
enghijrahan. 
Walaubagaimanapun, tak semua, dapat sikit dan catatkan dalam blog aku ini pun dah cukup baik buat diri ini. Mudah-mudahan anak-anak aku dapat menafaatkan blog aku ini.

enghijrahan. 
Salam sayang dari ayahmu.
Along...... warkah ini ayah tujukan khas kepada Along dengan harapan menjadi sumber inspirasi untuk Along menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan meneruskan kehidupan Along.
Along...... Perpisahan atau kematian antara kita tidak seorang pun tahu. Walaupun kita semua yakin akan perpisahan atau kematian itu pasti datang tetapi kita tetap tidak menjangkakan jika ianya berlaku. Kita sama-sama pernah mendengar kuliah maghrib Ust Hishamuddin di SurauAl-Hidayah tentang kematian dan berbagai cara nyawa di cabut. Oleh itu ketidakpastian bilakah kita akan berpisah membuatkan ayah mengambil kesempatan ini untuk mengirimkan warkah ini khusus untuk Along dan mungkin ia adalah warkah terakhir buat kita.
Along....... tahun 2010 adalah merupakan tahun terakhir Along berada dialam persekolahan menengah. Ianya menentukan perjalanan seterusnya ke mana sebenarnya yang hendak dituju. Pilihlah jalan seperti yang disampaikan oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W kerana jalan itu jugalah yang akan diperakui oleh Allah S.W.T. Gunakanlah sebaik mungkin masa yang Allah berikan kepada Along untuk mengorak langkah bagi mencapai kejayaan dalam akedemik dan juga keperibadian diri. Kita telah diuji dengan keputusan PMR terdahulu dan mungkin tersemat di dalam hati Along suatu hari nanti Along akan menggantikan keputusan yang baik untuk Along dan juga keluarga dan hari yang nanti kan itu semakin hari semakin hampir iaitu SPM.
Along..... dalam surah Luqman,ayat 13 – 19, Allah S.W.T mencatitkan nasihat Luqman (seorang manusia biasa seperti kita) kepada anaknya. Ini menunjukkan bahawa nasihat Luqman itu di perakui oleh Allah S.W.T sebagai nasihat yang baik dan boleh membentuk peribadi anaknya. Sehinggakan nasihat itu di catitkan di dalam Al-Quran yang suci lagi mulia. Oleh itu, sebagai seorang ayah, maka naluri untuk melihat anak ayah menjadi seperti anak Luqman yang diceritakan dalam Al-Quran tetap ada dalam sanubari ayah.
Ayat Al-Quran bermaksud:
13]
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
[14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[15]
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[16]
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
[17]
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
[18]
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
[19]
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
Sekadar tujuh ayat sebagai panduan kepada anaknya. Nasihat di atas adalah nasihat yang asas sebagaimana kebanyakan ayah di dunia ini menasihatkan anaknya. Jadi individu yang perlu memainkan peranan yang penting samada nasihat ini diterima dan dilaksanakan adalah seorang anak. Apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa perlu berfikir tentang apa yang Allah S.W.T sampaikan kepada hambaNya melalui Al-Quran.
Along..... ambillah kesempatan maksud ayat Al-Quran itu untuk Along cernakan dalam diri Along. Walaupun pada mulanya ia mungkin berat untuk dilakukan tetapi ayah yakin jika kita ingin berjaya dengan erti kejayaan yang sebenar iaitu kejayaan yang diredhoi oleh Allah, maka kita dapat melawan semua halangan yang datang.
Along.... sememangnya Along adalah waris yang terhampir dengan ibu dan ayah, kerana Along anak yang tua dalam barisan anak-anak ayah yang lain iaitu Angah, Afiq, Nurul dan adik A’ie. Setiap tindak tanduk akan menjadi ikutan buat mereka. Baik awalnya maka yang hujung mengikut begitulah sebaliknya. Namun ayah yakin bahawa Along seorang abang yang bertanggungjawab kepada adik-adik dan apatah lagi kepada ibu dan ayah. Ayah masih ingat lagi suatu ketika bila ibu bercerita betapa risaunya Along menunggu kepulangan ayah dari kerja dalam keadaan hari hujan yang amat lebat sehingga Along mengambil tindakan dengan mendirikan solat dan berdoa kepada Allah S.W.T tentang keselamatan ayah. Waktu itu Along hanya berumur 13 tahun sahaja. Ayah begitu bangga dengan Along bila ibu berceritakan kepada ayah. Dan samada Along sedar atau pun tidak sebenarnya Allah S.W.T telah memakbulkan doa Along. Maka jangan berhenti berdoa kepada Allah S.W.T. kerana Allah sentiasa mendengar doa kita.
Along.... dalam usia 17 tahun ini, semua ramaja di dunia beranggapan mereka telah matang dan boleh berfikir. Namun jiwa seorang remaja kekadang menyebabkan ramai remaja terpesong dari jalan yang disampaikan oleh Nabi kita. Kerana apa berlaku sedemikian, kerana mereka tidak berfikir secara rasional dan panjang. Ayah juga pernah melalui zaman remaja. Ayah juga dapat rasakan kepayahan untuk meletakkan diri kita pada garisan yang lurus sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan sebaya mengharapkan kita juga. Maka pada ketika itulah kita memerlukan Allah dan Rasul untuk kita membuat keputusan. Harapan ayah agar setiap keputusan Along adalah mengikut kehendak Allah dan Nabi.
Along.....akhir sekali Ayah harap Along sentiasa sematkan di dalam hati Along bahawa perubahan dan kejayaan seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Ayah dan Ibu hanya dapat menjadi sokongan terhadap setiap keputusan dan tindakan Along. Berdoalah sentiasa kepada Allah agar dipeliharakan diri Along sentiasa berada di garisan yang diredhoi oleh Allah dan Ibu serta Ayah. Ayah dan Ibu sentiasa mendoakaan kejayaan Along pada tahun ini dan juga hari-hari seterusnya. Semoga Along dapat melawan kelemahan yang ada demi masa depan Along.
ahli korporat, Tan Sri, Dato’ dan juga status menumpang tuah seperti adik beradik, jiran tetangga dan rakan-rakan.
Sesampai di Hotel tersebut, macam tak tahu nak disebut kerana di sambut oleh kaum kerabat YBhg Dato’. Tersengeh-sengeh aku dan Chan terus menuju ke ruang majlis. Di pintu masuk kelihatan YBhg Dato’ Malek tersenyum gembira mendapat menantu menyambut kami. Terus dijemput ke dalam dan disambut pula oleh Azahar (orang kuat Maju Engineering Sdn Bhd). Kami duduk dimeja no 11 yang hampir dengan pintu keluar agar senang untuk keluar dan masuk. Sambil duduk, terlihat beberapa VIP yang aku kenal, kebanyakan dari kalangan Pegawai Polis yang bergelar Tun, Dato’.
Akhirnya acara kemuncak pun tiba di mana, keberangkatan tiba Tuan Yang Teramat Mulia Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz dan diiringi kaum kerabat Negeri Sembilan yang sudi mencemar khaus. (Aku pun tak tahu apa makna khaus tu. SPM - BM credit aje). Selesai menepung tawar maka majlis bersantap pun bermula diiringi dengan nyayian dari Mamat, Nor Diyana dan pancaragam dari PDRM.
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Anak-anak mula menalifon bertanya bila nak balik. Aku pun beri isyarat kepada Chan dan kami pun balik lebih kurang 10.45 malam. Sampai di rumah pada 12.01 malam. Itu lah kisahnya menghadiri jemputan di tempat yang berstatus eksklusif.

ematian tidak lagi menghitung rakyat Negara lain sebaliknya seorang demi seorang dilaporkan mati akibat H1N1 di merata negeri di dalam Malaysia. Di katakan penularan wabak ini begitu cepat sehinggakan pada coretan ini ditulis, sejumlah 77 kes kematian disahkan.
bak ini dan sehingga terpaksa Kerajaan dijadikan sebagai alat provokasi untuk menjadikan rakyat Malaysia fobia terhadapnya. Wabak yang dimaksudkan ialah OPS SIKAP. Kini OPS SIKAP telah mencapai usia yang ke 20 kali. Dalam usia sedemikan sepatutnya setiap insan harus menyayangi nyawanya tetapi bermula kempen pulang berhari raya di lancarkan maka bersusun senarai yang dilaporkan mengalaminya. Hari pertama di fahamkan meragut 13 nyawa manakala hari kedua 12 nyawa. Ini lebih dasyat dari H1N1. Siapakah patut disalahkan, samada individu atau pun provokasi dari media berkaitan dengan OPS SIK
AP ini. Sekiranya bukan di bulan Ramadan atau menjelang Aidil Fitri atau mana-mana perayaan, tidak pula diadakan OPS SIKAP ini. Atau kerajaan patut mengenalkan pula satu OPS yang baru iaitu OPS SIKAP SEPANJANG HAYAT. Lebih menghairankan lagi lebih banyak berlaku kemalangan di kalangan umat Islam sepanjang perayaan aidil fitri berbanding perayaan-perayaan yang lain. Pelik sungguh. Jadi berhati-hati lah, jika kita resah dengan wabak H1N1 kita juga perlu berwaspada dengan wabak OPS SIKAP ini. Selamat berhari raya di kampong. Maaf Zahir Bathin.
dipanggil sebagai Malam Ketentuan kerana pada malam itu Allah S.W.T akan menentukan tiga (3) perkara untuk hambaNya, iaitu Ajalnya, Kesihatannya dan Rezekinya. Maka beruntunglah mereka-mereka yang mendapat ketentuan yang baik pada malam itu.
taranya ialah , ianya akan berlaku pada malam-malam ganjil pada malam 10 terakhir iaitu malam 21, 23, 25, 27, 29. Pada malam tersebut mengalami cuaca yang dam
ai di mana suhunya tidak panas dan tidak sejuk. Langit agak terang dan damai. Manakala tanda selepas berlakunya malam tersebut ialah pada paginya matahari akan menyinari sinarannya dalam keadaan yang tidak terik serta cuaca pun tidak panas dan mendung.
pada setiap Ramadan, namun Rasulullah S.A.W tidak menunjuk-nunjuk dengan menyatakan baginda telah bertemu dengan malam tersebut sebaliknya banginda hanya menyatakan bahawa baginda bermimpi bertemu dengan malam tersebut. Inilah akhlak Rasulullah yang begitu mulia berbanding dengan manusia biasa. Baru sekadar mengikuti sekali program mencari malam Lailatul Qadr dan tidak istiqomah dari awal Ramadan telah menyatakan serasa telah melalui malam tersebut sedangkan tidak ada seorang pun yang bertanya kepadanya.
lum ini aku telah menyatakan untuk hadir. Sesampai disana, dia dan keluarga telah pun sampai dan kami bersalaman. Beliau menunjuk arah ke tempat berbuka puasa walaupun ini adalah tahun ketiga aku dijemput untuk berbuka disitu. Dia menyuruh aku untuk mengambil makanan bagi bersedia untuk berbuka kerana jika lewat terpaksa beratur untuk mendapatkan makanan yang menjadi kegemaran ramai iaitu kambing golek.
asi Polis Di Raja Malaysia Berhad.
tapi mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya. Kini bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Jalan Persiaran Brash. Kalau nak tahu itu la sekolah ibu dia dulu. Semoga dia dapat semangat ibunya dan berjaya mencapai cita-citanya. Kat rumah kami panggil dia Along.
l 6hb Mei, terpacullah hamba Allah yang diberi nama Nor Ammar. Bukan main semangat sungguh sewaktu lahirnya. Boleh dikategorikan dalam golongan bayi yang comel pada ketika itu. Sekarang ni kurus tapi makan banyak. Sedang membesar. Umur pun dah 14 tahun. Kalau dia marah kat adik-adik dia atau abang dia, mulut dan suaranya cukup menyakitkan telinga ini mendengarnya. Tapi apakan daya. Dah perangai dia. Namun kalau salah seorang daripada anak tak ada di rumah. Terasa kekurangannya. Sebagai contoh kini Aiman sekolah di Ipoh, setiap hari bila balik dari pejabat, aku akan bertanya pada isteri ku samada Aiman ada telefon atau tidak.
Susahnya menjaga dia semasa bayi Allah saja yang tahu. Hinggakan adakalanya tak dapat tidur. Ini kerana dia mempunyai penyakit Angin Pasang. Doktor dah bagi nasihat untuk bedah tapi kami usahakan dengan Homeopathy dan Alhamdulillah sihat kembali. Dia ni seorang anak nampak sifat kasih sayang dia pada adik beradik tapi pada masa yang sama suka menyakat adik beradiknya dengan membuat memek muka yang penuh berbakat. Pastu dia gelak bila adik dan abangnya terasa sangat sakit hati. Kira puas lah hati kalau tercapai misinya itu. Kini umurnya 13 tahun.
nak perempuan. Melalui bacaan dan program parenting, kami cuba berbagai kaedah dan pendekatan. Alhamdulillah pada tahun 1999 bertarikh 19hb Oktober aku dapat seorang puteri reformasi. Kebetulan waktu tu begitu hangat Puteri Reformasi anak kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang membela nasib beliau yang dikatakan mangsa Konspirasi. Jadi sempena kecekalan dan semangat yang ditunjukkan oleh puteri tersebut, aku pun menamakan anak perempuan ku dengan nama Nurul Izzah. Anak ku ini merupakan cucu yang terakhir buat Ayah ku. Ini kerana pada tahun 2000 beliau telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Nurul seorang anak yang baik dan suka mengalah dengan abang-abangnya. Dan sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluargaku keutamaan sering diberikan kepadanya. Kini dia berusia 10 tahun.
engan empat orang anak, tetiba aje. Bak kata orang sambil-sambil aje dapat seorang lagi anak yang bongsu dan terakhir. Doktor telah menasihati kami agar cukup dengan apa yang ada. Hadiah untuk itu, kelahiran anak yang bongsu ini adalah dengan melalui pembedahan. Habis dalam 5 ribu. Namanya kami berikan dengan nama Nor Azraie. Panggilan dirumah Adik atau A’ie. Kini bukan main keletah dan tak henti-henti bercakap. Cukup aktif. Mungkin betul kata orang, anak yang keluar atau dilahirkan mengikut tingkap memang betul aktif.
bicarakan tentang peningkatan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana ada yang mengatakan peningkatan ini terletak sejauhmana perjuangan kita dalam sesuatu jemaah. Ada yang meletakkan penambahan pengibadatan kita kepada Allah. Ada yang macam-macam yang mengikut pandangan mereka. Namun demikian, bagi mengurangkan tekanan aku terhadap peningkatan ini, teringat aku firma Allah S.W.T di dalam Al-Quran, “Tidak Aku membebankan hambaku melainkan apa yang termampu olehnya.
aku akan datang. Manakala pada 19hb Julai 2009 pula aku selaku Bendahari Surau patut hadir pada mesyuarat Agung Tahunan Surau yang ke enam yang mana laporan kewangan aku kononnya bermasalah pada pandangan Pemeriksa Kira-Kira. Tapi pada pandangan aku, akaun yang dikendalikan…. aku rasakan standardnya sama macam aku buat akaun sewaktu aku semester 1, belajar perakaunan di ITM. Takpe le tinggalkan cerita tu.
buatkan. Terima kasih isteri ku. Aku pulak pada hari Sabtu tu ada meeting BOD, mlm pulak Abang Asan kata si Pemeriksa kira-kira nak jumpa dan kawin anak Dato’ Mail dan esok AGM Surau. Pening aku dibuatnya serba tak kena. Mana satu nak di dahulukan.
ai macam di Ulu Yam dan macam biasa cadangan aku bila sampai di tempat lokasi aku akan call atau SMS isteri ku untuk maklumkan yang aku dan anak-anak dah sampai. Rupanya di puncak gunung dalam hutan. Lebih kurang setengah jam merentasi hutan baru sampai di lokasi.
itu lupa akan pemilik yang memberikan nikmat tersebut. Rata-rata aku lihat ramai yang lupa tanggungjawab mereka terhadap tuhannya. Kebosanan aku terserlah dengan aktiviti aku lebih banyak kepada tidur. Sesekali berborak dengan partner. Dia kata bagi happy staf. Memang aku ikuti aktiviti syarikat dan selalu dia buat outing dengan staf dia. Kira dia majikan yang perihatin. Makan aku kurangkan seperti biasa kerana aku tak selesa dengan tandas yang ada disitu. Waktu malam yang makin menelan siang, menye
babkan aku bertambah risau. Mana nak tahan sakit perut, sejuk yang amat sangat. Nak kencing malam dah tentu. Rasa nyesal ada jugak timbul pada ketika itu. Memang betul, malam tu tak pernah aku rasa begitu sejuk sekali hingga menggigil badan aku kesejukan. Beberapa kali aku terjaga. Kali terakhir jam 4.08 pagi pundi air ku mula nak keluarkan airnya. Alamak, kelam kabut dibuatnya. Aku kejut Afiq untuk temankan aku, Haram dia nak bangun.