Thursday, January 21, 2010

TAN SRI HJ MOHD SEDEK BIN HJ MOHD ALI - DALAM KENANGAN

Sedang aku memandu kereta ku VIVA ke arah pejabat pagi ini, Dato' Halim menelefon ku. Setahu aku beliau dalam perjalanan ke Kolej Unikop di Melaka. Dengan tenang beliau memaklumkan bahawa Tan Sri Sedek telah meninggal dunia. Terkejut jugak aku kerana aku baru merancang-rancang untuk ziarah dia hari ini disebabkan ada urusan yang diminta bantu oleh pihak insuran. Terus aku mengeluarkan kalimah Innalillahiwainnailaihirajiuun.
Tentang AlMarhum Tan Sri Sedek ni, aku kenal dia apabila dia di lantik oleh IGP ketika itu Tan Sri Norian Mai sebagai Pengarah KPD, kemudian dia menjadi pemantau kepada syarikat KOP Mantap Berhad. Dia lah orang kedua yang garang dan terpaksa aku hadapi setiap bulan. Sebelumnya Dato' Ismail Che Rus sebagai Chairman aku. Namun kegarangan mereka seperti pernah aku lalui sewaktu AlMarhum bapa ku mendidik aku sewaktu kecilku. Dah memang sifat anggota Polis yang berdisiplin. Aku bangga dapat bekerja dengan AlMarhum Tan Sri Sedek dan juga Dato' Mohd Ismail Che Rus. Ketegasan dan disiplin mereka membuatkan aku sentiasa memastikan kerja yang diamanahkan dibuat dengan sebaik yang mungkin.

Pernah beberapa peristiwa antara aku dengan AlMarhum Tan Sri Sedek, di mana beliau memanggil aku ke pejabatnya untuk mendapatkan maklumat terkini tentang KPD. Waktu itu beliau baru dilantik sebagai Pengerusi KPD. Diajaknya aku makan kuih sekali. Aku punya la gabra walaupun dah kenal lama dengan beliau. Sehingga aku kata kat dia, "Takpe Tan Sri, saya makan diluar. Lalu dia menjawab Eh... apa pulak nak makan kat luar, makan kat sini le. Terasa tak masuk kuih dalam perut sepanjang untuk menghabiskan kuih tersebut.

Peristiwa yang lain, tetiba aje dia panggil aku ke pejabatnya. Dia ajak aku makan tengahari dengan dia di Ikan Bakar Bellamy. Dia kata teringin nak makan ikan bakar. Naik kereta you la Izmin, katanya. Ok Tan Sri tapi selerak sikit kereta saya. Takpe jawabnya. Sampai di Bellamy, kereta terlalu banyak dan beliau kata dia nak turun dulu untuk berdiri di tepi jalan bagi memastikan aku boleh parking kereta. Seperti biasa aku gabra, dan kelam kabut aku parking kereta. Punya la dia membebel, katanya ni la orang awam, parking pu tak pandai lagi, ngomelnya kepada seorang pegawai polis yang sedang berborak dengannya. Aku gelak aje bila dia kata demikian. Walaupun dia cerewet tapi seronok berkawan dengan beliau.
Sewaktu anaknya Faiz nak kahwin, aku dapat jemputan di Melaka sedangkan dia buat majlis dua kali dan satu lagi di Dewan Felda Perdana. Aku pun SMS kat dia aku akan hadir di Melaka, dia faham maksudku macam tak puas hati kenapa di Melaka aku dijemput. Dia jawab SMS, Kalau u nak datang kat Dewan I akan bagi kad jemputan satu lagi. Emm terus aku kata takpe Tan Sri, saya akan ke Melaka. Kemudian baru dia kata, saya ajak kamu ke Melaka supaya kamu tahu rumah saya di Melaka. Bawa anak isteri sekali katanya. Sampai hari yang di tetapkan aku pun sampai di rumahnya, memang aku rasa jiwa dia terlekat di kampungnya, aku melihat dia melayan saudaranya dikalangan orang kampung tidak sedikitpun aku tengok ada sifat sombong dan orang kampung pun mesra dengan beliau. Bila dia nampak aku, terus dia tanya mana anak isteri, lalu terus aku perkenalkan keluarga ku dan terus dia suruh aku pergi makan.

Kali terakhir aku dengar suaranya bila mana aku sedang Tee-Off di Perangsang, dia tanya aku pergi tak rumah Basharuddin, aku kata tak pergi sebab tak sempat. Dia tanya lagi kenapa tak sempat, Aku kata aku ada tournament golf. Dia gelakkan kat aku. You main golf. Katanya. Terasa tercabar aku walaupun handicap aku hanya 24 sahaja. Belajar-belajar Tan Sri jawabku. Itu lah kali terakhir aku berbicara dengan Al Marhum. Dan tetiba aku mendapat berita beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya dan terus koma sehinggalah nafas terakhir beliau pada hari ini 22hb Januari 2010, sepuluh tahun selepas pemergian Al Marhum ayahku pada 21hb Januari 2000. Semoga Allah menerima segala amalannya dan kebajikannya sewaktu hidup dan di kumpulkan di kalangan orang-orang yang mendapat rahmatNya - AlFatihah.

No comments:

Post a Comment