadangkan untuk memulakan aktiviti membuang uang (shopping le tu). Kaum Datin-Datin bukan main seronok lagi. Kaum Dato’-Dato’ mula menunjukkan situasi cemas. Kami yang bujang-bujang relak aje sambil melihat reaksi mereka. Sambil menceritakan sedikit sebanyak tentang Bandung, kami sampai di lokasi yang dimaksudkan. Bagi aku yang tidak minat untuk membeli belah, aku lihat tempatnya biasa aje. Mungkin murah la kot tapi bukannya percuma kalau nak dapatkannya. Selesai membeli belah oleh ahli rombongan, kami pun pergi ke Hotel untuk check in. Aku sebilik dengan Hj Zakaria. Rehat sebentar keluar semula untuk makan malam di Kembara (Restoran makanan Sunda). Sedap lagi makanan Melayu Malaysia. Balik dari makan malam, aku terus tidur kepenatan. Nasib baik esok jam 11 pagi waktu Bandung.
Selepas sarapan pagi, wakil agency mencadangkan agar golfer bertolak jam 9.30 pagi, ini kerana perjalanannya memakan masa hampir satu jam. Setelah Van yang mengendalikan perjalanan
Hari kedua, aktiviti Golf kami adalah di Giri Grahana Golf Course. Jauhnya mengambil masa 45 minit. Dengan kemahiran pemandu pelancung kami, kami sampai ke destinasi tepat pada masa yang dirancangkan. Kawasannya nampak lebih eksklusif dan cukup jaga imej. Itulah yang aku fikirkan.
Kami pasukan yang haru biru, tak kira di mana, bising dan gelak ketawa menjadi bekalan kami. Nak jadi cerita, buggy depan kami baru nak tee-off dan pada ketika itu kami berborak dan gelak besar. Di tegurnya kami sekumpulan oleh group depan kami. Rupanya mereka bertaruh dalam permainan tersebut. Itu yang leceh. Kami pun memandang antara satu sama lain. Memulakan pukulan yang baik dan seterusnya hingga akhir. Aku rasa hari ini lebih baik dari hari semalam dari segi markah yang aku perolehi. Tapi aku hanya sekadar untuk mengisi masa sukan aku aje. Setidak-tidaknya ada juga beriadah untuk mengeluarkan peluh. Sebelum memulakan permainan hari ini kami cadang nak ikut Dato’ Zul ke Jakarta untuk ziarah anaknya yang belajar di sana. Namun setelah mengambilkira banyak faktor maka hanya Dato’ Zul saja yang pergi dan kami hanya menghantarnya ke Perhentian Bas ke Jakarta. Sesampai di hotel, aku membantu Dato’ Md Nor untuk mengambil set golf Dato’ Zul untuk simpan dalam biliknya. Bersiap-siap selepas Maghrib untuk ke Kampung Daun suatu lokasi restoran makanan yang cukup damai dan indah dengan berkonsepkan wakaf dan di hiasai anak sungai yang berdesiran, cukup untuk menaikkan selera makan malam di situ Bertempat di dataran setinggi 1000 kaki dari aras laut menyebabkan suasana sejuk menyegarkan minda kami. Hampir dua jam setengah kami bersantai disana, dan kami balik untuk berehat dan berkemas-kemas untuk pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.
Hari terakhir, selepas sarapan, aku pergi mencari cenderahati untuk isteri dan anak-anak. Walaupun tidak semua yang diminta oleh anak-anak dapat aku cari tetapi tetap mengadakan cenderahati buat mereka. Selesai membeli belah buat kali terakhir kami pun berangkat ke Lapangan Terbang dan dalam perjalanan, Dato’ Pengerusi mencadangkan ke Shenzen pula pada bulan Julai. Agrrrhhh parah aku ni. Hehehehe. Walaubagaimanapun kami tetap gembira dengan kumpulan kami ini. Kena labur lebih banyak untuk dapat duit belanja ke Shenzen.